Wednesday, December 21, 2011

as simple as berlapang dada, Allah kurniakan syurga

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Hidup tidak sunyi daripada berdepan dengan masalah. Yang membezakannya hanya jenis masalah itu tidak sama antara seorang dengan seorang yang lain. Seseorang itu mungkin berdepan masalah rumah tangga, suami dan isteri tidak bersefahaman, masaalah anak-anak yang tidak mendengar nasihat, masaalah perniagaannya yang sentiasa kerugiaan, masaalah hutang-piutang tiada kesudahan, masalaah dengan ketua pejabat ditempat kerja atau pun masaalah politik perebutan untuk mendapat sesuatu jawatan!

Semua masaalah yang dinyatakan di atas sebenarnya bukanlah masaalah yang besar yang boleh menyebabkan seseorang berputus asa dengan rahmat Allah SWT. Bukanlah masaalah yang berat yang tidak ada jalan penyelesaiannya. Orang mukmin menganggap masalaah duniawi ini hanya kecil sahaja dan sentiasa berlapang dada berbanding masaalah akidah dan akhlak yang melanda umat Islam.

Jika masaalah itu boleh merosakkan akidah atau masaalah memurtadkan umat Islam dan keruntuhan akhlak maka ini adalah masaalah yang paling besar dan perlu diatasi segera.

Umat Islam tidak boleh berdiam diri dan menyerahkan kepada orang lain untuk diselesaikannya. Bertindak segera tanda cinta kita kepada saudara seagama.

Apa juga keadaan, kalian perlu mencari jalan menyelesaikannya. Masalah tidak akan selesai jika hanya berdiam diri berpeluk tubuh. Kejayaan atau kegagalan bergantung sejauh mana usaha dilakukan. Selepas puas berusaha keras dengan pelbagai cara dan kaedah untuk menyelesaikan masalah, kalian perlu berserah diri kepada Allah SWT iaitu bertawakal kepada-Nya.

Tawakal satu ibadah hati paling utama dan akhlak iman paling agung. Seorang ulama menyatakan tawakal ialah percaya kepada Allah dan hanya kepada Dialah kita mengharapkan segala sesuatu, bukan kepada sesama manusia.

Orang yang tawakal selalu menggantungkan diri dan menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah SWT. Mereka sentiasa berlapang dada dan tidak resah bila dilanda masalah. Mereka tidak cepat berputus asas, sebaliknya sentiasa yakin dan percaya kepada kemampuan diri sendiri. Mereka hanya berserah (tawakal) kepada Allah SWT selepas segala usaha dan ikhtiar dilakukan.

Dalam surah al-An'am Allah SWT berfirman :



Maksudnya : "Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya hidayah (petunjuk), nescaya Dia melapangkan dadanya untuk (menerima) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit. Begitulah Allah menimpakan seksa kepada orang-orang yang tidak beriman." (Surah al-An'am ayat 125)

Mereka yang mendapat petunjuk adalah mereka yang sentiasa berlapang dada untuk menerima Islam, bersabar dan berlapang dada dengan kesusahan dan kemiskinan dan berlapang dada dengan penyakit yang alami tanpa kecewa dan putus asa.

Allah SWT berfirman :

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنفُسِهِمْ لا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

"Katakanlah :'Hai,hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri , janganlah kamu terputus asa dari rahmat Allah . Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya . Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang."
(Surah az-Zumar ayat 53)

Sifat ini dirakamkan Allah SWT dalam firman yang bermaksud: “Dan sememangnya manusia adalah sejenis makhluk yang banyak membantah” (Surah Al-Kahfi, ayat 54)

Hadis dari Jabir bin Abdillah menyebut: “Tidak wajar bagi seseorang itu meninggal melainkan dia sentiasa bersangka baik dengan Allah SWT.” (Hadis riwayat Muslim).

Baginda juga menyebut yang bermaksud: “Allah SWT sentiasa memerhatikan prasangka seorang hamba terhadap segala kurniaan-Nya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Penjelasan daripada Allah SWT sudah cukup untuk kita fahami segala ketentuan Allah SWT dan betapa bahaya mereka yang bersangka buruk terhadap-Nya.

Firman Allah SWT maksudnya : “Setelah kamu ditimpa kesedihan, dia (Allah) menurunkan rasa aman dan tenang kepadamu. Ada golongan yang telah mencemaskan diri mereka sendiri kerana prasangka buruk terhadap Allah SWT seperti sangkaan orang jahiliah dulu di mana mereka berkata: 'Adakah ada sesuatu di sebalik urusan ini. Apa maknanya semua ini? 'Katakanlah (Wahai Muhammad): Sesungguhnya segala urusan itu di tangan Allah SWT.” (Surah Al-Imran, ayat 154)

Sahabat yang dimuliakan,
Salah satu sifat berlapang dada yang akan mendapat ganjaran pahala yang besar di sisi Allah SWT adalah berlapang dada semasa menuntut hutang kepada orang yang berhutang, hinggakan Allah SWT membalas dengan balasan syurga.

Daripada Abu Hurairah r. a Nabi SAW. bersabda yang bermaksud :

"Bahawa sesungguhnya ada seorang lelaki yang tidak pernah sekalipun berbuat baik, cuma dia biasa memberi hutang kepada orang lain. Suatu hari dia berkata pada hambanya, 'Ambillah berapa pun yang disimpan, jangan menyusahkan orang dan seringlah memberi maaf. Mudah-mudahan Allah berkenan mengampuni kita.'

Setelah lelaki itu meninggal dunia Allah SWT. bertanya, 'Adakah kamu pernah berbuat baik?'

Dia dengan jujur menjawab, 'Tidak, cuma aku mempunyai seorang pembantu dan aku biasa memberikan hutang kepada orang lain, ketika aku meminta pembantuku untuk mengutip hutang, selalu saja aku berpesan kepadanya, 'Ambilah berapa pun yang dia berikan, jangan menyusahkan orang dan selalulah memaafkan orang lain, mudah-mudahan Allah mengampuni kita."

Kemudian Allah berfirman yang bermaksud, "Cukup, Aku telah mengampunimu."

Pengajaran yang boleh diambil :

1. Kita digalakkan berlapang dada dan memberi maaf kepada orang lain, dan berkelakuan baik semasa berurusan dengan orang lain.

2. Perbuatan memberi pinjam kewangan kepada mereka yang memerlukannya adalah peribadi mulia yang sangat dituntut oleh Islam dan akan diberi ganjaran pahala yang besar oleh Allah SWT., terutama mereka yang berlapang dada semasa menuntut balik hutang tersebut, semata-mata mencari keredaan Allah SWT.

3. Menerangkan betapa luasnya rahmat dan ampunan Allah SWT. walaupun suatu amalan yang kecil namun mendatangkan pahala yang besar.

4. Apabila seorang hamba itu mempunyai akhlak dan budi pekerti yang baik, lemah lembut dan berkasih sayang terhadap hamba Allah yang lain, tidak berhati kasar dan memudahkan urusan, nescaya Allah juga akan akan berlemah lembut dan sayang kepadanya.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita sentiasa berlapang dada kerana sikap berlapang dada adalah salah satu sifat mahmudah (sifat terpuji) . Oleh itu berlapang dadalah dengan Allah SWT nescaya Allah SWT akan memberi rahmat dan kasih sayang-Nya, berlapanng dadalah sesama manusia nescaya kita akan dikasihi oleh manusia, dan berlapang dadalah apabila menghadapi masaalah kehidupan , nescaya masalah itu akan dipermudahkan oleh Allah SWT.

Thursday, November 24, 2011

Negara orang

Subhanallah, rupa-rupanya Allah masih lagi memberikan peluang kepada diri untuk menggerakkan jari, menulis segala mana aku bisa menggunakan nikmat hebat ini. Terdetik jika suatu hari nanti jari ini tidak lagi mampu dimanfaatkan. Mungkin ketika itu baru aku memikirkan betapa besarnya nikmat ini. Lalu jari ini pantas bergerak, tanpa aku sendiri pasti kemanakah arah tujunya..............

Ireland, sebuah negara yang dikenalikan dgn kemegahannya, melahirkan para2 graduan hebat. namakan, semuanya berada di sini, namun mungkin tidak mampu menandingi UK ,(yelah Oxford kat dalam UK kot ;) Dahulu, waktu di KMB, penat berpulun bersusah, berhabis keringat, hanya untuk menggapai kejayaan, yang akhirnya berakhir dgn kesusahan dan kepayahan yang malah lebih dahsyat. Apakah? Mengapa bersusah payah untuk sesuatu yang lebih sukar?

Dahulu, benar2 mengimpikan untuk menaiki kapal terbang, pertama kali, tak pernah merasainya. Tapi akhirnya, bas lebih digemari. Huh, ternyata keindahan yang dahulu diidamkan hancur berlerai, ditambah dgn kekecewaan yang tak mampu diertikan dengan kata.

Begitulah yang berlaku pada diri ini. Saat manusia berlumba untuk mendapatkan tempat di sini, aku juga turut sama mengikut arus. Yelah, belajar di oversea kan hebat, duduk di negara maju yang orang2 nya pun lebih hebat dan bertamadun. Tidak seperti di negara kita, panas, kering. Tapi mengapa bila sampai di negara orang, sibuk membelek senarai harga pemanas di kedai. Bukankah sejuk lebih indah?

Di sini, kecewaan itu sedikit demi sedikit membarah. Akhlak mereka memang mulia, sepertinya akhlah Islam itu sendiri, sehingga aku lihat orang Islam pun tak berakhlak seperti itu. Pabila melintas jalan, kalau di Malaysia, janganlah meletakkan harapan yang tinggi untuk melintasi jalan yang serba sibuk itu. Tapi di sini, pemandunya lebih berakhlak, diberhentikan kereta di th jalan raya yang tidak kurang sibuknya semata - mata untuk pelintas jalan di hadapannya.

NAMUN

Tatkala malam mengambil alih tugasnya, akhlak di siang hari tadi punah, musnah. Mengapa? Bagaimana ketika siang akhlak mereka seperti Muslim bahkan lebih baik, tapi bila malam semuanya berbeza. Hanya satu penyebabnya.

“Orang-orang yang kafir kepada Tuhannya, amalan-amalan mereka seperti debu yang ditiup angin dengan keras pada suatu hari yang berangin kencang. Mereka tidak dapat mengambil sebarang manfaat dari apa yang mereka kerjakan (di dunia). Yang demikian itu adalah kesesatan yang jauh.” - Surah Ibrahim: ayat 18

“Dan orang-orang yang kafir, amalan-amalan mereka adalah seumpama fatamorgana di tanah yang datar, yang disangka air oleh yang dahaga, tetapi bila didatanginya air itu, dia tidak mendapatinya sesuatu apapun.”
- Surah an-Nur: ayat 39

Hakikatnya bila manusia tidak menjadikan Allah sebagai Tuhan dan satu-satunya Tuhan, pasti ada kecacatan yang mungkin sukar dilihat dgn mata kasar. Pabila malam, mulalah bar2 dan kasino dipenuhi, tidak kira muda mahupun tua. Saat nafsu menggantikan akal, seolah2 mereka mempunyai 2 perwatakan. Lain malamnya dan siangnya. Seperti Jack dan Hyde pula. Nauzubillah. Di sini, aku menyaksikan tompok2 kelemahan ini, hebat manapun manusia, tidak akan mampu menjadi apa selagi dia masih belum hebat di hadapan penciptanya.



Tuesday, September 6, 2011

KESAKITAN YG MEMERITKAN

sanggup mati untuk Islam?
sanggup!
sanggup berlapar demi Islam?
sanggup!
sanggup diejek, dicemuh dan difitnah demi Islam?
sanggup!
sanggup belajar melebihi orang lain, kurangkan tidur demi ISLAM!!
SANGGUP!!!!!!!

Namun bila iman ini lemah, terasa jauhnya hati ini dari pemiliknya, ukhuwwah terasa pahit
masih sanggupkah aku

Memetik kata2 ini

"aku tahu, yang rombeng bukanlah ukhuwah kita
hanya iman-iman kita yang sedang sakit, atau menjerit mungkin dua-duanya,
mungkin kau saja tentu terlebih sering, imankulah yang compang-camping"

aku dalam keadaan yang sakit dan kritikal, butuhkan pertolngan dari sahabat2
kerana lemahnya iman ini

kata-kataku menyakitkan orang lain, bahkan ibuku sendiri, apakah nilai akhlak seorang anak jika tanpa keredhoaan ibu bapanya

penglihatanku bukan penglihatan Allah, tapi penglihatan yg bersumberkan nafsu dan iblis laknatullah

ibadahku terombang-ambing, ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh,

dosa ku rasakan manis, sedang kemanisan hanya sebentar sedang kesannya berterusan hingga di akhirrat kelak

Allah bukan di hatiku......

ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh




















Aku merasakan semuanya cukup....sekali-kali tidak, Allah sendiri mengatakan manusia tidak akan pernah cukup




Sunday, July 31, 2011

Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut

Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut

sumber (http://riihulwardah.blogspot.com/2010/09/boulder-amerika-syarikat-as-saintis.html)

BOULDER, Amerika Syarikat (AS) – Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar semalam.
Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.
Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.

LAKARAN artis menunjukkan angin kuat dari timur telah menyebabkan air lagun (kiri) dan sungai (kanan) ‘berpusing’ dan membentuk dinding air dekat Laut Merah

Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.

Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.

Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.

Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.

Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami. Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di Internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE. – Agensi
sumber dari Mujahid Sufi

Wednesday, May 11, 2011

kerdilnya diri ini


Memetik kata2 seorang kenalan, "Jika dosa mengeluarkan bau busuk, maka busuklah diri ini"

Astaghfirullah. Dalam kehinaan ini Dia masih memberikan aku peluang untuk mendengar peringatan sedang orang kafir itu selalu memekakkan telinga saat para Nabi menasihati dan menyeru mereka mentauhidkan Allah. Moga aku dan kalia dijauhkan dr golongan itu.

Hari ini Dia masih lagi mengetuk pintu hatiku. Setelah sekian lama air mata ini tidak megalir keranaNya, akhirnya aku diberi peluang lagi menginsafi diri ini. Namun adakah selama-lamanya aku harus kekal begini. Setelah bertaubat, kemudian mengulangi kesalahan yang sama berulang-ulang kali.Bagaiman jika saat aku futur(lalai), Dia mencabut nyawaku. Masih tergolongkan aku dalam kalangan para-para tetamu syurga? Masih berpeluang lagikah aku menatap wajahNya, bertemu kekasihNya?


"Dan kamu mencintai harta dengan kecintaan yg berlebihan. Sekali-kali tidak! Apabila bumi digoncangkan berturut-turut. Dan datanglah Tuhanmu, dan malaikat berbaris-baris. Dan hari itu diperlihatkan neraka Jahannam, pada hari itu sedarlah manusia, tetapi tidak berguna lagi baginya kesedarannya itu. Dia berkata, "Alangkah baiknya sekiranya dahulu aku mengerjakan (kebajikan) untuk hidupku ini"
(Al-Fajr, 89:21-24)

Selepas Maghrib tadi, seorang sahabat menceritakan peristiwa di neraka, dialog mereka lebih kurang seperti ini:

A: Eh!! Mengapa kau memasuki Neraka ? Bukankah ketika di dunia dahulu, kau selalu mengajakku ke arah kebaikan

B: Hal ini kerana, aku tidak melakukan apa perkara yg aku nasihatkan kepadamu.

Astaghfirullah. Aku benar-benar takut. Takut dgn azab Allah, takut dengan Allah sendiri. Adalah suatu yg tidak mustahil jika aku tergolong dalam golongan itu. Dan tambah menakutkan, mungkinkah watak yg diceritakan ini benar-benar diriku. Aku takut. Masih aku ingat baru-baru ini dua sahabatku meminta aku menasihati mereka. Kuberikan kata-kata perangsang, kutegaskan mereka dgn janji Allah. Namun, aku MUNAFIK. PENIPU.

Aku sendiri tewas dengan ujian, tambah sedih apabila aku sendiri lupa nasihatku kepada mereka. Aku tewas dengan nafsu dan bisikan-bisikan itu. Namun aku takkan pernah mengalah dalam mencari redhoNya.

" Dan orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri (segera) mengingat Allah, lalu meminta ampun atas dosa-dosanya, dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah."

(Ali-I'mran, 3:135)

Dan perjuangan seterusnya mujahadah melawan hawa nafsu. Aku tidak mahu menjadi insan yang nampak pada luarannya baik(kononnya) tapi dalam penuh dengan kebusukan.. Dan jika dosa itu boleh dibau, sudah tentu dr jauh bauku dapat dihidu.. Nauzubillah.

Aku hanya bisa menyampaikan, dan petunjuk itu selama-lamanya milik Dia. Maka pohonlah darinya.

" Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa, sedang mereka mengetahui"
(Ali-I'mran, 3:135)

Saturday, February 12, 2011

~BERSANGKA BAIKLAH DENGAN ALLAH~

Pada suatu hari, Imam Hassan al-Basri pulang dari tempat Imam mengajar menuju ke rumahnya. Tanpa mnyedari bahawa rumah Imam telah dimasuki pencuri. Imam Hassan al-Basri kemudiannya telah naik ke tingkat kedua rumahnya.
Rumahnya mempunyai dua tingkat bukan bermakna Imam seorang yang kaya tetapi rumah Imam telah dibina oleh anak-anak muridnya hasil dari kutipan derma orang ramai dan dijadikan sebagai tempat pengajian.
Apabila sampai di tingkat atas dengan berbekalkan cahaya dari lilin, Imam mendapati seseorang sedang mngeledah almari-almari Imam. Tetapi pencuri itu merasa sangat hairan kerana tiada barang mewah yang di temui melainkan hanya pekaian-pakaian.

Imam Hassan al-Basri yang sedari tadi memerhati perilaku pencuri tadi menghampiri pencuri dan menanyakan, “Apa yang kamu buat wahai pemuda?”.
Pencuri yang terkejut lantas bertanya, “ Siapakah kamu?”.
Imam menjawab, “Aku juga seperti kamu”.
Pencuri bertanya kembali, “Jadi kamu juga pencuri seperti aku?”.
“Ya mungkin”, jawab Imam.
Imam berkata kembali kepada pencuri tersebut, “Biar aku tolong kamu bungkus baju-baju ini. Aku tahu dibilik sebelah ini juga ada banyak baju.”
Pencuri itu bertambah hairan. Setelah baju-baju itu dibungkus dan ada dua bungkusan, Imam mengatakan kepada pencuri tersebut, “Kemanakah mahu kamu bawa bungkusan-bungkusan ini? Biar aku tolong bawakan .”
Pencuri pun berkata, “Ikut aku”.


Mereka pun pergi ke tempat pencuri itu. Pencuri berharap ingin menjual pakaian-pakaian itu pada ke esokkan harinya. Kerana kebaikan Imam, pencuri menawarkan satu bungkusan untuknya tetapi di tolak oleh Imam. Pencuri itu sangat hairan adakah benar itu adalah pencuri seperti aku. Fikirnya.
Imam kemudiannya telah kembali ke rumahnya semula.
Keesokkan harinya, riuhlah Kota Basra (Iraq) akan berita rumah Imam Hassan al-Basri telah dimasuki pencuri dan baju-baju Imam telah di curi.

Murid-murid Imam yang telah mendengar berita itu terus membelikan semua baju-baju baru di Kota Basra untuk dihadiahkan kepada Imam Hassan al-Basri.
Manakala, pencuri yang tidak puas hati atas kebaikan orang yang telah menolongnya telah pergi semula kerumah yang telah dirompaknya dan terkejut dengan kehadiran ramai orang dihadapan rumah itu.
Pencuri bertanya kepada orang kampung yang hadir di situ, “Rumah siapakah ini?”
Orang kampung menjawab, “Ini adalah rumah Imam Hassan al-Basri. Ulama’ yang terkenal di daerah kita ini.”
Terkejut dengan jawapan itu, pencuri merasa menyesal dengan perbuatannya. Pencuri tersebut berjumpa dengan Imam dan meminta maaf.
Lantas Imam Hassan al-Basri menjawab, “Aku memaafkan kamu kerana aku tahu kamu melakukannya kerana terdesak.”
Murid-murid Imam Hassan al-Basri bertanya kepadanya, “Kenapa memaafkan dia?”
Imam menjawab, “Kerana aku bersangka baik dengan Allah. Aku yakin rezeki ku tidak akan dimakan oleh orang lain. Jika benar itu rezeki ku, jika hilang sekalipun, Allah akan gantikan dengan yang lebih baik.”

Kesimpulannya di sini, lihatlah dengan bersangka baik dengan Allah, Imam Hassan al-Basri telah digantikan kehilangan bajunya dengan baju yang lebih baik dan cantik.

Credit to http://fielahsmiley.blogspot.com/2010/12/bersangka-baiklah-dengan-allah.html

Hebatnya keyakinan seorang hamba kepada janji Tuhannya.. Pernah sekali ketika di kolej, sahabat baik ana bercadang untuk membelanja ana makan nasi lemak.. Sedang dalam pembelian, baru ana sedar yg sahabat ana tak pernah membeli nasi lemak di kantin. Ana menyedari perkara tersebut apabila sahabat ana merungut kerana tidak dapat membeli 2 telur goreng(duit yg dibawa kurang kerana hanya dua nasi lemak satu telur goreng). Ana pelik.Dah la nasi lemak dia belanja ana, telur pun nak belanja..

bERKALI2 Ana pujuk sahabat ana, ana cakap ana tak kisah tak dapat telur, nasi pun dah cukup bersyukur ada org belanja. Tambah mengharukan, bila sahabat ana sanggup makan lebihan telur org lain dan memberikan telur yg debelinya kepada ana.

Ana menolak utk menerima telur yg diberikannya, lantas katanya, duit itu bukan miliknya. Ana apa lagi, terus makan telur tuh. Ketika sedang makan, ana tanya"Abes ni duit sapa?" Jawapan yg dikeluarkan daripada mulutnya menyebabkan ana tersentak dan menjadi titik perubahan dalam hidup ana. Balasnya" Duit ni kan milik Allah"

Subhanallah, sejak dr peristiwa ini, ana jadi ringan tangan memberi kerana ana sedikit pun tidak mempunyai hak ke atas harta ana, tapi semuanya milik Dia..wallahualam

Monday, February 7, 2011

rendah diri seorang ulama besar

Kesah Syeikh Tantawi dengan Hassan Al-Banna:

Kata Ustadz Abdul Halim, ketika beliau sedang menulis rencana di pejabat Ikhwanul Muslimin, saat itu beliau sedang sendirian, datanglah syekh Thanthawi menjumpainya. Sebelumnya Ustadz Abdul Halim sempat berharap dapat bertemu langsung dengan syekh Thanthawi dan berbicara secara khusus, dan Al Hamdulillah Allah swt mengabulkannya.Syekh Thanthawi bertanya kepada Ustadz Abdul Halim: “Apa yang sedang engkau tulis? Dijawab oleh ustadz Abdul Halim: “Saya sedang menulis puisi yang dipesankan oleh Imam Hasan Al Banna”.

Puisi itu kemudian dibaca oleh syekh Thanthawi dan beliau kemudian meminta ustadz Abdul Halim membacakanya untuknya. Ustadz Abdul Halim yang hanya lulusan sekolah teknik dan bukan lulusan syari’ah serta tidak memahami cara membaca sya’ir, kemudian membaca sya’ir itu. Kata syekh Thanthawi: “Bukan begitu cara membaca sya’ir”. Ustadz Abdul Halim bertanya: “Apakah ada tempat-tempat yang keliru saya baca? Jawab syekh Thanthawi: “Tidak, tidak ada satupun bagian yang keliru, akan tetapi bukan begitu cara membaca sya’ir”.

Kemudian syekh Thanthawi menambahkan lagi: “Dulu, di masa jahiliyyah, ada sebuah pasar bernama Ukazh, di sana orang-orang jahiliyyah mengambil sya’irnya, seandainya sya’ir itu dibaca dengan cara hafal membacanya, tidak ada daya tariknya, akan tetapi, sya’ir itu harus dibaca sesuai dengan ruhnya”. Maka syekh Thanthawi kemudian mencontohkan cara membacanya dengan demikian indahnya.Kemudian syekh Thnathawi melanjutkan: “Wahai anakku, manusia dalam hidup ini memerlukan riyadhah (latihan), sebagaimana fisikal itu harus dilatih, ruh itupun harus dilatih. Orang-orang yang biasa berlatih akan memiliki satu tingkat dari orang-orang yang tidak pernah berlatih”. (Di dalam tarekat ada satu tingkatan yang paling tinggi, yaitu Al Kasyf, yaitu kemampuan mengetahui apa-apa yang tidak diketahui oleh orang lain, bi-idznillah, suatu tingkatan bagi orang-orang yang memiliki tingkat latihan ruhiyyah paling tinggi).

Syekh Thanthawi kemudian bertanya: “Adakah orang lain yang kedudukannya lebih tinggi lagi dari Ahlul Al Kasyf wahai anakku! Kata ustadz Abdul Halim: “Saya kira tidak ada wahai syekh!”.Dijawab oleh Thanthawi: “Tidak wahai anakku”. Abdul Halim bertanya lagi: “Kedudukan mana lagi yang lebih tinggi dari itu?”. Jawab syekh Thanthawi: “Kedudukan yang lebih tinggi dari itu adalah kedudukan para rijal yang dibentuk oleh Allah swt dan dipilih diantara makhluq-Nya, mereka dipilih oleh Allah swt untuk memusnahkan kerusakan, menghilangkan kezhaliman, menghidupkan api keimanan di dalam hati setiap orang, serta menyebarkan ukhuwwah diantara orang-orang yang beriman, hingga da’wah ini menjadi kuat dan mampu mengangkat nama Allah di atas bumi dan mampu menghadapi orang-orang zhalim yang membuat kerusakan”.

Selanjutnya syekh Thanthawi mengatakan: “Ketahuilah anakku, misi ini, yang Allah pilih mereka untuk mengembangnya, menuntut mereka menjadi ahlul hajb, menjadi orang yang tidak nampak kekuatan spiritualnya (tidak boleh jalan di air, tahan dibakar api, dsb) –akan tetapi kedudukan mereka lebih tinggi dari Ahlul Kasyf, mengapa? Sebab, ilmu ahlul kasyf tidak dapat dipelajari, sedangkan ilmu ahlil hajb dapat dipelajari dan dapat berpindah dari satu generasi ke generasi berikutnya hingga akhir zaman”. Tambah syekh Thanthawi, “termasuk diantara ahlil hajb adalah para rasul, nabi Musa as (ahlul hajb) kedudukannya lebih tinggi dari nabi Khidhir as (ahlul kasyf), sebab nabi Musa as termasuk ulul ‘azmi minar-rasul, hanya lima dari sekian banyak nabi dan rasul yang mendapatkan gelar ini, meskipun di dalam Al Qur’an secara sepintas seolah nabi Khidhir lebih tinggi daripadanya.

Demikian pula dengan nabi Sulaiman as, ketika burung pelatuk kecil menemukan kerajaan Bilqis, berkata nabi Sulaiman: “Siapa yang dapat memindahkan singgasana ratu Bilqis kemari sebelum mereka datang ke sini? Berkata salah satu jin Ifrit: “Aku mampu memindahkan singgasana itu sebelum engkau bangkit dari tempat dudukmu”. Berkatalah seseorang yang diberi ilmu kitab, Asyif namanya: “Aku mampu memindahkan singgasana itu sebelum matamu berkedip”. Meskipun ilmu ahli kitab (ahlul kasyf) itu lebih tinggi dibanding nabi Sulaiman as, akan tetapi kedudukan nabi Sulaiman tetap lebih mulia, sebab dia adalah seorang rasul Allah, sedangkan Asyif tidak”.

Kata syekh Thanthawi: “Diantara ahlul hajb adalah sahabat-sahabat yang besar, seperti Abu Bakar Ash-Shiddiq, Umar bin Al Khoththob, Utsman bin Affan, Ali bin Abi Thalib dll. Diantara mereka yang lain adalah kibarul mushlihin (para reformer besar) yang diantaranya adalah Hasan Al Banna”.

Bertanya Ustadza Abdul Halim: “Begitukah engkau melihat Hasan Al Banna?”.Dijawab: “Ya”.Ditanya lagi: “Bagaimana engkau dapat mengenalnya?”Jawab Thanthawi: “Ketika aku mendangar namanya disebut-sebut orang, aku datangi dia dan aku duduk bersamanya, aku tanya dia: “Apa yang engkau da’wahkan?”. Serupa seperti orang lain yang pernah aku jumpai dia menjawab: “Aku menda’wahi orang kepada Al Qur’an”. Maka aku katakan kepadanya: “Masing-masing kelompok mengaku berdakwah kepada Al Qur’an, tidak ada satu kelompokpun di dalam da’wah Islamiyyah ini –termasuk yang sesat sekalipun- kecuali mereka mengatakan: mengajak kepada Al Qur’an. Jawablah pertanyaan saya dengan detail tentang da’wah yang engkau serukan itu pada setiap aspek kehidupan!

Kemudian ia menerangkan da’wahnya dan aku dapati da’wahnya tidak keluar dari kitabullah dan sunnatur-Rasul saw”. Diceritakan pula, ketika Thanthawi akhirnya terkesan dan tertarik serta ingin bergabung dengan Hasan Al Banna. Hassan Al-Banna bertanya: “Wahai Ustadz! Engkau adalah ustadz kami, dan ustadz semua orang di Mesir ini, andalah Hakimul Islam, kulihat anda lebih berhak untuk menduduki kepemimpinan di dalam da’wah ini, ini tanganku, aku siap berbai’at kepadamu”. Ia dijawab oleh Thanthawi: “Tidak, wahai shahibud-da’wah, engkau lebih mampu untuk memikul beban da’wah ini dan engkau lebih pantas, dan ini tanganku”.

Ketika beliau bergabung dengan Ikhwanul Muslimin, teman-teman seangkatan beliau meremehkannya dengan mengatakan: “Anda seorang ulama’ besar dan seorang syekh, mengapa anda mau menjadi kelompok yang dipimpin seorang anak muda dan anda hanya menjadi seorang ketua redaksi? Dijawab oleh Thanthawi: “Seandainya anda mengetahui siapa Al Banna, anda akan lebih dahulu bergabung daripada saya, sayang anda tidak mengetahuinya !”.

credit to us. salam

Wednesday, January 12, 2011

terrible + horrible

ok.. today i learnt a lot but b4 dat, assalamualaikum.. hopefully everyone that will accidentally read my babbling is in good condition and having and experiencing better day than YESTERDAY.. what gone be by gone, and for us, we just look forward achieve infinite oppurtunity out there. And never stop cause those who stop and whining over past time is loser. Just use and benefit from what had happened yesterday or even last few seconds in your life. Well, for a Muslim, there's no such thing like new year resolution , this doesn't mean Muslim empire didnt create calendar(sigh...) but for Muslim that every morning wake up to continue their journey as a servant of the most ultimate powerful that has no enemy.. every day is like a new year, new resolution, like being reborn. Of course, just by taubat nasuha, Allah promises those who ask for his forgiveness, when He forgave us, we will be like being reborn or like a new baby. Subhanallah. I fell thankful and delighted because being able to breath as Muslim. Alhamdulillah.

Today, lots of new things I learnt. Today class's lessons were great with very GREAT teachers and i just found that miracle today. Thank God. Its all started when the english teacher said something touched me .Why when we discussed the exam question, we were able in attempting the answers but still our marks were devastated. She told us every time before she went bed, she thought bout us. Why this happened to us. She's really certain that every single of us able to get 7 for our english HL(IB students' matter) only if we are not careless. CARELESS!!!! nightmare for every students, only if we be more focus and read calmly the exam text passage, we insyAllah will attain 7. no time of worrying!!! be better every second in our life.. Might be when we improve, we are still far far away from the right track with the "geniuses" , but as long as we improve even little it's a ultimate success. Believe in yourself, then only Allah can help you..

Till then,
HUMBLESERVANT