Wednesday, September 23, 2009

perkara pelik

Doktor : Melalui ujian darah adik, adik disyaki menghidap hepatitis c.
Aku : [Angguk dengan muka serius,macam aku paham hepatitus tuh aper]
Doktor : Adik jangan bimbang, kadang2 ujian ni tersilap.
Aku : [Tersenyum pahit, hepatitis boleh sebabkan scholar mara ditarik balik,aduh]
Doktor : Ada tak pernah berkongsi jarum ker, pemindahan darah ker,ada accident waktu kecik?
Aku : [Huh??? Muka sikit punya baik..Kongsi jarum.haha] Tak pernah.
Doktor : Bukan apa, saya terpaksa tanya, ni prosedurnya., Datang lagi 2 bulan untuk ambik keputusan darah. Nurse ambikkan darah dia.
Aku : [Ok, ambik darah lagi,arghhhhhhhhhh]
aku disyaki ada hepatitis c
teori nyer mudah bagaimana aku yg muka sikit punya baik nih
disyaki penyakit penyebab maut
beberapa bulan lepas
dalam bulan 7
aku menderma darah di kmb
[kolej mara banting, kolej kesayanganku,hehe]
dan 3 bulan kemudian[bulan ni lah]
aku diminta ke hospital berkenaan
dalam surat tuh tulis
Kepada Puan [ceh,aku blom nikah pun]Nur Izzati Binti Mazlan
Puan dinasihatkan agar tidak menderma darah dimana-mana hospital
dan diminta untuk menghadiri sesi kaunseling di hospital Tungku Ampuan Rahimah
untuk pemeriksaan selanjut.
.
.
ok
aku hanya disyaki
mungkin yer mungkin tak
ada hikmah dariNya, insyaAllah
sebab setiap apa yang berlaku
pasti diiringi sebab musabab dari Allah
dan
pengetahuanNya melebihi segala isi langit dan bumi dan tak terhitung
.
.
yang pelik nya
aku harap aku +ve hepatitis c
sebab nyer
biler kita ada penyakit kronik
kita mula sedar yg usia kita mungkin tak panjang
dan kita lebih berwaspada dari manusia lain
nabi pernah bersabda
manusia yang paling bijak ialah manusia yg paling banyak mengingati mati
.
.
maksudnya
bukan setakat ingat
malahan bersedia untuk menghadapinya
.
.
cuba kita tanya diri kita balik
kita tahu bila tarikh kita lahir
tapi
kita tak tahu bila tarikh kita mati
kita tahu countdown exam dan mempersiapkan diri dengan stadi sungguh sampai lewat malam untuk menghadapinya
tapi
kita tak tahu countdown kita mati dan sikit pun tak bersedia
kita tahu dunia ni sementara
tapi
kita tak sedar kita buat dunia macamlah kekal selamanya
kita tahu maut tak kenal usia
tapi
kita rasa kita mati tua agaknya
kita sibuk nasihat sana sini
tapi
kadan kala kita lupa nak tarbiyah nafsu sendiri
.
.
.
perlian kepada diri sendiri...
doakanlah yang terbaik
mudah2han

5 comments:

A. Passuello said...

jap ape cerite ko skg?
betul ke?

humbleServant said...

auni : lagi 2 bulan result kuar yang ooi!
papehal aku roger ko,hehe
concern erk ko kat aku

arlina said...

dont worry, hepatitis ni selalunye ok je kan. :|

ayah kite ade. ok je, haha

arlina said...

dont worry, hepatitis ni selalunye ok je kan. :|

ayah kite ade. ok je, haha

humbleServant said...

arlina : oh really?
hepatitis a , b or c?