Orang MELAYU jadi SANTA CLAUS..


" Cuba awak tgk, adaker org Melayu pakai baju santa claus. Macamlah diorang yg sambut!" gerutus seorang sahabat ana.

"Kalau ikut hukum Islam dah lama terbatal akidah. Yelah walaupun mereka menjalankan pekerjaan dan tak ader niat pun nak merayakan, tapi tetap salah!" sambut ana.

"Ingat tak dalam buku handout agama kita, walaupun kita rukuk atau sujud di hadapan manusia bukan niat untuk menyembahnya tapi tetap salah di sisi Islam"

"Kiranya kalau hormat org tua tak boleh ah, jalan tegak jer depan parents" ketawa berdekah-dekah kami berdua mengenangkan permasalahan muda-mudi zaman maju nih.


Ini yg ana pelikkan. Setahu ana, perayaan krismas adalah untuk mereka2 yg beragama Kristian.

Tetapi apa yg berlaku, muda mudi zaman sekarang dengan mudah dan tanpa rasa serba salah menggayakan pakaian santa claus seolah2 mereka mengagungkan watak penting dalam perayaan ini.

Dahulu, ada seorang sahabat ana mengkhabarkan pekerjaan barunya sebagai pelayan di Sushi King. Kebetulan ketika itu, musim cuti sekolah ana ada beberapa kali merayau-rayau di Mid Valley. Biasalah ada reunion classlah , reunion plkn lah. Sambil jumpa sahabat lama, dapat juga jalan-jalan tengok ragam manusia.

Dan semasa melintasi kedai sushi yg agak terkenal di Malaysia ni, kebanyakan pekerjanya majoritinya yg merupakan anak Melayu kita memakai topi santa claus sbgai salah satu pakaian wajib sempena perayaan tersebut. Bagaimana kalau sahabat ana yg bakal menceri rezeki di atas muka bumi Illahi ni terpaksa berhadapan dengan situasi ni? Hati ana kuat mengatakan yg dia takkan memakai pakaian santa claus yg jelas bertentangan dgn akidah kita.

Mungkin sebilangan daripada kita menganggap hal ini remeh temeh, tapi perkara kecil seperti ini yg perlu diambil berat . Kalau dalam soal akidah kita perkecil2kan, apa lagi dengan urusan lain. Bak kata nabil, Lu pikirlah Sendiri.

Ini baru kita sentuh bab pakaian Santa Claus. Bagaimana dengan muda-mudi kita yg dalam kad pengenalan agamnya Islam, tapi pemakaiannya saling tak ubah seperti orang-orang yg langsung tidak berpendidikan Islam!

Jika kita ingin mengubah muda-mudi zaman sekarang
caranya sama seperti sahabat2 ketika
mereka cuba mengajak manusia mentauhidkan Allah
ketika zaman jahiliah
Imam Hassan Al-Banna

Comments

Unknown said…
susah dah zaman sekarang ni. dunia nak kiamat.
insaf
adib arifin said…
urm..ritu aku gi pavilion teman sepupu tengok wayang.sekali sekala dia datang kl.
yg sakit hatinya,xtaw la siapa organizernye maybe pihak pengurusan pavilion kot,diorang gi tibai sambut krismas semeriahnya pada hari maal hijrah.siap buat salji tiruan lagi.smp penuh org kat situ.ada pertunjukan apa ntah aku pun xtaw.
kurang ajar betul..nak suruh orang melayu hormat diorang,bagi hak diorang.tapi diorang x hormat perayaan kita.sambut krismas yang padahal seminggu lagi pada hari maal hijrah.memang x patut!
humbleServant said…
adib: penjajahan ke atas pemikiran org melayu. Nak buat macam mana. Kata duduk di negara Islam tapi saling tak ubah macam di oversea.
adib arifin said…
2 la pasalnya.yg melayu sambut jugak 2 da satu hal.ni diorang ni da x hormat org melayu islam ni lg satu hal..suruh orang hormat hak diorang.tapi hak kita dia main2kan aja

Popular Posts