aku hanyalah aku

bismillah
moga yg keluar ini bukan dari nafsu

aku mengharapkan teguran yang datang penuh dengan kasih sayang
penuh dengan kelembutan

mungkin dengan kekasaran itu aku belajar sesuatu

aku tujukan ini buat dirimu
agar kautahu betapa aku ingin menjadi sepertimu

tapi aku masih bertatih, kadang aku jatuh, mengharap untuk berdiri kembali,
mungkin 'kadang' bukan ayat yang tepat, tapi aku sering, ya aku sering,

pernah aku pinta pada Tuhan agar aku ditakdirkan dekat dgnmu

mungkin aku tidak mampu, kerana aku terlalu lemah jiwanya dan mungkin kerana ini Tuhan tidak memakbulkan doaku


aku insan penuh dosa dan noda
byk sisi hitam yg perlu aku cuci

aku tidak sepertimu
tapi aku mahu selajumu, sekuatmu, setajam kata2mu

tapi aku hanyalah aku,
bertatih dalam langkah2 kecilku.

kau tahu, dunia ini pahit buat aku, dan aku tahu pahit jua buat kau.



aku hanya mahu satu hari kau duduk di tempat aku, dan bantu aku, dan tarik aku, semampu yang kau mampu

sebab aku tahu tiada harapan syurga buat aku

hanya azabnya neraka menolak aku.

kerana aku
hanyalah aku.






Comments

Popular Posts