Thursday, December 31, 2009

Tirai baru

sehari bersamanya seperti satu tirai baru
tirai2 yg tak pernah terbuka
kalau terbuka pun meninggalkan luka yg dalam
aku cuma tahu
panggilannya
umurnya
dan dia perokok tegar
dot....
itu sahaja
namun gayanya
tutur katanya
berlegar2 dalam ruangan imaginasiku
semakin hari
bayangannya
semakin pudar
dan
dia semakin hilang
yang tinggal
hanya jejak wajahnya
.
.
.
dan aku takut
takut kehilangan
jejak-jejak itu
dan saat ini
alunan bendera putih
memukul-mukul benak hatiku
.
.
aku bukan A. Samad Said
mampu memukau hanya dgn kata-kata
bukan Rabiatul Adawiyah
yg mampu mencintai Allah lebih daripada
manusia
.
.
.
akan tetapi
akulah ciptaan yg lemah itu
tak bisa menolak dugaan-dugaan ini
biarlah manusia membuat telahan
aku jahat
mahupun jahil
aku tetap aku

Thursday, December 24, 2009

Orang MELAYU jadi SANTA CLAUS..


" Cuba awak tgk, adaker org Melayu pakai baju santa claus. Macamlah diorang yg sambut!" gerutus seorang sahabat ana.

"Kalau ikut hukum Islam dah lama terbatal akidah. Yelah walaupun mereka menjalankan pekerjaan dan tak ader niat pun nak merayakan, tapi tetap salah!" sambut ana.

"Ingat tak dalam buku handout agama kita, walaupun kita rukuk atau sujud di hadapan manusia bukan niat untuk menyembahnya tapi tetap salah di sisi Islam"

"Kiranya kalau hormat org tua tak boleh ah, jalan tegak jer depan parents" ketawa berdekah-dekah kami berdua mengenangkan permasalahan muda-mudi zaman maju nih.


Ini yg ana pelikkan. Setahu ana, perayaan krismas adalah untuk mereka2 yg beragama Kristian.

Tetapi apa yg berlaku, muda mudi zaman sekarang dengan mudah dan tanpa rasa serba salah menggayakan pakaian santa claus seolah2 mereka mengagungkan watak penting dalam perayaan ini.

Dahulu, ada seorang sahabat ana mengkhabarkan pekerjaan barunya sebagai pelayan di Sushi King. Kebetulan ketika itu, musim cuti sekolah ana ada beberapa kali merayau-rayau di Mid Valley. Biasalah ada reunion classlah , reunion plkn lah. Sambil jumpa sahabat lama, dapat juga jalan-jalan tengok ragam manusia.

Dan semasa melintasi kedai sushi yg agak terkenal di Malaysia ni, kebanyakan pekerjanya majoritinya yg merupakan anak Melayu kita memakai topi santa claus sbgai salah satu pakaian wajib sempena perayaan tersebut. Bagaimana kalau sahabat ana yg bakal menceri rezeki di atas muka bumi Illahi ni terpaksa berhadapan dengan situasi ni? Hati ana kuat mengatakan yg dia takkan memakai pakaian santa claus yg jelas bertentangan dgn akidah kita.

Mungkin sebilangan daripada kita menganggap hal ini remeh temeh, tapi perkara kecil seperti ini yg perlu diambil berat . Kalau dalam soal akidah kita perkecil2kan, apa lagi dengan urusan lain. Bak kata nabil, Lu pikirlah Sendiri.

Ini baru kita sentuh bab pakaian Santa Claus. Bagaimana dengan muda-mudi kita yg dalam kad pengenalan agamnya Islam, tapi pemakaiannya saling tak ubah seperti orang-orang yg langsung tidak berpendidikan Islam!

Jika kita ingin mengubah muda-mudi zaman sekarang
caranya sama seperti sahabat2 ketika
mereka cuba mengajak manusia mentauhidkan Allah
ketika zaman jahiliah
Imam Hassan Al-Banna

Saturday, December 19, 2009

sia-sia segala usaha Syaitan

alhamdulillah, syukur ke hadrat nya
pada awal muharram kali ini
ana berkesempatan membaca doa awal dan akhir tahun
ini semua kerana jasa baik ibu ana
yg beria-ia memperingatkan ana
ttg doa yg penting ini
.
.
.
tak sangka pada petang sebelum maghrib awal muharram tuh
roomate ana, Nabilah
mendapat kiriman sms daripada sahabatnya
Salam Awal Muharam 1431 H
I'Allah esok jumaat 1 muharram, selamat membaca doa awal tahun kerana
Siapa membaca doa ini,
syaitan berkata :
"Kesusahan bagikudan sia2lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini"
dan jika kita membaca doa akhir tahun
syaitan berkata :
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun inikerana Allah mewakilkan 2
malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan".
.
.
.
lalu dengan kudrat yg ada
walaupun ana sayangkan kredit ana yg tak seberapa
ana 4ward kan message ni kpd sahabat2 dan kenalan2
dengan harapan
mereka juga dapat beramal
tapi ana tak sempat nak hantar kat semua
bukan kerana kedekut kredit
tapi sebab tyme tu maghrib dah nak masuk dah
[kepada yg tak dapat, sori sangat "( ]
tahun depan kita doa moga awal muharram yg mendatang
kita dikurniakan kesempatan membaca doa ni
.
.
.
bukan aper yer sahabat
doa ni sangat penting
seperti yg diperkatakan dalam mesej tadi
fadhilatnya besar
syaitan TELAH BERKATA
JIKA KITA MEMBACA DOA AWAL DAN AKHIR TAHUN PADA AWAL MUHARRAM
SIA2 LAH SEGALA USAHANYA
maka nya
kita telah berjaya
menumbangkan syaitan yg selama ini
bermaharajalela
menyesatkan kita
denagn tipu helahnya
segala pujuk rayunya
selama setahun yg lepas
adalah SIA-SIA
ana ulang
SIA-SIA
SIA-SIA
SIA-SIA
.
.
cuba kita bayangkan
selama ni
kita dok sibuk kumpul duit
nak beli tikus hamster[aduhai nampak sngat ketandusan idea]
let say
hari2 ana kumpul RM 1
sbb nya ana tak cukup duit
tak mampu nak afford wang perbelanjaan nak bela hamster
tiba2 jer
diishtiharkan hamster diseluruh dunia
being affected by influenza A
or commonly known as h1n1
dah tuh
tak ke sia2 usaha ana selama ni
.
.
yelah bayangkan
ana sanggup berlapar tak makan
semata2 nak kumpul diut beli hamster
akhirnya ana tak boleh beli hamster
maka tidakkah SIA2 segala usaha yg ana lakuakan semata-mata nak dapatkan hamster
.
.
.
saudara
cuba kita applykan analogi ini setiap kali awal muharram menjelma
[chewah, macam nak buat sajak plak]
selama setahun
yg ada 365 hari insyAllah
dan setiap hari yg penuh dgn tangungjawab kepada
Allah,rasulullah, ibu bapa, guru, diri sendiri
jiran tetangga, alam sekitar
[banyak lagilah]
pastinya
di sepanjang tahun yg lepas
kita ada melakukan kesilapan
yg berpunca daripada kelalaian, hasutan syaitan dan nafsu
kita kadang kala cuba untuk tidak tumbang kepada penyumbang2 dosa ni
tapi
apakan daya, akhirnya
tanpa kita mahu
kita tergelincir akhirnya
maka hanya taubat kepada Allah
dapat membantu kita
.
.
.
syaitan mungkin kadang kala berjaya melaksanakan tugas dan janjinya pada Allah
yakni menyesatkan manusia sehingga kiamat
mungkin laknatullah ini
berjaya membuatkan kita hanyut dalam arus dunia yg melekakan ini
mungkin kerana laknatullah ini juga
kita dengan sewenang-wenangnya
meninggalkan tanggungjawab kita
yg telah disyariatkan sejak zaman nabi Muhammad lagi
mungkin juga kerana laknatullah ini
kita tanpa rasa berdosa
mengulangi dosa 2 lama
tanpa pernah menginsafinya
.
.
.
tetapi dengan mudahnya
kita boleh menSIA-SIAKAN segala usaha syaitan ini
bagaimana?
dengan doa awal dan akhir tahun
maka segala usahanya selama ini sia2
.
.
rasakah kau indahnya Islam
Islam bukan hanya ketika solat
Islam bukan hanya ketika kau bernikah
Islam bukan ketika kau katakan kau Islam
TETAPI
Islam itu cara hidup
indahkan kerana agama kita betunjang kepada kebenaran ?

Monday, December 14, 2009

If we're in Tiger Woods' shoes

Di kala ana mendapat berita buruk yg menimpa Tiger Woods
syahdunya hati kerana tidak pernah menyangka
bintang tersohor itu berkelakuan demikian
tapi
pernah tak kita bayangkan
kalau kita diletakkan dalam dugaan yg melanda Tiger Woods
nescaya
mampukah kita menanggungnya, Wallahualam~


mmg benar Tiger Woods bukan Islam
tapi itu bukan bermakna kita tidak perlu bersifat kemanusiaan
setiap manusia ada masa lampau , masa gelap , masa jahiliah
begitu juga dengan setiap insan yg bergelar manusia
yg berlalu takkan kembali
ygpergi takkan datang kembali
apa yg ada
jalan di hadapan
dan ingatlah
sifat Allah berlainan dengan sifat manusia
setinggi mana pun dosa kita
keampunannya insyaAllah bersama kita
tetapi hanya dengan satu syarat
pohonlah keampunannya , bertaubatlah , dan berazam untuk meninggilkannya

dan tinggalkan kemungkaran yg telah dilakukan

...

...
Semua orang di antara kalian pasti pernah melakukan dosa
dan

sebaik-baik orang melakukan dosa adalah mereka yang mahu

BERTAUBAT
...
...



"Allah Taabaraka wa Ta'ala berfirman , " Wahai anak Adam, selama kalian mahu memohon dan mengharapkan (ampunanku) tentu akan aku ampuni semua dosa-dosa kalian dan Aku tidak peduli (meskipun dosa kalian banyak) . Wahai anak Adam, sekalipun dosa-dosa kalian menupuk setinggi langit , kemudian kalian memohon ampunanku, tentu akan aku ampuni dosa kalian dan tidak Aku pedulikan (meskipun dosa kalian kerjakan itu dosa besar) . Wahai anak Adam, sekiranya kalian datang kepadaku dengan dosa sepenuh bumi, kemudian kalian mati dengan tidak meyekutukan Aku dengan apa pun ,

Aku akan memberikan ampunan sepenuh isi bumi kepada kalian"


...



Kedua-dua hadith di atas (maaf ana lupa nak simpan sanad dia)
menceritakan kepada kita betapa pemaafnya Allah

tak cukup dengan itu

Dia tak pernah memperdulikan betapa tinggi dosa kita sekalipun

jika hambanya bertaubat dan memohon kemaafan kepadaNya

...

...


Maka dengan sebab itu

timbul rasa simpati dalam hati ana

mengenangkan dugaan yg menimpa beliau

mmg benar dia yg bersalah

...

...

...

tapi di dalam blognya

beliau dgn insaf dan kesalnya memohon kemaafan kepada org ramai dan kepada isterinya

dan kepada tabloid

henti2 kanlah menguar-uarkan keaibannya

kerana itulah sifat yg terkutuk

...

...

...

tambah membebankan beliau apabila

sebuah syarikat perfileman mahu menerbitkan sebuah filem

yang mengisahkan kecurangan Tiger Woods

bukanlah tujuan ana mencoret untuk menegakkan kesalahannya

tapi supaya kita ummat Islam mengambil pengajaran atas apa yg berlaku

...

...

...


Tiger Woods seharusnya berfikir sebelum melakukan sesuatu

tambahan dalam agamanya sendiri, mengharamkan beliau daripada melakukan perhubungan terkutuk ini

jika dia seorang yg berpegangan agama

maka tidak mungkin ini akan berlaku

...

...

...

namun,

perkara yg sudah lepas akan tetap berlalu

berhentilah kita mengutuknya

menghinanya mahupun mencacinya

cuba kita letakkan diri kita pada tempatnya

...

....

....


Oleh sebab itu

JAUHILAH ZINA

JAUHILAH ZINA

JAUHILAH ZINA



Kaedah melihat kiblat yg tidak tepat-jakim

Kaedah melihat matahari terbenam tidak tepat



Zamihan memberi penerangan kaedah yang digunakan untuk mencari arah kiblat.


SUDAH semestinya umat Islam perlu menghadap Kaabah yang menjadi kiblat apabila mendirikan solat dan ketika dikebumikan selepas meninggal dunia.

Walaupun dengan kedudukan Kaabah di Makkah menjangkau ratusan ribu kilometer, menetapkan arah kiblat sebenarnya tidak menjadi persoalan kerana ilmuwan Islam benar-benar menguasai ilmu falak untuk menyelesaikan masalah itu sekadar berpandukan kedudukan cakerawala seperti bintang dan matahari.


Bagaimanapun, kekurangan orang Islam yang benar-benar memahami ilmu falak ketika ini menimbulkan persoalan bagaimana untuk menentukan arah kiblat yang tepat.

Ini kerana, ada umat Islam masih menggunakan kaedah menentukan kiblat berpandukan arah matahari terbenam, sedangkan cara itu tidak tepat dan salah di sisi Islam kerana hanya dua hari dalam setahun arah kiblat boleh berpandukan kepada arah matahari terbenam.

Menyedari kesilapan itu, sewajarnya umat Islam di seluruh dunia tidak lagi menentukan jadual atau takwim solat, waktu berbuka puasa dan hari raya berpandukan kaedah matahari terbenam. Malaysia sudah tidak lagi menggunakan kaedah ini, sebaliknya berpandukan ilmu falak syarie seperti yang ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Dengan kepesatan teknologi, perkara sebegini tidak sepatutnya menjadi masalah sehingga membawa kepada timbulnya pertelingkahan kerana sudah ada pelbagai peralatan canggih yang boleh digunakan untuk menentukan arah kiblat.



Arah kiblat menggunakan matahari boleh diukur dua kali setahun

Ketua Penolong Pengarah Cawangan Falak, Bahagian Penyelidikan Jakim, Che Alias Che Ismail, berkata penentuan arah kiblat yang tepat amat penting terutama dalam pembinaan masjid atau surau bagi memastikan ia tidak tersasar.

Beliau menegaskan, ketepatan arah kiblat bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan kerana biarpun cuma satu darjah terpesong ia bersamaan kira-kira 125 kilometer tersasar dari arah Kaabah.

Bagaimanapun, muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan memutuskan had berpaling yang dibenarkan tidak melebihi tiga darjah dan ia tidak perlu difatwakan tetapi boleh dijadikan garis panduan dalam pembinaan masjid dan surau baru.


Katanya, dua alat digunakan untuk menentukan arah kiblat iaitu kompas Ushikata dan Teodolite tetapi ia juga berpandukan kepada keadaan tertentu seperti diletakkan di tanah rata untuk mendapatkan ukuran tepat.

“Peralatan itu selalunya digunakan untuk menentu arah kiblat untuk tujuan pembinaan masjid atau surau. Bagi orang perseorangan atau ingin menentukan arah kiblat di rumah, cara tradisional masih boleh digunakan.

“Setiap tahun, ada dua keadaan yang boleh digunakan umat Islam menentukan arah kiblat iaitu ketika matahari berada betul-betul di atas Kaabah. Ia berlaku pada 28 Mei jam 5.16 petang dan sekali lagi pada 17 Julai jam 5.28 petang.

“Caranya dengan meletakkan tiang atau sesuatu yang lurus di tanah lapang pada waktu berkenaan dan perhatikan bayang objek itu. Oleh kerana di Malaysia ia berlaku pada waktu petang, arah kiblat diukur dari hujung bayang hingga ke pangkal tiang ,” katanya.


Sementara itu, Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zin, berkata falak ialah disiplin ilmu astronomi Islam yang dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu falak takwim membabitkan pengiraan hari, bulan bagi menentukan puasa dan hari raya.

“Kedua ialah falak waktu solat iaitu menentukan masuknya waktu solat berdasarkan kedudukan matahari dan ketiga, yang paling besar dan penting falak penentuan arah kiblat.

“Arah kiblat diukur menggunakan kompas Ushikata atau Teodolite. Caranya tidak banyak berbeza tetapi penggunaan Teodolite lebih tepat kerana kadang-kadang bacaan kompas dipengaruhi unsur lain seperti besi dan sebagainya,” katanya.

Zamihan berkata, cara tradisi masih boleh digunakan untuk menentukan arah kiblat dengan berpandukan arah matahari yang membabitkan dua hitungan.

“Pertama, berdasarkan kedudukan matahari di atas Kaabah yang berlaku pada Mei dan Julai setiap tahun. Seluruh dunia boleh menyemak kedudukan kiblat berdasarkan fenomena itu.

“Cara kedua ialah dengan menghitung waktu matahari setiap hari. Kaedah kedua banyak risiko kerana kedudukan matahari berubah setiap hari terutama di kalangan mereka yang tidak mahir dalam ilmu falak. Cuma pakar falak yang dapat berbuat demikian kerana ia membabitkan kaedah separa hitungan,” katanya.

Beliau berkata, masalah yang timbul sekarang ialah umat Islam tidak menguasai ilmu falak sepenuhnya dan pada masa sama masih tidak terlatih menggunakan teknologi moden.

“Justeru, ILIM berperanan melatih pegawai Islam untuk menggunakan alat ukur ini dengan mahir dan menjemput pakar dari universiti tempatan bagi tujuan itu,” katanya.

Penentuan arah kiblat boleh dicari dari pelbagai sudut dalam kehidupan serba canggih ini dan ia bergantung kepada ‘mahu atau tidak’ berusaha mencari ketepatan yang menjadi syarat sah solat, seterusnya membentuk peribadi menjadi Muslim sejati.

Rujuk Jabatan Mufti untuk panduan

SELANGOR mendahului negeri lain dalam memastikan setiap bangunan mengandungi surau atau ruang solat yang bakal didirikan mempunyai arah kiblat betul menerusi jalinan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kontraktor.

Pegawai Hal Ehwal Islam, Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Selangor, Rizal Ramli, berkata pihaknya mengambil tindakan pencegahan dengan mencadangkan kepada PBT di seluruh negeri supaya meletakkan syarat tambahan kepada sebarang pelan pembangunan dirujuk terlebih dulu kepada jabatan mufti untuk mendapatkan arah kiblat yang tepat sebelum kerja pembinaan dijalankan.

“Langkah ini bertujuan mencegah kesilapan dalam menentukan arah kiblat. Dalam hal ini, PBT akan merujuk kepada Jabatan Mufti untuk mendapatkan arah kiblat yang tepat. Kita tidak mewajibkan pembinaan bangunan menghadap kiblat, memadai surau atau ruang solat mempunyai arah kiblat yang betul.

“Ia meliputi bangunan perumahan, pejabat, kilang, kompleks beli belah, stesen minyak, hotel, hospital dan pelbagai lagi. Namun bangunan masjid dan surau keseluruhannya perlu menghadap kiblat,” katanya.

Beliau menegaskan langkah itu mendapat sambutan baik dan kontraktor sendiri yang memahami keperluan itu, malah ada kontraktor yang mengunjungi pejabat mufti dengan membawa pelan bangunan untuk dirujuk bagi mendapatkan arah kiblat yang tepat.

Rizal berkata, Selangor juga mengambil inisiatif membuat ketetapan supaya semua tanah perkuburan di seluruh negeri mempunyai replika tanda arah kiblat bagi memudahkan urusan penggalian kubur.

“Dengan adanya replika itu, ia memudahkan kerja penggali kubur dan memastikan tidak timbul lagi sebarang kekeliruan mengenai arah kiblat.

“Bagi memudahkan orang ramai, jabatan mufti melancarkan permohonan menentukan arah kiblat secara online yang boleh didapati di laman web www.muftiselangor.gov.my. Maklum balas yang diterima amat menggalakkan dan sehingga September lalu, 45 permohonan diterima.

“Khidmat diberikan secara percuma dan ia dilakukan dalam tempoh tidak lebih 12 hari dari tarikh permohonan diterima. Ia bertujuan memberikan kemudahan kepada orang ramai,” katanya sambil setakat ini tiada aduan diterima mengenai arah kiblat salah di Selangor.

Beliau berkata, pihaknya selalu menerima permohonan daripada ahli jawatankuasa masjid dan surau yang meminta mereka menyemak semula arah kiblat dan selepas mendapatkan arah yang tepat, jemaah akan mengikut arah baru dengan sekadar mengubah permaidani atau sejadah.

INFO: Cara mengukur arah kiblat

1.Hanya boleh menggunakan kaedah matahari terbenam pada 28 Mei jam 5.16 petang dan 16 Julai jam 5.28 petang setiap tahun
2.Dirikan objek lurus seperti tiang di tanah lapang dan rata
3.Pastikan ia tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakan tiang, letakkan tali yang diikat pemberat pada hujung tiang
4.Tempat yang dipilih tidak terlindung sinaran matahari
5.Semakan perlu dibuat tepat mengikut waktu yang ditetapkan Sirim seperti waktu televisyen dan radio. Oleh kerana fenomena itu berlaku pada waktu petang di Malaysia, bayang tiang akan jatuh ke arah timur. Dengan itu, arah kiblat ialah yang menghadap barat.


Sunday, December 13, 2009

Bantuan Kewangan Untuk Nabilah Huda Bt. Zaim


Assalamualaikum wbt.
Saudara seiman dan seakidah sekalian,

Seorang pelajar Malaysia yang sedang menuntut dalam Jurusan Syariah di University of Yarmouk, Irbid (terletak kira-kira 150 km ke utara dari Amman, Jordan),

Saudari Nabilah Huda binti Zaim

telah disahkan menghidap Leukemia tahap kronik dan

memerlukan pembedahan pemindahan tulang sum-sum pada bulan Disember ini.

Kos pembedahan ialah sebanyak RM70 000 (RM50 000 untuk pembedahan dan RM20 000 untuk rawatan susulan)

dan ia tidak ditanggung oleh penaja beliau, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Sehubungan dengan itu, saya berbesar hati untuk sama2 membantu dan mengajak rakan2 semua untuk sama2 menyumbang bagi menampung pembedahan beliau.


Tidak kira banyak atau sedikit, usaha kecil kita ini insyaAllah membantu.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus dengan

Saudara Zaim Bin Shaari (bapa Nabilah) di talian +6013-3521226.

Sumbangan daripada para dermawan bolehlah dibankkan terus ke akaun-

(Maybank Zaim bin Shaari 162517025794)

Hp: +6013-3521226

Mari kita doakan agar saudari Nabilah Huda dan keluarganya dikurniakan kesabaran dan ketabahan yang berpanjangan sepanjang melalui ujian daripada Allah SWT ini...Sesungguhnya penyakit itu daripada Allah, maka Allah jua yang akan meyembuhkan dan mempermudahkan....

~~Kepada semua kawan2 blogger yang membaca artikel ini, sama2lah kita membantu saudari Nabilah Huda Bt Zaim dengan mengcopy-paste posting ini ke laman anda...mudah2an kerja kita ini ada nilainya disisi Allah swt...Terima Kasih... ~~Allahumma yassir wala tu'assir....Amin..

buat apa aku n ak kurus??? haish~~

sebelum hadirin sekalian meneruskan pembacaan di ruangan blog ana ini
jawab satu soalan (jawab dlm hati sudeh",)

Adakah anda ?
1. Kurus
2.Gemuk
3.Keding
4.Ah tak penting pun, janji aku gembira

Dah jawap?? Tak nak jawap pun tak peh, ngeh3!!!

Baiklah, baru2 nih ana ada menghadiri satu program daurah di Damai Mewah
(Apakah daurah tuh, insyAllah nanti ana cerita) Nak katanya, progam tuh diadakan dalam rumah kedai. Rumah kedai tuh ada 3 tingkat and actually rumah kedai tuh bekas tempat persediaan pelajar ke Al-Azhar. Kata salah sorang sister kat situ, Al-Azhar dah ketatkan kembali syarat kemasukan ke sana, itu sebab lah bangunan tuh dah tak digunakan lagi..

Ok back 2 the point, kalaulah ana ditanyakan soalan2 di atas, nescaya sidang hadirin tak perlu risau, of course jawapannya, ana di nombor dua. Tapi ini tidak bermakna ana tidak meredhai ketetapan Illahi, kemungkinan besar inilah yg terbaik untuk ana. Mana tahu kalau ana kurus, lupa Allah, tak sedar diri . Kan ker dah tak elok. Tapi selama menjalani program tuh , ana dan sahabat2 ana perlu berulang alik dari tingkat 1 ke tingkat 3 berkali2.( Aduhai, ulang alik tuh berkali-kalilah) Penat mmg tak terkata, terasa bebannya lemak yg dibawa (hehe)

Masa tuh barulah teringat pesan bonda tercinta, jgn makan banyak2, makan nasi sikit jer. Kang dapat penyakit berbahaya, tak ker rugi, muda2 dah sakit. Mama ana selalu pesan kat ana,
"Cuba tgk opah tuh, jaga makan, tak minum ais, sampai tua pun sihat jer "
Betul kata Mama, buktinya, opah ana dah mengembara hampir ke seluruh pelusuk dunia walaupun usianya yg semakin lanjut, namun dia tetap cergas. Mengikut pemerhatian ana, opah ana mmg sihat, alhamdulillah ibadah nyer terjaga, mudah dia melakukan solat rawatib . Dalam sebulan dalam ramadhan, dia mampu khatam 3 kali al-Quran. Tapi cucunya, herm... haramlah jawabnya.(Tidak untuk ramadhan akan datang, semoga ramadhan yg bakal menjelma aku berubah ",)

Setiap kali ana mendaki tangga2 untuk ke tingkat 3, Ya Allah, penat sungguh, sampai berpeluh, nafas tak yah cakap, heart beat kalau boleh ukur time tuh, agaknya doktor ingat ana nih kene darah tinggi ( sekali lg, nauzubillah min zalik) mana taknya, kalau malaikat aminkan doa, dah ker makbul ",

Ana mula berfikir, ana perlu kurangkan berat badan. Kalau secara jujur sebenarnya, dulu ada gak terfikir nak kurus. Tapi tujuannya tuh tak betul, mungkin sebab itu Allah tak izinkan.
Sekarang ana mula sedar, kalau muda2 lagi dah gemuk , tak sihat, macam mana nak ibadah?
Macam mana nak jalankan dakwah? Macam mana nak tarbiyah diri sendiri dan seluruh ummat nabi Muhammad? Macam mana nak teruskan amanat Imam Hassan Al-Banna? MACAM MANA???

aNA perlu kurus, bukan untuk kelihatan menarik, atau menarik perhatian manusia .. tetapi untuk terus sihat, memanfaatkan masa yg diberikan Allah kepada kita.. Mmmg benar, sukar nak bergerrak bila badan berisi sgt.

bukankan Imam Syafi'e membahagikan masanya kepada 3 bahagian
1.ibadah
2.menuntut ilmu
3.rehat ( kalau ana tak silap lah)

Bukan macam ana, siang malam makan .pastuh tidur. sepatutnya ana mengehadkan pengambilan ana . Lagipun Imam syafi'e ada mengingatkan ( mafhumnya) kalau lagi banyak kita makan, lagi bertambah kemalasan kita. Ana nih pun satu, kalau kawan2 semua nak tahu, lagi banyak ana makan, alamatnya lagi cepatlah ana ke katil beradu. Bloeh jadi solat pun terbabas.

oLEH SEBAB itu, ana perlu kurus, memudahkan pergerakan, nak beribadah, mudah nak bangun malam. Mudah nak perbanyakkan amalan nawafil. Takkan kita nak kembali kepada Allah kelak hanya dgn amalan2 fardhu, yg fardhu pun masih tak lengkap. Bukankah antara tujuan kita melakukan amalan2 sunat adalah supaya dapat menampung kelompongan amalan2 fardhu kita .
Kalau tak silap ana, mudah2 han kita dapat ambil pengajaran, ada seorang hamba Allah ni, dia hanya melakukan amalan2 farhu tanpa melakukan amalan2 nawafil (sunat) . Amalan fardhu nyer sempurna dilaksanakannya, tidak ada yg ditinggalkannya. Namun semasa sampai saat Hari Pengadilan yakni hari manusia dibangkitkan semula. Perlu diingatkan bahawa ketika hari itu, tidak ada sesiapapun yg terkecuali termasuklah diri ana yg lemah lagi hina ini, begitu juga sahabat2 ana yg sedang membaca ni.

Kita sambung semula kisah tadi, ketika dia ditimbang amalannya, apa yg berlaku, dosanya melebihi pahalanya. Lalu dia bertanya kepada tuhannya, yakni Allah azza wajalla, mengapakah dosanya melibihi pahalanya sedangkan dia langsung tidak pernah sesekalipun meninggalkan amalan2 fardhu.Lalu Allah menerangkan, amalan fardhu lelaki tadi masih ada yg tidak sempurna, dan seharusnya dia melakukan amalan sunat bg menampung segala kelompongan amalan wajib.

Sejak ana mendengar cerita itu, ana cuba menggagahkan diri melaksanakan amalan2 sunat. Namun diri ini masih lemah untuk bangun memperhambakan diri di hadapan Allah pada waktu manusia sedang lena diulit mimpi2 indah yg hanya bersifat sementara. Solat2 rawatib mengikut pandangan ana adalah solat yg perlu dipraktikkan saban hari. Ada banyak solat rawatib yg digalakkan nabi

1. Subuh (sebelum)
2. Zohor (sebelum dan zohor)
3. Maghrib (selepas)
4. isyak (selepas)

jika kita melakukan ke semua solat2 rawatib setiap hari, Allah kelak akan membina sebuah mahligai istemewa untuk hamba2nya yg soleh. Bukan mainan, tapi ini jaminan Allah. Adakah kita mahu mensia2kan ganjaran Allah ini. Ingatlah, Allah tidak akan pernah sesaklai menyia-nyiakan amalan hambanya.

" Dan Allah tidak akan menyia-nyakan imanmu.
Sungguh, Allah Maha Pengasih , Maha Penyayang kepada manusia "
[2:143]
Jangan sampai kita semua menyesal kerana tidak menggunakan peluang yg dikurniakan Allah. Dan akhirnya, kita juga yg mendapat balasa, mudah2 han. Ingatlah jua sahabatku, jika kita tidak mahu melakukan amalan2 nawafil, dan terus menerus hanya bergantung kepada amalan2 fardhu, siapa tahu , adakah amalan kita sempurna ataupun banyak kelompongannya.
Ana perlu kurus, ana perlu kurangkan pengambilan makanan terutamnya nasi. Biarlah lapar di dunia, bukan lapar di akhirat kelak. Biar dahaga di dunia, jgn dahaga di padang mashyar nanti.
Akhir kata, ana harapkan sahabat2 semua dapat mendoakan kesihatan ana dan kesihatan seluruh umat manusia. Doakan usaha ana untuk kurus dapat membuhakan hasil. Bukan jika kita berdoa untuk hamba Allah yg lain tanpa pengetahuannya, maka insyaAllah dia itu akan dimakbulakn kelak dan kemudian malaikat akan mengaminkan doa itu juga untuk kita. Mudah2 han.
Ya Allah, kau bantulah aku dan seluruh umat manusia mengawal nafsu kami.

Friday, December 4, 2009

kegilaan exam~~ arghhhh!!!!

memang "seronok"lah
lepas jawab paper chemist semalam
bagai sembilu membelah dan menusuk dada
haha
(karut meh -.-")
macam tak percaya
ini 1st tyme dalam hidup aku
main bedal jer soalan
atau dgn kata lain
tembak soalan, adoyai
nak salahkan sapa lagi
kene terima hakikat untuk chemist, math , bio
for paper 1 takleh guna GDC (kalkulatorlah)
Gdc lah senjata kami budak ib
haha!!! apakah? (sejak exam nih otak aku dah mereng)
aku nih g rajin2, tak g bundarkan RMM tuh
dah tuh aku nak bahagi 2.01 dgn 55.85 guna tangan
guna otak?
without GDC??
bergegar tangan aku masa jawab tuh
bayangkan 15 minit pertama, hampir ke separuh 1 jam
aku masih terkedek di page pertam paper 1 kimia
masalahnya
aku tak pandai nak bahagi guna tanganx
bukan satu soklan stoichiometry,
tapi berbelas
dan semuanya aku hantam
kerana tangan aku g menggelet9ngeh3ar
dan jam yg menjalankan tugasnya dgn penuh keadilan
SEDIKIT pun tak beri peluang
akhirnya
when i got out from the hall ( supposely the hell. ngeh3x)
people busying said that
"kita salah ker yg tuh"
"teruknya paper kita"
"soklan tuh kita dah salah"
apa2 je lah
the should feel grateful
as their luck as not BAD + HORRIBLE + WORST as mine
arghhhhhhhhhhhhhhhh!!!
n today
i just done 4 my bio paper
n only at kmb i started realize
u wont get success without stuggling
spm, pmr and upsR
semua Allah dah bantu aku
even tough i realize dat i dont deserve 4 dat
mana taknya spm aku banyak bazirkan masa
but still He rewards me, with straigh a1....
International Bacchalaureate
Or known as IB
had change my tough totally
study sMART but not hard
pay ATTENTION in class, or else u need to stay up all nite to digest the book
complete your homework and TASK, or you will SUFFER
Consult your TEACHER , OR teacher will consult YOU..haha
doing math everyday
dont procastinate
make sure you separate the handout according to subject
and the most
be with HIM, not for exam thinggy only
but 4 the rest of your breath on HIS earth
paper bio tadi bolehlah
bersyukur padanya
paper kimia?????????
maafkan daku wahai tEACher Azmira
i 'll study smart 4 next exam

Wednesday, December 2, 2009

doa seorang hamba

Ya Allah
seandai benar di hatinya terlintas perasaan untuk mencintaiku
sedangkan tidak ada jodoh antara aku dan dia
hilangkan perasaan itu darinya Ya Allah
hilangkan
hilangkan
kerana aku tahu pahitnya mencintai tapi tidak pernah dipeduli
pahitnya menanti
menanti hati untuk dihancuri
.
.
.
Ya Allah
buat apa perasaan itu wujud
jika akhirnya aku bukan miliknya
dan
dia bukan milikku
.
.
Ya Allah
hamba MU ini hanya insan biasa
daripada dia dan aku membazirkan waktu
mencintai tapi akhirnya tidak memiliki
ada baiknya
jika dia dan aku melabuhkan cinta pada pencipta
kerana cinta padaMU
tidak seperti cinta pada manusia
.
.
cinta padaMu bukan cinta kepura-puraan
tapi cinta penuh kesetiaan
penuh keazaman
cinta padaMu tidak memerlukan pengakhiran
kerana kau zat yg kekal
.
.
Ya Allah jika benar masih ada sekelumit perasaan itu pada dirinya
dan akhirnya perasaan itu memakan diriku jua
apa gunanya Ya Allah
kerana akhirnya aku dan dia bukan duduk di jinjang yg sama
mmg benar mencintai bukan bermaksud memiliki
.
.
tetapi apa gunanya mencintai
jika akhirnya apa yg kita mahukan tidak kita miliki
inilahcinta antara manusia
penuh dengan liku
dan keliru
tapi cinta padaMu
tidak sedikit pun menipu
.
.
Ya Allah bantulah aku melabuhkan perasaan ini
pada lautan keredhaanMu
bukan lembah kemurkaanMu
.
.