Wednesday, May 13, 2009

Ceramah??? Mesti korunk tak baper suker kan??

Dato' Dr. Haron Din

Semalam aku telah menghadiri satu sesi ceramah yang diadakan di Masjid Al-Faizin di Taman Ehsan. Aku mmg over excited nak g ceramah tuh, bukan sebab aku ni para ulama' ataupun org2 alim. Tapi penceramah tu dah mmg susah nak jumpa . Sape tak knal Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din, pengasas Darul Syifa' .

Kalu tak kenal lagi, ni aku nak kenalkan. Dia ni merupakan org yg bertanggungjawab dalam memperkenalkan cara rawatan Islam .Ibu bapa beliau adalah guru al-Quran yang mengajar bacaan al-Quran kepada masyarakat setempat. Beliau adalah anak yang ketiga daripada 10 orang adik beradik.Mempunyai seorang abang dan kakak dan seorang adik lelaki menakala enam adik perempuan.Dua orang saudara lelaki beliau juga tokoh agama terkenal iaitu abang beliau Ustaz Ishak bin Din dan adik beliau Ustaz Abu Hassan bin Din. Ayahanda beliau dikenali sebagai sebagai Lebai Din, yang juga seorang perawat yang mengamalkan rawatan pengubatan Islam.

Aku pun sangap jugak masa dengar ceramah beliau. Tapi banyak informasi yang aku dapat. Antaarnya beliaun ader berpesan kita mestilah pandai dan teliti dalam memilih kawan. Jgn sampai kita tersilap memilih suami, silap memilih isteri, tersilap memilh pemimpin. Aku pun start sedar, mmglah jodoh di tangan Allah. Bila Ustaz tu cakap, jgn tersilap pilih, maknanya kita tak bolehlah nak tunggu jer, kena bijak mencari juga. Esok nak kahwin, pastikanlah future org serumah kita tu, apa pekerjaannya. Solat penuh tak. Bagaimana hubungan dier dengan ibu bapa. Jgn maen kahwin jer. Nanti rumah tangga tak bahagia, jgn salahkan org lain. Yg penting berdoa dan bertawakal pada Allah semoga dikurniakan bakal suami dan isteri yg soleh dan solehah. Juga sebagai satu pesanan, bukankah Allah dah berjanji dalam al-qur'an, lelaki yg baik untuk wanita yg baik.

"Jangan asyik nak mencari yg Soleh tapi jadilah Solehah"

Bukan tu jer, beliau juga ada menyampaikan 1 kisah yg aku rasa ramai dah tau. Tapi aku tak penah plak tau cerita ni secara teliti.

alKesah......

ada sorang laki ni, miskin yg teramat sangat . Hari2 lepas solat jemaah, dia akan berkejar pulang ke rumah untuk bagi isteri dier menggunakan kain untuk solat. Disebabkan kemiskinannya, dia terpaksa melakukan sedemikian setiap kali waktu solat, berkongsi kain dengan isterinya untuk bersolat. Sahabat2 lelaki ni suruh dia usaha lebih sikitlah, supaya dia tak payah nak hidup susah cam sekarang. Dia kata, dia dah usaha habis2. Semua pekerjaan dah dilakukan untuk mendapatkan pendapatan lebih untuk dia dan isteri. Kemudian sahabat menyuruh laki ni bertemu dengan rasulullah . Dia tak nak . Setelah berulang kali dipaksa, lelaki ni pun mengalah . Semasa berjumpa dengan rasulullah, dia pun menceritakan masalahnya. Dia meminta rasulullah mendoakannya. Jibrail bisik kat nabi, katanya keadaan lelaki ini baik untuk dirinya . Rasulullah pun kata kat lelaki tuh bahawa apa yg ditakdirkan kepada nya adalah yg terbaik untuk dia. Lelaki ni pun pulang meneruskan kehidupan seperti biasa. tiada ape2 perubahan pun. Sahabat2 ni suruhlah dia jumpa nabi lagi. Kali ni lelaki ni bersungguh-sungguh mintak rasulullah doakan rezeki dier melimpah ruah. Nabi pun cakap boleh dengan beberapa syarat. Apabila dia kaya kelak, dia mesti jadi orang yg paling awal sampai untuk solat jumaat dan yg paling akhir balik. Dia juga kene tunaikan solat secara berjemaah.

Apabila lelaki itu bersetuju dengan syarat yg Nabi berikan, Nabi terus berdoa kepada Allah memohon agar lelaki tadi dimurahkan rezeki . Nabi memberikan lelaki itu kambing zakat. Kambing harta zakat ni tersangatlah barakah, penuh dengan keberkatan . Sudah tentu perniagaannya bakal maju. Kambing yg diberikan Nabi diternak. Mula2 bertambah menjadi 2, kemudian 3 dan akhirnya beratus-ratus ekor. Namun selepas kaya, dia tidak pernah lagi solat jemaah. Suatu hari, Nabi perasan lelaki itu tu tk hadir solat jumaat dan menyuruh para sahabat mencari lelaki itu. Ketika ditemui, lelaki itu sibuk menguruskan ternakannya. Apabila ditanya mengenai zakat, katanya dia nak bayar zakat tapi hati belum terbukak lagi. Satu masjid tu ketawa bila Harun Din cakap cam tuh. K sambung balik. Lelaki ni punyalah bongkak tak nak bayar zakat. Pintu kunci untuk membuka bilik harta dia tak mampu dipikul oleh 40 lelaki gagah. Tuh adelah perumpamaan yg diberikan untuk melambangkan betapa banyaknya harta lelaki bongkak tu. Tu baru kunci, belum harta. Dah la tu, bilik harta dia bukan satu, malahan ada belambak lagi. Hamba dia pulak dipakaikan dengan emas .

Lelaki ni akan membawa hartanya untuk dipamerkan pada org ramai. Cuba bayangkan, dia gunakan berpuluh2 unta untuk membawa harta dia bagi dipersembahkan di khalayak ramai. Mak aih, riaknya. Bukan nak sedekah, nak tunjuk jer.Kang kene curi baru padan muka. Disebabkan lelaki itu , Allah telah menurunkan 1 ayat qur'an khusus untuk lelaki itu tadi. Sahabat2 pun bergegas memberitahu lelaki itu tadi bahawa kerana dia Allah telah menurunkan 1 ayat qur'an. Apa yg menjelekkan, lelaki tu boleh cakap, " biasalah aku kan hebat, sampai Allah boleh turunkan ayat khusus untuk aku". Terkejut sahabat2 mendengar kata2 lelaki itu tadi.

Nabi menyuruh lelaki itu membayar zakat, dengan tidak ikhlas nya, dia membayar zakat menggunakan kambing yang telah rosak dan berpenyakit. Allah tidak menerima zakatnya. Lantas, Nabi menolak kambing itu tadi kerana berpenyakit dan atas perintah Allah. Selepas kewafatan Nabi, lelaki tadi tetap menggunakan kambing berpenyakit untuk membayar zakat. Saidina Abu Bakar tetap tidak menerima atas alasan jika Rasulullah tidak menerima zakatnya, kenapa perlu Abu Bakar menerima zakat lelaki itu. Begitulah yang terjadi sehingga ke zaman pemerintahan khalifah seterusnya, Zakatnya langsung tidak diterima.

Suatu hari, kambingnya mendapat penyakit. Seekor demi seekor mati. Dan akhirnya tiada kambing yg bernyawa. Kembalilah lelaki tadi seperti keadaan asalnya.. Itulah pengajaran berguna kepada kita. Apabila diperkenankan Allah doa kita, janganlah kita melupakan perintahnya, kerana jika tidak kita tergolong dalam kumpulan munafik. Jika Allah memakbulkan permintaan kita, tunaikanlah nazar kita kepadanya kerana perjanjian dengan Allah itu teramatlah berat. Nescaya, jika tidak dipenuhi, munafiklah kita. Kelak gelaplah hati kita. Itu sebablah Allah menjadikan keadaan kita bersesuaian dengan fitrah kita. Kadang2 hajat kita tak dimakbulkan Allah bersebab.

"Boleh jadi apa yang kita suka memudharatkan kita

dan

boleh jadi yang kita benci mendatangkan manfaat pada kita"

Contohnya kita mintak nak dapatkan tajaan Mara untuk g oversea tapi tak dapat. Jangan salahkan Allah, mungkin ada hikmahnya. Entah2 kita tak dapat nak catch up ker masa belajar. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Ada banyak lagi yang Ustaz Haron Din citer tapi ni jer kowt yg aku dapat recall. Aku harap korung hayati lah kisah tadi.

"Jangan sampai kita lupa tanggungjawab kita pada Allah, setelah Allah mengkabulkan permintaan kita"

semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yg diredhai (",)

9 comments:

sarah_liyana said...

insya Allah izzati..
aku suke kesah tu..
seronok dan menarik..
ye2..
mmg pon hanya Allah yg tahu pe yg terbaik tuk diri hambanya...
aku slalu pegang prinsip tu..
sme gak mse aku x dpt stret a cam korang..
maybe Allah lg tahu pe yg terbaik y akan terjadi kpd aku kelak..
tp aku ttp akan doakan kejayaan sesape yg nak biasiswa tu dan apa2 yg berlaku ialah yg terbaik tuk kite..

humbleServant said...

alhamdulillah..
begitulah Sarah...
kat dunia ni hanya hamba Allah yg banyak bersabar dan sentiasa menerima qada' dan qadarNya akan terus berada pd jln yg lurus

dan akhirnya mendapat kerahmatan Allah sehingga ke akhir hayatnya dan seterusnya insyaAllah mendapat kurniaan syurga serta jauh dari azab api neraka

apa yg penting sekarang bertawakal pada Allah dn menerima segala ketentuannya dgn hati terbuka

moga kita menjadi hamba yg dikasihi serta diredhainya ",

INSYA ALLAH..

F a r i z z a i d I said...

huhu,
aku pun ada pernah dengar cerita nih
kadan-kadang kita kena bersyukur
dengan apa yang kita ada

kadang-kadang sebelum dapatkan sesuatu
kita kan berdoa, baca yassin dan sebagainya
tapi bila dah dapat
semua amalan ditinggalkan

dibiarkan

jadilah kamu hamba yang bersyukur.

humbleServant said...

begitulah kita Fariz
bila senang kita lupakan Dia,
dah susah barulah ingat kain sejadah..

moga kita jadi hamba yg bersyukur.

malyna said...

kak izzati~
subhanAllah...byk hikmah dr citer tuh...
hihi~ tak suke ceramah? tak jugak...depends on how ceramah tuh disampaikan..kalau stret jer cakap2~ hah, mmg tido lah... tp, yg klaka but penuh ngan maksud tersirat tu slalunyer akan dapat attract audience utk dga, kan?

humbleServant said...

ya betul tuh malyna!!
tapi ceramah Dr. Haron Din ni mmg stret pun, takder lawak sangat..

org datang punyalah ramai..ntah2 dorunk datang nak tgk muka dier jer
(astaghfirullah dosa buat tanggapan buruk kat org)

macam penah tgk jer muka malyna ni!! sekolah kat ner skang?

adib_helmet said...

sebenarnya bukan kelakar.tp dah tu je pilihan yang paling bagos.hehe
ko ni mmg bgos taw..mmg klo ko bg ceramah 2 pon aku suke dgr.
aku pon xtaw,tp mmg dari dlu lg aku kagum ngan ko...dr awal lg.ko cm da jd slah sorg idol aku..huhu
tp bkan lah semata-mata sbb blog ni.hehe

humbleServant said...

walamak IDOL tuh!!!
tak tahan, haha

aku lagi kagum ngan ko sebab result spm ko,
satu jer a2..
kalu aku tak silaplah
WAKAKA!!

Anonymous said...

nbsig webbased produced nominations vendor assertive taskforce asrani instances wenger ekeyksa
masimundus semikonecolori