Tuesday, November 16, 2010

jahiliyah yg menghimpit diri

Today
assalammualaikum
zati..
apa khabar iman awak hari ini?? bhgia tak??
alhamdulillah
tak jugak
balik umah nih tak menentu
makin bayak gula getah melekat di kaki
ahh jahiliyah mengejarku
akak camner di sana?
huhu..alhamdulillah...
jahiliah mengejar awak ke? atau terperangkap dengan helah jahiliah?
erm..............
(soalan memerangkap nih)
hehe
betultuh
sy tahu jer jahiliyah
tp masih nak berselumag dengan lumut kotor
huhu..cam ayat syed qutb..fuhh...
allah hai
semua yg join tabiyah mesti hafal ayat nih
hehe
puasa tak hari nih?
camner korbn di sana?
ade sponsr?
bukan sekadar hafal je..malah menghadamkan dan mengamalkan....esok ktrng raye....ader solat2..makan2...huuhu
baynak nyer huhu..
insyaAllah sy hadamkan
nih tengah buat aper?
tgh dok usha2 status kawan2 kat fb
proses mentajmik
kawan2
subhanallah
bagus2!!!
semoga virus semnagat akak sampai ke desktop sy
haha....kalo boleh akak nak jumpe korunk..huhu ader bnyk benda akak nak share <3
tak sabar nak tgk korunk akan bertebaran menjulang dakwah ni selepas habis IB..insyaAllah..<3
insyaAllah
eikh skunk kmb tgh cuti ke?
\moga allah jadikan saya dan sahabat dalam barisan2 kukuh dalam menjulang Islam
haah
izzati ader kat umah ye?
sampai ahad nih
haah
hehe
tuhlah dihimpit jahiliyah
owh..ye ..ke..huhu
huhu lagi..
doakan saya
izzati..awak kena lagi bijak utk lawan strategi jahiliah..
yeer
dier tak boleh duduk dan berlawan dalam hati je..tapi kena ader actions...!!
mujahadah..rasai kesusahan melawan jahiliah tuh..
allahuakbar
terima ksih kak
sy dah mula bersemangat
peringatan ini yg sy rindukan di kala tidak berada dalam kalangan mereka yg sentiasa ingat mengingatkan
syukrna
kak
izzati kena bersedia utk satu hari berjauhan di kalangan mereka yang boleh mengingatkn kita....pada masa itu, hanya iman kita yang boleh menguatkan kita andai kita sudah jauh dari semua orng yang membawa dakwah ni
cube bygkan kalo izzati dok sorng2 kat eire tuh, then ramai plak ke uk..hah..kan dah susah...
tu sebb dari sekarang Allah bagi bnyk jahiliah2 tuh kat izzati, utk izzati terus kuat melwan
insyaAllah
so that, izzati mampu utk berdiri utk diri sendir dan orang lain juga
sy kene kuat
ok kak jihah
sy nak gi siapkan homework yg menggunung tinggia
jazakillah
terima kasih ats peringatan
salam
(berdiri utk diri sendiri dan org lain adalah salah satu ciri penting seorang rijal..huhuk)..baiklah izzati...kalo ader masa akak nak skype ngn korunk
huhuk..k...jaga diri..jaga iman..k..
salam

Alhamdulillah masih ada lagi insan nun jauh di Ireland yg nak mengingtkan diri ini yang makin lena dibawa arus jahiliyah.. hamba lemah yg makin lena dengan nikmat dunia yg nikmat nya sekejap cuma..

ana harap kita sama 2 dapat ambil ibrar ( pengajaran ) daripada perbualan antara dua orang hamba Allah di atas

kadangkala diri ini merasa bosan dengan amal ibadahnya yg kecil nilainya di sisi Tuhan, tapi Tuhan sedikit pun tidak pernah menjadi bosan kerana amalan hambanya dan

Allah menyukai hamba yg mahu memperbaki amalannya.. iNSYAllah.. ayuh kita berjihad menentang jahiliyah dan merasai nikmatnya!!

Saturday, September 18, 2010

UPSR makin dekat, kenapa aku yang stress

Barulah hari ana faham kenapa sahabat ana, Syarifah Sarah Liyana beriya-ria "menyiksa" adiknya hingga ke tengah malam buta membuat ulang kaji.Padahal esok harinya adik beliau nak menduduki exam dah. Ana dok pikir time tuh biarlah adik dia tuh tidur awal, dapatlah bernafas sikit. Namun diduga Allah mempunya adik yang bakal menduduki UPSR buat ana sedar. Kenapa mama ana beriya-iya nak ana ajar adik ana, paksa dia ulang kaji biar pun dia tak nak. Subhanallah, adik ana nih memang nakal tahap apa pun tak tahulah ana nak gambarkan. Dugaannya mengalahkan nak jaga adik2 kat Taska kat kmb.

Adik ana, namanya Adil. Susah nak ajar adik sendiri ni,bila dia buat salah ana bukan kira, boleh jer ana nak angkat tangan (astaghfirullahalazim, Ya Allah, beri kami kekuatan mengawal nafsu amarah kami dan pelihara kami dari syaitan laknatullah ) Ya lah, bukan sapa pun mak ayah dia, mak ayah kita jugak. Tapi kalau ajar anak org tak boleh nak marah2, dia bukan sama mak ayah ngn kita, kalau marah2, habis lah berhenti tros belajar ngn kita.Kueng3!!! Nak dijadikan cerita, adik ana ni, everytime ana suruh buat latihan, diam buat benda lain. Main2.Ana pelik dah darjah enam, masih nak main permainan budak tadika. bilalah adik ana nak matang. Sekarang ana tengah suruh dia buat latihan math.Ada hati nak masuk tidur, tidak akan kulepaskan dikau.hahaha..(nih bukan ketawa syaitan) Ana memang nak seksa dia, tapi untuk kebaikan dia juga.Belajar baik2, dapat keputusan baik, masa depan baik insyaAllah.tak ada lah nak susahkan orang tua..mudah-mudahan..

Malam nih barulah ana nak ajar dia bersungguh-sungguh.Menyesal ana tak appreciate 2 minggu ana terluang ana dengan dia.Dah tuh,ana pun suka bertangguh,homework ana satu jer siap, tuh pun sbb dateline dia time cuti,tuh pun lambat anta jugak.Syukur sahabat ana paham(banyaknya nikmat yang kau berikan ya Rabbi).. Esok ana nak balik kmb, kerja anak kene anta by Isnin. Ana tak siap lagi.Then adik ana pun ana nak kene focuss. Ana teringat lagu raihan, lapang sebelum sempit.HAH!!! MEMANG DAH SEMPIT.makin hari umur ana makin pendek, tapi makin hari perangai ana makin teruk,ana taknak akhirat saja, ana nak dunia juga.Ana nak dua-dua!!!!!!
Ya Allah berat nya ujianmu ini, tapi tidak seberat ujian nabi ketika menyebarkan ISLAM!! Ana hnaya perlu belajar, berjaya. dan kembangkan islam. Ana harap ini menjadi pengajaran buat ana untuk sepanjang hidup. Bukan sekali berlaku, ana sangat gemar menagguh kerja,ayah ana pun boleh tahu sikap buruk ana.

itulah sebabnya kenapa makin nak upsr, makin ana gusar,ana risaukan pencapaian adik ana. Marilah sama 2 kita berdoa ke hadrat illahi moga Allah mudahkan adik ana dan semua adik di seluruh malaysia..

Adil lakukan yang terbaik. tapi ana dah deal ngan mama ana nak masukkn adil ke sekolah tahfiz di Banting, semoga hajat kami dimakbulkan Allah....

Senarai Produk yang Dijamin Halal oleh JAKIM



Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-





1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM:-McDonald-A&W-Secret Recipe





2. Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal:-Victoria Station-Kam Lun Ta-Lotus Family Restoran





3. Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM:- San Francisco Steakhouse- Chicken Rice Shop- Kiwi Express





4. Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM.





5. Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM.Walau bagaimanapun, kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.





6. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM.





7. Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada 5:





i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. (Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja)





ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda.





iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua.





iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan (yang dibenarkan syara').





v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami.





Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan.Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak?





Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya.**JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara.





Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja.





8. Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha. Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal.Produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, dan 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak.





Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.





9. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.





10. Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal(walaupun ada yang menjual arak )





: Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome CafĂ©, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.





Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.





11. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( Jabatan Agama Islam Selangor ).





12. La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.





13. King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM.





14. Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM,





15. Manakala Status makanan yang disediakan di Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.





16. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.





17. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King. Maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.





18. Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM.Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas, memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.





19. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal.





20. Starbuck tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM. Maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.

Dipetik drpd http://saffoffighters.blogspot.com/

Benar JAKIM telah mengeluarkan cop halal dan boleh dipercayai.Tapi BOIKOT tetap BOIKOT..
ps:-lepas ni JAKIM kne keluarkan cop boikot, senang umat Islam nak buat pilihan ",

sk taman ehsan






Semalam ana menghadiri majlis solat hajat di sekolah adik ana di Taman Ehsan.Satu nama hebat yang tidak dapat disangkal.Mungkin sekolah rendah ini bukanlah sekolah yang berjaya melahirkan 100% pelajar 5A mahupun menjadi sekolah terhebat di Selangor, namun di sekolah ini ana dididik dengan pelbagai ilmu , diperkenalkan dengan dunia buat kali pertama, mengenal pelbagai ragam manusia.. Dikurniakan Allah keputusan yang alhamdulilah cemerlang adalah satu nikmat kurniannya sedangkan ana tahu sedikit pun tidak layak untuk memiliki nikmat besar ini.Sehingga hebat mana pun ana suatu hari nanti, masih segalanya milik Dia. (sedap kalau pasang lagu Raihan alhamdulillah)

Insan yang ana sangat respect ketika menuntut ilmu di MRSM Mersing, Ustaz Annas juga merupakan bekas pelajar sekolah rendah taman ehsan. Apa yang memeranjatkan ana, Cikgu Isa meruapakan salah seorang cikgu Ustaz Annas di sk taman ehsan.Subhanallah, walaupun ana tak pernah belajar dengan Cikgu Isa, but still kami berkongsi cikgu yang sama.Menjadi sahabat baik Ustaz Annas satu pengalaman yang indah.ana amsih teringat pada hari terakhir ana di Mersing, Ustaz mengatakan dia sedih kerana bakal berpisah dengan sahabatnya. Digelar sahabat oleh seorang guru bagi ana satu pengiktirafan yang cukup besar. Menjadi sahabat beliau, semuanya bermula dengan satu insiden . Hazirah sahabat ana menghadapi masalah dalam meyakini kewujudan yang Esa.Lantas ana menguatarakan masalah ini kepada senior ana , Kak Lisa . Dengan izinnya,Kak Lisa menceritakan pada Ustaz Annas masalah sahabat ana. Dipendekkan cerita. selama dua tahun kami selalu bertemu Ustaz Annas, sekadar ana menjadi insan ketiga supaya tiada fitnah berlaku.Alhamdulilah,sekarang semua setel.Sehingga sekarang ana masih berhubung dengan Hazirah dan Ustaz Annas, cumanya Kak Lisa,kami tidak serapat dulu ;(





Ustaz Annas


hazirah (sorry ajee, nih je posing ko aku bleh cari",)







Ana rasa dah jauh sangat ana merapu nih.Baiklah berbalik kepada post asal, tujuan ana menghadiri majlis solat sunat hajat adik ana, ana nak jumpa cikgu2 lama ana.Tapi satu kelemahan ana yang insan lain mungkin terkejut bila dengar .Ana ni PEMALU..Ni kalau budak kmb baca..Habis.Takkanlah Izzati malu.Untuk berucap di ahadapan beribu penonton mahupun di khalayak ramai alhamdulillah tidak menjadi masalah akan tetapi bila melibatkan perseorangan ,ana tak mampu, anam MALU. Malu sikap yang sangat bagus, Nabi sangat pemalu orangnya mengalahkan anak dara.Maknanya mengalahkan ana sendiri :)
Tapi sikap pemalu ana tak bertempat. Ana malu nak jumpa cikgu ana.Tersegan yang amat sangat. Ana takut sikap pemalu ini menjadi fitnah.Mungkin cikgu fikir ana sombong , berlagak, tak mengenang budi.TIDAK! Ana bangga belajar di sana. Habis makan jamuan, ana bawaklah adik ana,Arrif tengok kelas lama ana.Dah ank jumpa cikgu malu.Ana kecundang dengan bisikan syaitan.Takper cikgu kita buat reunion kat syurga",




Subhanallah sekolah rendah ana dah banyak perubahan.Dulu time ana, semua buruk,tapi ana lagi suka suasana lama. aman damai.7 tahun yang lalu, time darjah 6, ana dok pikir nak melawat kelas ana bila ana dah keluar dari sekoalh rendah ana dan mengenangkan masa muda2. Sedih,teringat sahabat2.Tak tahu mana nak cari diorang semua.Takpalah.Mungkin time ana dah jadi doktor mungkin boleh terjumpa mereka .Mereka jadi pesakit ana.. Lagi indah kalau cikgu2 ana jadi pesakit, boleh ana balas jasa mereka.

arrif, tq arrif temankan Ayong",


Ana teringat klasmate ana, kawan tuisyen ana . Allah hai kalau ana terserempak dengan dorunk, macam mana nak tegur.SEGAN..harap dorunk boleh tegur ana.


Ya Rabb,
buangkanlah sikap pemaluku yang tak bertempat ini,
alangkah baiknya Ya Allah jika maluku padaMu kerana melakukan dosa dapat menggantikan malu tidak bertempat ini..







kepada semua guru skte

terima kasih atas segala tunjuk ajar cikgu2


tanpa mereka takkan mampu ana sampai ke tahap ini

Friday, August 6, 2010

Kembara Melawat Nad

Alhamdulillah.....

Beberapa hari yg lepas ana dan sahabat2 ana diizinkanNya utk

pergi melawat seorang sahabat ana di KPJ

...



walaupun pd mulanya berjanji dengan pakcik Azman( pemandu teksi yg famous di klgn pelajar KMB)

untuk bertolak pd jam 3 ptg

disebabkan beliau ada hal

kami delaylah ke 3.30 ptg

...

walaupun pd mulanya agak terkilan

tapi rupanya inilah yg terbaik buat kami

pak cik Azman menawarkan untuk menunggu kami sehingga selesai melawat Nad

sebagai tanda minta maaf

kami apa lagi

gembiralah..bukan senang nak cari teksi yg sanggup tunggu and terima lebih 1 penumpang

ya Rabb

kepadaMu kami memanjatkan kesyukuran

...

....

disepanjang perjalanan

tiba2 hati ku meronta2 melihat keindahan alam ciptaan Illahi

Hatiku tidak henti2 mengucapkan kesyukuran ke hadratnya

Subhanallah

hebat betul ciptaan ini

awan-awan tersebut sangatlah cantik

...

lalu tangan ini

mengambil kamera dan merakamkan keindahan ciptaanNya





*smart angle ",


di kala senja
*subhanallah, bukannya mudah nak jumpa pemandu teksi mcm pak cik Azman ni
siap cari tempat nak solat tyme kami balik(alangkah indah jika semua driversepertinya, namun itulah dunia, sibuk mencari rezeki hingga melupakannya ;(



inilah hosptitalnya
mmg canggih setiap katil ada tv sendiri siap remote control
*tp astro takder, takleh tgk oasis.. hehe






Maksudnya : orang2 yg mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan ttg penciptaan langit dan bumi (seraya berkata)

Ya Tuhan kami , tidaklah engkau menciptakan semua ini sia2; Mahasuci Engkau lindungi kami dari azab api neraka


Wednesday, July 21, 2010

'''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''

MARI QIAM!!!!!!!!!!!!!!!!!
ALLAH KAU LAH KEKUATAN KAMI
KURNIAKAN KAMI KEKUATAN
SABARKAN KAMI ATAS DUGAAN DI DUNIA INI
JADIKAN KAMI ANSARALLAH!!!!!

Tuesday, March 9, 2010

disantau

alhamdulillah
selepas berubat dengan seorang Wak nih
aku makin baik denag izin Allah
tak sangka bisa yang dirasakan di perutku
yang selama ini kusangka kan sbgai food poisoning
Santau rupanya..
mama: Dah banyak kita berusaha Yong (panggilan untuk diriku), hospital dah gi, klinik sudah ,
urut sudah . Skang nih, kita jumpa satu wak nih, mungkin ni usaha kita yg terakhir.
aku : (sememangnya x suka tok moh, mahupun wak) Sekadar mengangguk, pergi je lah
mama: Sebenarnya da lama mama nak gi, nak ubat fibroid mama, tapi ayah tak bawak2 lagi
aku : (nih sapa yg ka berubat sebenarnya, hehe , jahat gak dalam sakit2 )
...
lalu kami pun bertolak ke rumah Wak Mat lebih kurang dekat2
nak gelincir matahari
...
ayah : assalamualaikum
wak : waalaikumsalam
(setelah berceloteh panjang dan jampi serapah yg berasal dari ayat2 suci al-quran)
wak : ni termakan bisa, banyak makan kat luar, luka dah makin dalam
mama: (terkejut, aku lagilah terkejut)
wak : takper2 nanti kita kasi dia minum cendol
mama: cendol sedaplah
wak : tersengih
wak : ambil kelapa ni, diparut, kemudian daun nih dibuang bagi tinggal daun jer. perahkan
kelapa tuh dgn daun, ala guna tuala good moring tuh pun boleh sampai setengah cawan.
minum, nanti lepas minum, mesti muntahm siapkan baldi, pakai kain jer nanti di rumah.
takut tak sempat. (isteri wak mengiakan samnbil tersengih)
aku : (no problem)
...
di rumah
mama : nah minum sampai abes
aku : (what!! ini ker cendol, nak tak nak kene hadam, bayangkan minum santan, yaks !)
mama : minum jer lah, nak baik ke tak nak
aku : (dekad setengah jam nak abeskan)
aku : apsal tak muntah2 lagi?? (sikit punya berlagak)
...
2 jam kemudian
aku : apsal pening sangat nih??
habis bekfes, lunch sumer kuar balik, payau rasa tekak, panas pun ada.
baring sekejap, argfhhhhhhhhhhhh, azabnya, pening lagi, aku pun muntah lagi setiap 10
minit. Azabnya ya Allah.
...
bila malam
mama :camner rasa, sakit perut lagi
aku : sket2..
mama : camner bleh sakit lagi nih.
aku :(manalah tahu) lapar lak rasa
mama : prot tuh da kosong, gi lah makan nasi
aku : kalau ikutkan nafsu mmg lapar tapi bila berdiri jer, rasa skait blek, maka tros ke katil
mama dan ayah dan tertidur dek kerana sakit prot.
....
pagi keesokannya
ayah : dah ok
aku : bolehlah
mama: makan ubat nih
aku : (aaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, asik ubat jer, tensi)
...
petang ke jusco,
gara2 Arrif nak sangat beli hadiah untuk kawan 'kesayangannya , Azim, anak cg Hashim'
aku : beli yang ni jer
arrif : arrif rasa nak beli nih lah
aku : nih besday Azim ke Arrif (dekad sejam aku nak pilih hadiah ngn budak kecik nih, haishh)
...
di Jusco
arrif : ckp nak beli sushi tadi
aku : eeee, tanak!! bukan der tanda halal
arrif : arrif rasa nak vitagenlah Yong
aku : (banyaklah ko punya rasa2, seb bek ada belen wet lagi, haishh Arrif2, tensi)
aku : (ni seyes rasa nak pitam, cemana nak balik kmb nih, asik pening jer, jom Arrif kita pulang,
ayuh!!)
...
di rumah
mama : cam dah sihat jer, jom balik kmb
aku : takder masalah
mama :jangan lah lagi, sok kita g urut, rehat kat umah dulu, lagi pun sok mama nak balik perak
kalau Ayong sakit, cemana
aku :(btol gak ckp mama, larat ke kau nak balik perak sensorang)
...
the end
dahlah tuh tak puas ker
nih nasihat dari ana
hati2lah ketika makan
baca doa
doa hindar sihir
dan ingatlah
biarpun org santau ker, sihir ker, paper ker
segalanya takkan berlaku tanpa izin
Allah

Thursday, February 18, 2010

Ya Allah ; aku tak larat dah

Ya Allah..aku tahu ini ujian dariMU namun,
aku dah tak tahan
sakit betul urat di belakang badanku
menyukarkan pelbagai urusan yg melibatkan proses duduk
...
..
mungkin ini pengajranMu bagiku
hargai badan yg sihat
akan ku sambut salam perjuangan dariMu ya Rabbku
Ya Allah
maghrib tadi aku lengahkan sebentar perjalanan ku ke rumahmu
dek kerana lambat yg sebentar
aku tidak dizinkanMu untuk berjemaan bersama mereka
kerana surau blog yg begitu padat dengan manusia
aku terkejut
mengapa tiba2 ramai yg hatinya ditarik oleh Allah untuk berjemaah di surau
mungkin ingin aku segera dan berlumba untuk memenangi hatinya
...
...
Ya Allah
hampir2 sahaja aku menangis Ya Allah
kerana dugaan2 kecil
yg kau kurniakan pd aku
namun tak mampu aku tanggung
kerana aku tidak menggunakan sepenuhnya masa mu
kesakitan badanku di bhgn belikat di tambah pula
tekanan assignment yg menggunung
benar2 menguji
ingin saja air mataku mengalir deras
...
saaat itu
tiada siapa dapat menolongku
melainkan engkau Ya Tuhanku
melainkan engkau penciptaku
melainkan engkau pemilik masa
MELAINKAN ENGKAU PEMILIK KAMI SEMUA
....
AKU tak tahu nak luahkan kepada siapa ya Allah
di ketika ini pasti semua sibuk menyelesaikan urusan masing2
bila Mama ku kembali padamu kelak
kepada siapa boleh aku bergantung
pabila ayah kembali di sisimu
adakah aku benar2 akan berharap padamu
dan baru ketika ini aku mencarimu
biarlah panjang aku menaip di sini
tidak ada yg mengerti
bantulah aku
Ya Alamin

Tuesday, February 16, 2010

ikhtilat ; kita boleh berhubung tp HALAL kah?

kita cuba sedaya upaya membataskan perhubungan kita
agar tidak jatuh dalam kancah syaitan durjana itu
....
....
zina hati
zina mata
zian tangan
zina kaki dan akhirnya
..
zina yg paling dimurkai
dan kelak
...
mulut mu akan ditutup
dan biar anggotamu yg memberi kesaksian
ketika itu
kedengaran suara keras
"Tidak pernahkah ada org memberi peringatan kpdmu?"
..
..
..
yg HARAM tetap HARAM
namun yg HARAM akan jadi HALAL
fikirkanlah
.....
Ya Allah, beri aku kekuatan menjaga ikhtilat ku dari mereke

mari boikot

"Nak eskrim tak?"
"Bleh gak"
"Eskrim oreo"
"Kata boikot?" mama mencelah.
"Oreo produk america ker???"
"Nak beli kat Mc'D lah"
"TAK NAK AH GITU"
"ceh..."
.....
.....
sabar yer nafsu
biar iman memagarimu
nikmat dunia ini sementara jer
kasihilah saudara2 mu di sana
kuatkan hambamu ini

Maher Zain or ayatul qur'an

Bila cuping telingaku didendangkan dgn lagu maher zain
ternyata banyak kebaikannya, banyak memuji Allah, pencipta alam ini
tapi
boleh jadi lalai juga , maklumlah ciptaan manusia byk kelemahannya


...


namun
bila radio telinga ini ditukarkan ke stesen lainn
mendengar alunan memuji Illahi tetapi menggunakan kalimat2 kebesaranNya


yg mana Dia sendiri yg menuturkan ayat2 itu


indahnya...tenangnya..sejuknya....



...



bak kata Ustaz Salam dlm blog nya
dalam kitab itu yakni al-qur'an ada kesemuanya
nak lihat kebesaran Allah



dapat lihat



..



nak dengar kalam agung yg menenangkan
dapat dengar walaupun
tok pehe bahase arab tuh
[kecek kelate plak]



...



nak apa lagi
semua ada



...



tepuk dada tanya iman
Maher Zain ker
ayatul qur'an???????



[jangan terasa yer, post nih khas untuk empunya blog.., jazakallah]







Incik Maher Zain jangan marah yer

aku sayang n rindu

aku sayang
aku rindu
mahu bertemu mu
namun kau perlu mengerti situasiku
bukan mudah untukku meluangakn masa bersamamu
...
mungkin Allah mahu kita berpisah sebentar
dalam perjunganku
menyeimbangkan dunia dan akhirat
bersabar ya sayang
hanya Allah penghubung kita
..
..
...
...
...
...
...
+erm... post ni utk keluarga ana, jgn salah faham+
BERSANGKA BAIKLAH HAHA
[rasa macam kene tembak???]

Monday, February 15, 2010

procastinate hurts me

p.r.o.c.a.s.t.i.n.a.t.e
who should be blamed? [dah tahu tanya plak, ana lah org nyer, haha]
tomorrow i'll b back 2 kmb
"takper2 insyaAllah siap" , monolog dalaman yg sering membuahkan kata2 manis
tetapi jarang sekali monolog itu menepati janji kepada diri sendiri......
kasihan kepada empunya diri ini
...
...
sampai bila ana nk procastinate
berubahlah wahai manusia
masa itu milik tuhanmu
bukan milikmu
nanti di akhirat akan di soal kembali
dimana kau pergunakan setiap saat anugerah Illahi
..
..
imanku cuba mentarbiahku
nafsu ku meronta2 mahu melepaskan keinginannya
pagarilah nafsumu izzati
Dunia itu sementara sifatnya
.
.
.
.
tadi Mak Cik n Pak Cik Din datang, ziarah kami sefamily , terharu, jauh 2 dari perak sudi datang. Semoga ziarah mereka dipandang tinggi Allah , mengeratkan lagi silaturrahim kami .
Kemudian bawa Adil n Arrif jalan2 naik motor ayah. Byk rumah yang dah dikosongkan rupanya. Arahan PDRM , mestilah ikut. Seram juga memikirkan bnyak rumah yg dah tiada penghuninya , Tapi redah jelah . Macam biasa , mestilah dorunk ni nak g beli slurpee . Balik umah , mintak izin mama ayah . Korek tabung, tgu jelah kerja dorunk .
...
apa lagi, ana meredah arus malam yg gelap dengan bertemankan bunyi motor yg menderum. Motor ni dah nak sampai ajal agaknya, bunyi yg dikeluar benar2 menakutkan. Macam nak meletup, nauzubillah ior. Banyak benar org makan di kedai, lapar agaknya, memenuhkan lagi ruangan perut yg masih belum penuh, ternyata makanan yg diorder semua tidak sihat . [padahal x nampak pun]..
...
Ana ingat nak makan eskrim mc'D tapi tak sanggup mengenangkan nasib penduduk di Palestin dan negara2 Islam lain. Nak bantu mereka selain drpa berdoa mgkin susah, jadi baik ana boikot .
Boikotlah PRODUK AMERICA. Syukur amek ekonomi, belajarlah pasal franchais2 nih.
...
Balik umah, parking motor .
...
Wahai sahabat2, hargailah keluargaMu selagi mereka masih kanak2 dan tidak sibuk, kelak sudah berumah tanggau, mungkin sukar.

ibu ketam mengajar anak berjalan

semalam
ana rasa bertanggungjawap pula
nak ajar Arrif , adik last ana ambil wudu'
...
senang jer nak pancing budak Darjah 1 ni
"Ayong , masak kan daing burger "
"Ayam ke daging ?"
"Ayam"
...
sesudah selesai menggorengkan makanan Barat
yang menjadi darah daging orang Melayu Muslim ini
[nak buat cemana , sedap pun sedap, Allah hai]
"Arrif kita solat dulu, nak tak?"
"Nak!"
"Kita amek air sembahyang dulu"
"Arrif dah tahu lah"
"Ala ikut jer Ayong"
lantas aku mengajarkan teknik2 yg sempurna
supaya
kebiasaan itu mampu dipupuk dalam dirinya
sehinggalah ke dewasa
..
..
Setelah selesai amali wudu'
dengan kuasa veto sebagai anak sulong
aku memerintahkan Arrif mengikut segala perilaku solatku
..
ketika rakaat ke 2
"Alamak Arrif, Ayong lupa nak amek wudu' lah"
"Apalah Ayong nih, tadi ajar Arrif amek wudu' tp Ayong pulak tak amek"
..
hehe
geli hati teringat peristiwa semalam

warkah buatmu Adikku

semua manusia cuba memanifestasikan pendapat mereka dgn berblog
sebentar tadi aku tinggalkan dunia internet ini sebentar
meluangkan masa bersama keluarga
bersama adik2 yg sudah lama aku
tidak bergurau senda dgn mereka
.
.
.
Buat adikku Adil ;
Aku mengerti perasaan dan nalurimu sebagai anak. Kekuatanmu untuk memprotes , tinggal solat dan seumpama dengannya. Aku pernah melalui zamanmu dan ketika itu aku masih belum sedar yg aku belum matang . Apa yg ada di dalam pemikiranku hanyalah pandanganku dan bukan kata2 mama dan ayah.
...
Adil , Ayong teringat ketika dalam usia yg muda , ketika kecil-kecilan seawal 3 tahun, Ayong meminta Mama mengajar Ayong solat , sedangkan ketika itu solat masih tidak diwajibkan ke atas Ayong . Namun setelah diajar , banyak kali Ayong cuba mencari helah meninggalkan solat, menambahkan lagi beban dosa Mama dan Ayah . tapi itu bukan salah mereka .
...
...
Adil, mungkin Ayong takut ini berlaku padamu adikku. Jangan ikut kakak mu ini, dahulu Ayong anak yang kurang hajar , sanggup menyakitkan hati Mama dan Ayah tanpa sedikit pun menyesal . Keyakinan Ayong yang terlalu tinggi pada Allah sememangnya tidak bertempat kerana Ayong mengetepikan segala usaha mereka . Ketika masih kecil, Ayong demam dan ayah menyuruh Ayong memakan ubat. Ayong tak pandai telan ubat dik lalu Ayong meyakini yang kita sembuh bukan sebab ubat tapi sebab Allah . Tapi dik tanpa usaha, Allah takkan bantu kita .
...
Begitu juga dengan mama dan ayah, tanpa mereka bagaimana Ayong nak lahir ke dunia ini.
Adil , Ayong sedikit pun tak menyesal dengan masa kecil Ayong. Sebagai anak yang sulong Ayong tahu Mama dan Ayah cuba jadi ibu bapa yg baik, cuma kadang kala mereka salah memilih langkah. Adangkala mereka meninggikan suara pada kita atas benda2 yg kecil. Mungkin kecil bagi kita, tapi besar bg mereka. Besar bagi mereka ingin melihat kita anak2nya berjaya. Mama bukan saja tak nak bagi Adil tengok astro ,main PS tp Mama taknak apa yg jadi kat Angah berulang pada Adil . Mama selalu mintak Ayong ajar Adil , tapi Ayong nih tak pandai sangat Dik.
...
...
Alhamdulillah berkat doa mama, ayah, opah, cikgu dan semua orang, waktu UPSR Ayong dapat 5A. Padahal Ayong tahu Ayong sikit pun tak layak nak merasai kenikmatan kejayaan ini. Ayong usaha sikit dik tp Allah tetap bagi . Kemudian tyme PMR, Ayong diuji lagi dgn nikmat mendapat 8A PMR, tp 1B pd Bahasa Arab . Masuk ke mrsm jasin mungkin kebanggaan bagi diri Ayong tp hakikatnya ada org nak tolong kita Dik. Namun tanpa izin Allah , sikit pun takkan jadi. Ayong bersyukur.
...
...
Dan tibalah saat yg dinanti2, result Spm , syukur Allah masih menduga dan sayangkan Ayong, Ayong dapat 5A1 dan 4a2 . Mula2 nya Ayong rasa megah, tapi bila diingat2 semula Ayong dapat bukan straight A1. Buat apa nak bangga, tapi kenelah pada Ayong, usaha pun tak sungguh. Ayong syukur dik.
...
Dan sekarang di Kolej Mara Banting. Di sini Ayong lagi rasa rendah diri. Semua pandai2. Straight A1. Ayong? Memadailah dgn apa yg ada . Adil , Mama benar2 mengharapkan Ayong dapat membantumu tapi Ayong lemah dik,lemah. Dengarlah ckap Mama dan Ayah. mungkin mereka sedikit kasar, tapi kekasaran itu menunjukkan betapa kasih dan sayangnya mereka pada kita. Sabar adikku.
...
Ayong pun bukan kakak yg baik , sering kali mengasarimu. Maafkan aku adik. Kadang-kala nafsu amarah ini tidak dapat kukawal dek kerana melihat keanehan sikapmu. Dulu pernah ayong terfikir nak lari dari rumah, bersabarlah adik . Janganlah kau hempaskan pintu bila Mama menegurmu. Kecik hatinya nanti dik. Keredhaan Allah itu pada mereka. Sama-samalah kita mengejarnya .
...
Ayong percaya insyaAllah, kau , ayong , angah dan arrif mampu menjadi cahaya mata mama dan ayah yg mampu mereka megahkan di akhirat kelak. Anak2 yg menyelamatkan mereka dari AzabNya... Anak2 yang tidak putus mendoakan kesejahteraan mereka di sana kelak, insyaAllah.

Sunday, February 14, 2010

Ayah dan Mama ; kurniakan aku kesabaran tuhanku

Bila dimarah ibu , kita rasa tercabar


Bila ditegur ayah , kita rasa seperti masih lagi keanak-anakkan

Tapi jika tiada yang mahu menegur

...

bagaimana

BAGAIMANA??

.

.

selagi kedua ibu bapa kita masih hidup hargailah mereka

jangan jadi macam ana

umur dah nak makin meningkat

makin dewasa

tapi ana masih lagi tak sekuat seperti yg

Saidina Ali katakan

Panglima perang yang hebat bukan kerana hebatnya dia ketika di medan perang



akan tetapi

jika dia mampu mengawal nafsu amarahnya

...

kalau kita mampu mengawal nafsu amarah

bererti

kita punya sifat sabar

kerana SABAR dan AMARAH

bagai minyak yg panas dengan api

tidak boleh disatukan

...

ketika zaman Rasulullah s.a.w

seorang wanita bertemu dengannya menceritakan berita kematian anaknya

sedang ketika itu dia amat sedih

lantas

Rasulullah , nabi Allah itu menasihatkannya

supaya bersabar

namun apa katanya

"Anak aku , bukan anakmu ya Rasulullah , kau tak dapat merasakan apa yg aku rasakan"

Rasulullah terus berlalu

.

.

.

beberapa hari kemudian

wanita itu bertemu Rasulullah

katanya dia sudah dapat menerima ketentuan Illahi

berkenaan kematian anaknya

dan dia telah pun bersabar

Rasululah tersenyum dan berkata

"SABAR ITU PADA HENTAKAN PERTAMA"

...

...

Apa yg nabi Allah maksudkan dengan hentakan petama ialah

apabila kita ditimpa dengan apa2 saja bentuk musibah

dugaan mahupun cercaan

sabar itu dapat dilihat ketika bagaimana kita mula2 menghadapi

situasai yg benar2 memerlukan kesabaran

.

kalau wanita tadi

hentakan pertama itu ialah ketika berita kematian anaknya sampai pada pengetahuannya

jika ketika itu dia sabar

maka dia lulus ujian Allah

.

.

akan tetapi jika tidak

Allah akan menguji berkali2 sehingga dia kuat

begitu juga ana dan antum

.

.

.

makanya dalam situasi ana

bila dimarah ayah atau ibu

tidak kira ana benar atau salah

ana perlu bersabar

mengawal nafsua amarah

dan berlau baik pada kedua2 mereka

tanpa mereka siapalah ana

dan setiap insan bergelar manusia

.

.

.


Wahai orang2 yg beriaman [ana n antum] !

Mengapa kamu katakan sesuatu yg tidak kamu kerjakan .

Sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa2

yg tidak kamu kerjakan .

As-saff , [61 : 2 dan 3]



Senjata Menghalang Syaitan


1.Membaca Bismillahirrahmanirrahim (menjadi kunci kepada perbuatan baik)

2.Banyakkan berzikir

3.Banyakkan Beristighfar

4.Membaca "la i' la ha illa anta subha naka inni kuntuminaz zoli min"

5.Membaca doa pada pagi dan petang

6.Bersugi

7.Melaksanakan solat jemaah

8.Berwudhuk sebelum tidur

9.Menutup aurat

10.Membaca doa masuk tandas

11.Banyakkan berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

12.Bertaubat, beristighfar

13.Banyakkan membaca Al-Quran

14.Membaca surah Yassin pada setiap pagi