Tuesday, June 3, 2014

susahnya

tadi ke kelas
tidak siap tutorial, guru bertanya aku tidak mampu menjawab
guru menerang, aku tidak mampu faham

pulang ke rumah hambar

seusai isyak
kelopak mata tidak terasa berat
tapi jiwaku tidak bebas
terasa desakan kuat untuk berehat
sedang masa ini ada banyak hak yg perlu aku lunasi

mutabaah amal
dakwah
study
rumah
hablun nas
persediaan esok
df


semuanya membutuhkan masa dan perhatianku
tapi kenapa kerana hanya satu masalah dari masalah2 yg lain
kau menjadikan masalah itu yg paling besar

bila guru tidak puas denganmu
adakah tanggungjawab yg lain sudah selesai

hubungan mu dgn Allah, sebenarnya lebih dahulu perlu kau tangisi pada kecacatannya
tapi mengapa hubungan kau dgn manusia terlebih dahulu mengisi kesemua hati mu

bukankah dgn hati yg bersih dan luhur semua masalah menjadi kecil dan langsung tidak bermasalah

ingatkah analogi

titisan pewarna merah yang diletakkan dalam cawan yg kecil, pasti hasilnya adakah kepekatan cecair merah,

akan tetapi
jika titisan yang sama tadi dilarutkan dalam lautan, nescaya, langsung tidak kelihatan merah tadi

itulah hatimu wahai diri,
untuk menjadi hati yg sebesar laut
memerlukan

hubungan yg suci dan luhur dgn Allah
kerana Dia yang memegang hati mu


1:57 am -baitul atifi

Sunday, December 1, 2013

''anak2 ku''

dulu saat pertama kita bertemu, kau anak2 yg 'suci' dalam pandangan mataku,
kau ibarat kain putih yg masih belum dicemari,

pun dicemari kau mungkin tidak menyedarinya, kerana kau tidak tahu
pun aku yg serba lemah ini, aku cuba mentuntun mu,
aku tidak sempurna, tapi aku cuba apa yg aku mampu,

kini kau sudah menjejak usia dewasamu,
kata-katamu jelas, benar, dan kau membesar dgn baiknya,
aku melihat perubahanmu, aku tidak sangka kerana aku ingat saat pertama aku menghulurkan tangan padamu
kau tampak berbeza, dari saat pertama dulu
aku bersyukur,  dan banyak yg perlu aku belajar dari mu

tapi semenjak dua menjak ini, saat aku meng'take over' usrahmu,
kau kelihatan lain, sugul tidak berdaya.
aku faham perasaan, emosi dan dalaman mu,
kerana aku tahu aku juga sepertimu,
dan aku faham kesakitan yg kau alami..

tapi bangkitlah adikku,
perangilah perasaan itu,
kerana ia memakan dirimu,
sedikit demi sedikit tanpa kau sedari..

mungkin tanpa kau sedari perasaan itu menjadi tarikan jahiliyahmu,
lepaskan pelukannya, tarikannya,
maka kau akan bebas...

kerana perasaan itu tidak akan kekal,
segala yg selain Allah akan binasa,
jadi berkorbanlah demi Allah, kerana dia tidak akan binasa,

kerana jika kau mengharap manusia, manusia tidak akan kekal selamanya..

allhualam..

Friday, November 1, 2013

antara islam dan jahiliyah

auzubillah hi minassyaiton nirrajim.
bismillah..

benar lah.
kalau kita tidak disibukkan dengan kerja kebaikan maka kita akan disibukkan dengan kelalaian

kalau kita menggunakan nilai diri kita untuk Islam, maka ia akan digunakan utk jahiliyah, 

kalau masa lapang kita tak diisi dengan perkara2 penting, maka ia akan diisi dgn perkara tidak bermanfaat..

teringat kata Hassan al Banna,
dalam karangan tulisannya, 

kata beliau,
''Saya yakin tindakan yang tidak bermanafaat kepada orang lain dan juga
dirinya ialah tindakan yang salah dan tidak berguna. Tindakan yang paling baik ialah
tindakan yang bermanafaat kepada diri sendiri, saudara mara, rakan taulan dan juga
negara. Tindakan yang memberi manafaat kepada umum ialah tindakan yang hebat
dan mulia.''

humbleServant.
9:30 pm, 
Summerhill, Dublin 1

Tuesday, August 27, 2013

futur

aku dilalaikan lagi dgnn nafsuku
lantas bagaimana boleh kau mengabulkan permintaan syahidku

mereka bermati-matian di sana
sedang aku sedikit pun tidak cuba bermati-matian hanya untuk melawan nafsuku

di sana 'perlagaan' hak dan batil jelas diperlihatkan
sedang aku masih dalam kelabu dunia ku

ya nafsi, kum
jangan kau terjatuh dgn ujian ini

bangkit
berusaha
dengan usaha yg kuat

kerana redhoNya
tidak semurah yg kau sangka

Saturday, August 24, 2013

dakwah itu cinta dan cinta meminta semuanya

dakwah ini cinta
hanya dirasai jiwa yang pernah menderita
menderita dengan kegelepan dunia
yang terangnya hanya sementara.....

dakwah ini cinta
kerana cinta meminta segalanya
pernah kau lihat betapa kasihnya sang ayah pada anaknya
betapa rindunya ibu pada setiap anak yang dilahirkannya
atau betapa kasih sang kekasih pada kekasihnya
kerana itulah hakikat cinta
ia mengambil semua kehidupan kita

dakwah itu cinta
hanya pada segelintir sahaja
yang menyedari peritnya umat ini
yang berjuang terus berjuang
sedang yang lalai terus dibuai arus lena

dakwah itu cinta
sehingga mereka digelar asing (ghuraba)
asing di tanah air sendiri
asing dalam keluarga sendiri
asing dalam kelompok sendiri

kerana hanya yang memahami hakikat cinta ini
dan meletakkan dakwah sebagai cinta terutama
melebihi kasihnya pada ibu dan bapanya
melebihi cintanya dari sesamanya
malah melebihi cinta pada harta dan jiwanya
melebihi segala-galanya


Ghuraba, ghuraba, ghuraba, ghuraba
Ghuraba, ghuraba, ghuraba, ghuraba,

Ghuraba tidak akan tunduk kepada selain dari Allah
Ghuraba telah memilih jalan ini sebagai syiar hidupnya

Jika engkau bertanya tentang kami, sesungguhnya kami tidak peduli terhadap para taghut,
kami adalah tentera Allah selamanya, jalan kami adalah jalan yang sudah terjamin

Kami tidak akan peduli terhadap rantai para taghut, sebaliknya kami akan terus berjuang
Marilah kita berjihad, berperang dan berjuang dari sekarang

Ghuraba dengan itulah mereka merdeka dari dunia yang hina

Betapa sering kita mengenang hari-hari bahagia kita
dari kitabullah yang kita baca di pagi hari dan petang hari


Wednesday, August 7, 2013

Kau Datang dan Pergi

Kau Datang dan Pergi
Ramadhan,
Kau bukanlah makhluk, bukanlah satu susuk badan yang aku rindui,
Bukanlah satu wajah yang mahuku tatapi,

Tapi,
Kau adalah satu keindahan kurniaan Ilahi
Kau adalah tempoh waktu yang dihadiahkan Allah buat aku,
Agar aku bisa menyucikan diri, dari
Dosa-dosa yang membelenggu,
Dosa-dosa yang menghitamkan lagi hati yang memang sedianya kotor,
Untuk menjernihkan hubungan-hubungan yang tegang,

Dan yang paling mengujakan aku,
‘sahabat karibku’ kau rantai, supaya belenggunya pada diriku dilepaskan,
Supaya
Langkah ini lebih laju dan tersusun
Supaya
Kaki ini bisa lebih lama berdiri di lorong-lorong malam gelap
Supaya
Air mata ini bisa jatuh berlinangan tanpa sedikit pun terkena tempias Riak

Ramadhan,
Hari ini hari terakhir kau bersama aku,
Aku merasakan kau seperti makhluk,
Yang tak sanggup aku lepaskan pemergianmu,
Andai kau seorang teman,
Akanku genggam tanganmu saat perpisahan ini,
Dan akanku pohon kemaafan darimu kerana aku tidak menghargai setiap detik kita bersama
Dan aku yakin kau juga sedih bila mengenangkan aku

Ramadhan
Sudah bertahun-tahun aku mengenali mu
Dulu aku benar tidak mengerti mengapa mereka menangisi permegianmu
Dan hanya tahun ini, Allah yang maha pemurah memberikan aku rasa,
Memberikan aku kefahaman, betapa berharganya engkau.
Sama seperti saat kaki ini menapak di tanah suci itu,
Hati ini kosong,
Pusingan-pusingan itu hambar,
Ulang alik ulang alik itu hanya kepenatan dan bengkak kaki yang aku rasai,
Dan aku kesal,

Mujur kekuatan ukhuwwah itu datang menyapa,
Datang sang sahabat menyedarkan aku,
Betapa bertapak di tanah suci ini tinggi nilainya,
Betapa pusingan-pusingan ini adalah pusingan-pusingan yang sangat dicintaiNya
Betapa ulang-alik itu juga hanya keranaNya
Dan betapa indahnya minuman itu, kerana ia mengalir tanpa henti bahkan terus mengalir sehingga ke saat ini,
Hanya kerana ikhlasnya ulang alik wanita agung itu

Ramadhan
Hanya kali ini aku menangisi pemergianmu
Mudah, mengapa aku tidak pernah menghargaimu,
Seperti itu juga mengapa saat mula bertapak di tanah suci itu hati ini kosong,
Kerana
mana bisa aku mencintai sesuatu tapi aku tidak mengenalinya,
Kerana
mana mungkin aku mengetahui sesuatu jika aku tidak membaca.

Ramadhan,
Berakhir sudah pengembaraanmu bersama aku selama satu bulan,
Moga ada kesempatan lagi untuk kita bertemu tahun depan.


Ya Allah sampaikan lah kami ke Ramadhan .

Monday, August 5, 2013

zaman sumayyah berulang.

''Katakan bukan Allah Tuhanmu!!''

''Takkan sesekali perkataan itu terbit dari mulutku!'' cebik bibir wanita itu.

''Hei wanita tua. Tak faham-faham ke, mudah je kami mintak. Katakan Allah bukan Tuhanmu. Kami lepaskan kau. Mudah!'' berderai suara ketawa memecahkan ketegangan waktu itu.

''Lidah yang meninggikan Tuhan dan memuji Tuhan ini takkan pernah sanggup menghinakanNya. Walaupun sesaat. Walaupun sesaat. Jika kamu tidak malu buatlah sesuka hatimu. Aku tidak takut pada kesakitan dunia. Kesakitannya hanya sementara. Buatlah apa yang kamu mahu. Allah yang Maha Esa, Yang Maha Menyaksikan takkan membiarkan kamu terlepas atas setiap perbuatanmu. Kau mungkin terlepas di dunia ini, tapi ketahuilah akhirat itu jauh lebih kekal'' kata wanita itu seolah-olah dia tidak menyedari akibat yang bakal dihadapinya disebabkan kata-lata yang terbit dari dua bibirnya.

'' Hei wanita celaka! Tak payah nak bertuhan-tuhan kat sini. Kalau betul Tuhan kau tu ada, kenapa kau masih terbelenggu di sini, dan Dia tidak menyelamatkanmu. Dan kami masih di sini, tidak terusik pun!'' sekali lagi kata-kata tentera itu disambut deraian ketawa tentera-tentera lain.

''Bakar sahaja wanita ini, atau ambil bayinya, sembelih hidup-hidup di hadapannya!'' HAHAHAHAHAHHA''

''Kau fikir aku takut. Sudah aku katakan dunia ini tidak kekal. Lakukan apa sahaja yang kau mahu sekiranya kau tidak malu. Hei anak muda, tidak kah sampai kepadamu kisah Firaun yang mengaku dirinya Tuhan, lalu laut menenggelamkannya. Kau mungkin tidak diazab di sini, tapi di sana kau pasti!'' tegas wanita itu sambil dia menjegilkan matanya.

Belum sempat wanita itu menyambung kata-katanya, tentera yang dikutuki Allah itu membalas ''Wanita tua ini memang tidak faham bahasa! Campakkan sahaja dia dan anaknya ke dalam minyak panas itu. Campakkan sekali kesemua ahli keluarganya. Pastikan dia yang terakhir sekali, biar dia saksikan sendiri keperitan dan kepedihan yang bakal dirasai ahli keluarganya.'' wanita tua itu terus ditarik bersama bayinya. Suami dan anak lelakinya turut ditarik sama.

Dalam ketegangan itu, wanita itu hanya mampu menangis, Dia khuatir jika anak-anak dan suaminya tidak mampu menahan kesakitan dan kepedihan itu.

''Jangan khuatir isteriku. Allah bersama-sama kita. Kesakitan ini sebentar sahaja, sebentar lagi kita akan berjumpa dengan Tuhan kita. Berbahagialah.'' kata suami wanita itu sambil tersenyum.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

ini bukan kisah sumayyah, ini kisah yang aku bayangkan tentang perjuangan sumayyah. pastinya sesuatu yang lebih indah dan menyayat hati berlaku saat sumayyah mempertahankan syahadahnya. Dan kerana perjuangan generasi awal (rasulullah dan para sahabat), kita merasai kemanisan deen ini.

Kita tidak perlu menggunakan senjata, atau mempertahankan tanah kita dengan darah dan tangisan. kita hidup di sebuah negara aman tanpa sebarang tohmahan dan cercaan.tidak disakiti. sedikit pun tidak. tapi pernah kah kita terlintas untuk menangisi perjuangan dan kesakitan yang mereka lalui dahulu. tanpa mereka siapa kita.

dan hari ini, kezaliman itu tidak berhenti. Kita ditakdirkan hidup sezaman, se-era dengan zaman yang mencengkam. Kezaliman saat ini berada di mana - mana sahaja. Zaman itu berulang kembali. Aku bertanya padamu, sebutkan padaku negara-negara yang saat ini dianiaya. Jika satu pun tidak mampu keluar dari lidahmu, hentikanlah percakapan mu sehari. Untuk apa diciptakan mata, telingan dan lidahmu.

Tentu sekali kata-kata ini bukan dilemparkan hanya pada dirimu, tapi tentunya telinga yang paling hampir adalah telingaku sendiri. Aku juga seperti kamu, selalu terbuai dengan dunia ini. Kini masa untuk bangkit. Ummah memerlukan kita. Kerana kita pemuda. Dan pada diri kita ada sesuatu yang tidak ada pada kanak-kanak mahu pun generasi tua. Tapi ada pada kita. terokai lah dirimu, sebelum maut menjemput mu.

Aku tidak meminta padamu untuk turut serta dalam peperangan itu, kerana aku tahu kau mungkin teragak-agak untuk bersama mereka. dan jika kau tidak teragak-agak, kau lah pemuda. aku pinta padamu, untuk melakukan apa-apa sahaja dengan usahamu. dan aku menulis untuk menyampaikan ini. dan aku harap kau juga ada melakukan sesuatu. teruslah memohon pada Allah agar selalu memberi petujuk kepada kita pada setiap langkah2 kita.

wahai pemuda bangkitlah dan berbuatlah sesuatu, kerana sampai satu saat kau akan ditanya apakah usahamu, dalam membantu mereka.

Allahualam..