doa seorang hamba
Ya Allah
seandai benar di hatinya terlintas perasaan untuk mencintaiku
sedangkan tidak ada jodoh antara aku dan dia
hilangkan perasaan itu darinya Ya Allah
hilangkan
hilangkan
kerana aku tahu pahitnya mencintai tapi tidak pernah dipeduli
pahitnya menanti
menanti hati untuk dihancuri
.
.
.
Ya Allah
buat apa perasaan itu wujud
jika akhirnya aku bukan miliknya
dan
dia bukan milikku
.
.
Ya Allah
hamba MU ini hanya insan biasa
daripada dia dan aku membazirkan waktu
mencintai tapi akhirnya tidak memiliki
ada baiknya
jika dia dan aku melabuhkan cinta pada pencipta
kerana cinta padaMU
tidak seperti cinta pada manusia
.
.
cinta padaMu bukan cinta kepura-puraan
tapi cinta penuh kesetiaan
penuh keazaman
cinta padaMu tidak memerlukan pengakhiran
kerana kau zat yg kekal
.
.
Ya Allah jika benar masih ada sekelumit perasaan itu pada dirinya
dan akhirnya perasaan itu memakan diriku jua
apa gunanya Ya Allah
kerana akhirnya aku dan dia bukan duduk di jinjang yg sama
mmg benar mencintai bukan bermaksud memiliki
.
.
tetapi apa gunanya mencintai
jika akhirnya apa yg kita mahukan tidak kita miliki
inilahcinta antara manusia
penuh dengan liku
dan keliru
tapi cinta padaMu
tidak sedikit pun menipu
.
.
Ya Allah bantulah aku melabuhkan perasaan ini
pada lautan keredhaanMu
bukan lembah kemurkaanMu
.
.
Comments