Saturday, September 18, 2010

sk taman ehsan






Semalam ana menghadiri majlis solat hajat di sekolah adik ana di Taman Ehsan.Satu nama hebat yang tidak dapat disangkal.Mungkin sekolah rendah ini bukanlah sekolah yang berjaya melahirkan 100% pelajar 5A mahupun menjadi sekolah terhebat di Selangor, namun di sekolah ini ana dididik dengan pelbagai ilmu , diperkenalkan dengan dunia buat kali pertama, mengenal pelbagai ragam manusia.. Dikurniakan Allah keputusan yang alhamdulilah cemerlang adalah satu nikmat kurniannya sedangkan ana tahu sedikit pun tidak layak untuk memiliki nikmat besar ini.Sehingga hebat mana pun ana suatu hari nanti, masih segalanya milik Dia. (sedap kalau pasang lagu Raihan alhamdulillah)

Insan yang ana sangat respect ketika menuntut ilmu di MRSM Mersing, Ustaz Annas juga merupakan bekas pelajar sekolah rendah taman ehsan. Apa yang memeranjatkan ana, Cikgu Isa meruapakan salah seorang cikgu Ustaz Annas di sk taman ehsan.Subhanallah, walaupun ana tak pernah belajar dengan Cikgu Isa, but still kami berkongsi cikgu yang sama.Menjadi sahabat baik Ustaz Annas satu pengalaman yang indah.ana amsih teringat pada hari terakhir ana di Mersing, Ustaz mengatakan dia sedih kerana bakal berpisah dengan sahabatnya. Digelar sahabat oleh seorang guru bagi ana satu pengiktirafan yang cukup besar. Menjadi sahabat beliau, semuanya bermula dengan satu insiden . Hazirah sahabat ana menghadapi masalah dalam meyakini kewujudan yang Esa.Lantas ana menguatarakan masalah ini kepada senior ana , Kak Lisa . Dengan izinnya,Kak Lisa menceritakan pada Ustaz Annas masalah sahabat ana. Dipendekkan cerita. selama dua tahun kami selalu bertemu Ustaz Annas, sekadar ana menjadi insan ketiga supaya tiada fitnah berlaku.Alhamdulilah,sekarang semua setel.Sehingga sekarang ana masih berhubung dengan Hazirah dan Ustaz Annas, cumanya Kak Lisa,kami tidak serapat dulu ;(





Ustaz Annas


hazirah (sorry ajee, nih je posing ko aku bleh cari",)







Ana rasa dah jauh sangat ana merapu nih.Baiklah berbalik kepada post asal, tujuan ana menghadiri majlis solat sunat hajat adik ana, ana nak jumpa cikgu2 lama ana.Tapi satu kelemahan ana yang insan lain mungkin terkejut bila dengar .Ana ni PEMALU..Ni kalau budak kmb baca..Habis.Takkanlah Izzati malu.Untuk berucap di ahadapan beribu penonton mahupun di khalayak ramai alhamdulillah tidak menjadi masalah akan tetapi bila melibatkan perseorangan ,ana tak mampu, anam MALU. Malu sikap yang sangat bagus, Nabi sangat pemalu orangnya mengalahkan anak dara.Maknanya mengalahkan ana sendiri :)
Tapi sikap pemalu ana tak bertempat. Ana malu nak jumpa cikgu ana.Tersegan yang amat sangat. Ana takut sikap pemalu ini menjadi fitnah.Mungkin cikgu fikir ana sombong , berlagak, tak mengenang budi.TIDAK! Ana bangga belajar di sana. Habis makan jamuan, ana bawaklah adik ana,Arrif tengok kelas lama ana.Dah ank jumpa cikgu malu.Ana kecundang dengan bisikan syaitan.Takper cikgu kita buat reunion kat syurga",




Subhanallah sekolah rendah ana dah banyak perubahan.Dulu time ana, semua buruk,tapi ana lagi suka suasana lama. aman damai.7 tahun yang lalu, time darjah 6, ana dok pikir nak melawat kelas ana bila ana dah keluar dari sekoalh rendah ana dan mengenangkan masa muda2. Sedih,teringat sahabat2.Tak tahu mana nak cari diorang semua.Takpalah.Mungkin time ana dah jadi doktor mungkin boleh terjumpa mereka .Mereka jadi pesakit ana.. Lagi indah kalau cikgu2 ana jadi pesakit, boleh ana balas jasa mereka.

arrif, tq arrif temankan Ayong",


Ana teringat klasmate ana, kawan tuisyen ana . Allah hai kalau ana terserempak dengan dorunk, macam mana nak tegur.SEGAN..harap dorunk boleh tegur ana.


Ya Rabb,
buangkanlah sikap pemaluku yang tak bertempat ini,
alangkah baiknya Ya Allah jika maluku padaMu kerana melakukan dosa dapat menggantikan malu tidak bertempat ini..







kepada semua guru skte

terima kasih atas segala tunjuk ajar cikgu2


tanpa mereka takkan mampu ana sampai ke tahap ini

No comments: