Nak gi Mid Valley...

Ku buka dompet merahku yang kelihatan gah , mahal , berjenama , high standart . Hah , ape lagi??? Padahal dompetku itu hanyalah bernilai rm15 inggit . Buat apa mahal2 . Bukannye boleh gadai pun kalau takder duit . Duit 10 ade 1, 2 , 3 . 5 ade 1, 2, 3, 4 . Singgit ade 1 . 2 inggit plak ade 2 . Monologku sedirian . Alhamdulillah , rezki Allah. Adalah dalam 50 lebih untuk ku jadikan duit poket ke Mid Valley esok . Bukan apa , semalam hampir2 kuhabiskan kesemua harta karun dalam dompetku. Mana taknya, sekejap ada duit, sekejap takder. Macam biskut pulak . Hehe..

Bila aku fikir-fikirkan. Berbaloikah aku keluar esok bersama kawan2. Hajatku cuma satu , aku ingin membalas dendam kerinduanku untuk menghempaskan bola di lane2 bowling . Inginku hayunkan tanganku, melihat bola itu beralun dan akhirnya memecahkan benteng pertahanan 10 askar kecil itu. Ya Allah, aku benar merindui saat2 manis bersama pin2 bowling itu tp apakan daya masa dan wang menjadi penghalang utama untuk aku bertemu dengan mereka. Eceh, macam pin ball tu saudara sekampung aku jer. Haha..

Ku bulatkan tekad, esok aku mesti pergi jua, biar ombak menghalang, perang dunia ke3 meletus, kekasihku nak nikah ke. (Pakwe pun tarak). Akanku teruskan impianku, memegang bola bowling.

Ya Allah, hambamu ini benar2 merindukan saat2 bersama mereka . Izinkan aku menjejakkan kakiku ke Bowling Centre ya Allah. Kau lembutkanlah hati mama dan ayah supaya merestui pemergianku . Usahlah kau timbulkan perasaan bimbang dalam hati mereka . Bukankah kau sentiasa disampingku tidak kira dalam apa jua keadaan ya Allah . Jadikanlah aku seorang yang berjimat cermat dan tidak boros . Namun jika ada perkara yang tidak baik yang bakal berlaku pada diriku dalam perjalanan ke Mid Valley, kau jadikanlah apa2 penghalang supaya aku tidak dapat ke sana.


Sesungguhnya engkaulah yang Maha Mengetahui, Maha Perkasa .



Sahabatku,
dalam apa jua perkara,
walaupun sekecil-kecil perkara,

bertawakallah kepada Allah..

kerana Dia Maha Mengetahui ..

Comments

mufazai said…
hoho!
pergilah,
boleh jmpe kwn2.
syiok tuh,
nnt sme org blah.
nnt susah nk jmpe.

grab the chances~
humbleServant said…
thanx Fariz!!
kalu ko cakap jgn pi pun
aku ttp pi gak haha

Popular Posts