hidayah itu milik Allah

Alhamdulillah dengan berkat dan izinNya dapat jua saya menunaikan solat Isyak . Bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih lagi saya diberikan kekuatan dah hidayah dariNya untuk menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada setiap insan yang bergelar muslim . Tujuan post kali ni bersesuaian dengan konsep blog yang saya bawa yakni BUKANKAH BERPESAN ITU AMALAN MULIA . Kalau kat sekolah biasanya ustaz atau ustazahlah insan yang tak jemu2 memberi peringatan kepada kita . Ada di antara kita yang mudah untuk menerima nasihat yang diberikan tak kurang juga yang keras hati . Keras hati dalam menerima nasihat yg diberi .


Mengapa perkara seperti ini selalu berlaku ? Inilah yang dinamakan hidayah . Biar seprofesional mana pun kita dalam mentarbiyah manusia , dalam memberi ceramah sekalipun . Namun bila sampai soal penerimaan , itu semua bersangkut paut dengan soal hati . Contoh mudah , ada dua pelajar . Pelajar A dan pelajar B . Mereka menghadiri ceramah yang dikendalikan oleh seorang penceramah terkenal dan sudah tentu beliau dikagumi disebabkan penyampaiannya yang bekesan . Setelah tamat sesi ceramah, berlakulah dialog antara Pelajar A dan Pelajar B .


Pelajar A : Alhamdulillah , dibukakan Alah pintu hati ini untuk ke ceramah hari ini.
Sungguh penyampaiannya benar2 berkesan . Aku nampak tadi ramai pelajar
perempuan menangis, menitiskan air mata apabila penceramah tadi
menyentuh soal peranan anak kepada ibu bapa .

Pelajar B : Aku lagi ngantuk adalah . Takder pape pun yang menarik tentang ceramah
tadi . Beria-ria menangis budak2 pempuan tu. Nak eksyanlah yang
diorang tu baik .

Pelajar A : Eh ! Tak baik bersangka buruk .Buakankah tadi penceramah tu ada menyentuh
tentang sifat mazmumah tu . Jika tidak dikikis , makin lama penyakit itu
makin mendalam . Hati yang hitam kalau dibiarkan lama2 makin hitam dan
akhirnya jauh dari kasih Allah .

Pelajar B : Ah ! Hitam tak hitam . Nanti aku taubatlah, putihlah balik . Dahlah
cakap ngan ko ni bukan boleh pakai . Sepatah aku cakap berpatah2 kau
jawab . Yang ko ni sejak bila jadi Pak Imam . Nak nasihat2 orang . Diri
sendiri pun tak betul. Dulu sapa yang ponteng solat ngan aku . Kaulah .
Nak tunjuk alim konon , baru dengar ceramah sikit dah nak berceramah
kat orang . Entah lepas ni , ko nak gantikan ustaz kat kelas agaknya.

Pelajar A : Benar! Itu kejahilan yang telah aku lakukan pada zaman gelapku . Lepas
dengar ceramah tu, aku mula sedar , kita hidup kat dunia ni hanya sebagai
pengembara, mengumpul amalan untuk dibawa bertemu dengan pemilik alam
ini . Aku nak mulakan hidup baru .Jadi insan yang benar2 bergelar Islam .

Pelajar B : Boleh jalan lah wei ! Nak berubah konon . Kita tengok sapa yang berubah .
Ntah apa yang nak diubahkan aku pun tak tahu . Baik aku tidur dari layan
orang macam ko .


Inilah yang dikatakan hidayah itu milik Allah . Sungguh pun Pelajar A dan Pelajar B menghadiri ceramah yang disampaikan penceramah yang sama , namun ceramah tadi hanya mampu mentarbiyah Pelajar A sedangkan Pelajar B langsung tidak menerima apa2 impak positif dari penceramah itu . Hal ini kerana Allah telah memberi hidayahNya kepada Pelajar A . Allah memberi kesedaran kepada A melalui perantara penceramah tadi . Selepas mendengar ceramah , Pelajar A mula merasai nikmat hidayah dari Allah . Beliau mahu meninggalkan segala tabiat buruk yang dilakukan sebelum ini dan dalam masa yang sama beliau juga mahu mengajak sahabatnya yakni Pelajar B . Disebabkan kekerasan hati Pelajar B , Pelajar A tidak berjaya mentarbiyah sahabatnya itu .



Dalam urusan menasihati , mengingati mahupun berceramah , kita tidak mampu dalam memaksa pendengar menerima nasihat kita secara bulat2. Ianya memakan masa . Apabila kita mentarbiyah segolongan manusia , pedulikan sebentar apakah reaksi yang bakal kita terima . Tetapi tumpukan matlamat kita dalam mentarbiyah mereka . Mustahil bagi mereka untuk menelan bulat2 apa yang kita perkatakan lebih2 lagi mereka yang tergolong dalam golongan Pelajar B tadi .


Memang benar biasanya dalam proses berpesan dan saling mengingati insan di sekeliling kita terutamanya orang yang rapat dengan kita, ianya memakan masa . Nabi Muhammad sendiri dicerca dan dihina ketika Baginda menyampaikan dakwah secara terbuka . Siapalah kita jika hendak dibandingkan dengan Rasulullah . Sudah tentu cara penyampaian kekasih Allah itu jauh lebih baik daripada kita yang lemah dan hina ini. Namun, tidak semua menerima dakwah Nabi dan Baginda tidak pernah berhenti mahupun mengalah . Ketika di Taif, kunjungan nabi dibalas dengan balingan batu sehingga berdarah kepala nabi . Dikatakan darah nabi mengalir sehingga ke kaki Baginda dan menyebabkan kaki Baginda melekit kerana memijak darahnya yang terlampau banyak mengalir sehingga ke kakinya . Apabila Nabi keluar dari Kota Taif , datang malaikat menemui Nabi . Malaikat itu meminta izin nabi untuk menghancurkan kekeseluruhan Kota Taif kerana kebiadapan mereka memperlakukan Nabi sebegitu teruk . Namun Nabi menghalang atas dasar mereka kaum yang tidak mengetahui .


Lihat betapa sabar nabi dalam pendakwahannya . Inikan pula kita hambaNya yang lemah . Wahai sahabatku , hidayah itu milik yang Esa , hanya kepada insan yang dirahmatiNya diberikanNya nikmat terbesar itu . Maka apabila saudari atau saudara berdakwah atau mentarbiyah orang lain , pintalah pada yang Berkuasa agar mengurniakan mereka hidayah Allah . Namun janganlah berputus asa jika mereka tidak berubah . Yang penting apa yang kita sampaikan , bukan apa yang mereka terima . Hidayah itu milik Allah . Maka apabila saudari atau saudara membaca post saya sehingga ke titik yang terakhir, semua itu atas hidayah Allah . Post yang saya nukilkan kali ini juga berkat hidayah Allah . Berdoalah semoga kita dalam golongan yang sentiasa mendapat hidayahNya .


Mudah-mudahan...Amin (:

Comments

mufazai said…
hidayah milik Allah!
Unknown said…
aduh, pening mate aku tengak hurup bulat bulat neh. yih, kalah badar, ni baru badar aprentice. muahaha...
jgn marah beb :P

Popular Posts