Monday, February 15, 2010

ibu ketam mengajar anak berjalan

semalam
ana rasa bertanggungjawap pula
nak ajar Arrif , adik last ana ambil wudu'
...
senang jer nak pancing budak Darjah 1 ni
"Ayong , masak kan daing burger "
"Ayam ke daging ?"
"Ayam"
...
sesudah selesai menggorengkan makanan Barat
yang menjadi darah daging orang Melayu Muslim ini
[nak buat cemana , sedap pun sedap, Allah hai]
"Arrif kita solat dulu, nak tak?"
"Nak!"
"Kita amek air sembahyang dulu"
"Arrif dah tahu lah"
"Ala ikut jer Ayong"
lantas aku mengajarkan teknik2 yg sempurna
supaya
kebiasaan itu mampu dipupuk dalam dirinya
sehinggalah ke dewasa
..
..
Setelah selesai amali wudu'
dengan kuasa veto sebagai anak sulong
aku memerintahkan Arrif mengikut segala perilaku solatku
..
ketika rakaat ke 2
"Alamak Arrif, Ayong lupa nak amek wudu' lah"
"Apalah Ayong nih, tadi ajar Arrif amek wudu' tp Ayong pulak tak amek"
..
hehe
geli hati teringat peristiwa semalam