Sunday, April 26, 2009

Buang Tebiat Ke?

Assalamualaikum,

Selamat pagi. Kalau anda bace blog saya ni waktu pagilah. Sekarang ni awal lagi. Jam kat bilik baru kul 7.22 pg. Tp kalu ikut jam fon, 7.53. Kalu ikut jam Astro, eh ni nak citer pasal jam ker? Apa kejadahnyer aku merepek pepagi buta ni. Takde lah buta maner. Dah terang benderang kat luar tu. Tengok tu merepek lagi. Suka ati akulah, nikan blog aku. Hehe..

Baiklah kiter sambg balik tajuk kat atas. Buang tabiat ker? Hari ni mak aku X meniaga. Kalu tak be4 12 mlm, aku dah terbungkang kat atas katil kesayanganku. Walaupun tak sebesar katil mama ngan ayah yang king size tuh, oklah. Lena gak. Tak caya tanyer Auni ngan Hazirah atau lebih glamor dgn panggilan Kak Siti. Dorunk penah tido atas katil tu sbb tumpang umah aku lepas dinner kat Dewan Seri Negeri ari tuh. Jauh benor aku dah tersasar. Tadi jam, ni katil plak. wa cakap sama lu, wa ni kuat gayut. Ari tu besday kawan ak, dier dapat free calling kan. Aku gayut ngan dier dari kul 8 sampai 12, non stop. Bukan sehari, malah hampir seminggu. Haha.. Bercakap mmg hobi aku. Tapi mengumpat ni aku kureng sket. Bukan tak langsung ah. Ak pun manusia gak.Haha..

K kita sambung balik. Pagi tadi Ayah aku kejut ak 2 kali dah. Malas tak nak bangun. Yelah, bese kul 5 aku dh bangun. Ni ari Ahad plus tak meniaga, pe lagi. Pakat bantai nak tidolah. Hehe.. Aku jeles dgn segolongan manusia yang lepas solat subuh, bleh tido balik. Aku, sepanjang balik plkn ni, tak pernah tido pas subuh.. kurang2, kul 6 aku dah bgn. 6.30 pg ak dah menjaja kuih kat balai polis kepong kuala lumpur(nak promote alamat umah tuh).. Meniaga ni bes gak. Lagi2 kalu ramai orang. Kalu nasi lemak abes, aku lah yg akan berlari naik ke atas umahku. dan mengambil nasi lemak. Bukan sekali dua, malah berpuluhan kali. Tak kurus pun. Huahuahuha..

"Ayong gi minum teh!" patutlah Ayah beria-ria kejut aku, sepanjang cuti ni, ak ada mengambil produk kesihatan. Pagi2 dah kana minum teh lemon hibiscus tanpa gula. Nak kasi korunk punya villus bersih balik. Saper blajar bio pahamlah. Bergegas aku mengambil gelas yg berukuran 25o ml. Kuisikn air masak. kemudian amek sesudu teh dan kacau bersama 25oml air tadi. Mak aih, dah macam ajar memasak plak. Macam2.

"Ayong, g mandi. Kita nak g umah Tok Chu ni" ujar mamaku. Aku memang ler suke nak g umah Tok Chuku. Dia ni jenis warak sket dan suka bergurau. Dia adek pada Opahku. Buakn aper, lepas result SPM kuar, aku tak berkesempatan langsung g umah dier kat Cheras tu. Aku tak sabar nak tgk riak muka dier after dapat atu aku dapat sume a dlm SPM. Alhamdulillah, berkat doa dia juga. Plus, ak nak buah tangan dari Tok Chu. Tiap kali ak dapat result baik, mesti at least beberapa keping not merah berjaya kuletakkan dalam poketku sebelum kumelangkah kuar dari umahnyer.Ak bukan mata duitan. Ni kan exam terakhir. Pasni sape lagi nak kasi duit free kalu ko score exam. Mimpilah. Tapi ak tak mengharap pun. Tok Chu ak ari tuh masuk hospital. Dalam minggu ak nak g inteBiu Mara. Tak sempat nak lawat dier. Sibuk uruskan pasal inteBiu tuh. Nak cop pengesahan inilah, itulah. Sampai Tok Chu ak kuar hospital. Ak sefamily tak sempat nak ziarah dia. Opah Chu(isteri Tok Chu) kate, Tok Chu ok dah. Syukur kami sekeluarga. Mana taknyer, Tok Chu dah penah masuk ICU dulu.

"Pergi mandikan adik.Siap2, kita nak pergi dah" kata Ayahku yang sedang menolong ibuku menyiapkan kuih untuk dihantar ke kedai Abang Syam. Allah hai, baru nak rilex ujung minggu ni, dah dapat assignment baru, mandikan adik.

"Arrif, g mandi cepat!" jeritku. Aku pun bukaklah blog ak. Tulah terdetik nak berkarya ni. Sambil tunggu adikku abes mandi, baik aku bukak comp jap.

"Ayong!" laung ayahku. Bergegas ku berlari ke ruang tamu. Nasib baik tak bergegar umah aku macam Bukit Antarabangsa. Korung jangan gelak. Aku cepuk kang. Allah nampak. Haha. Ayah menyuruhku menghantar kuih ke bawah rumah. Kat motor Ayah aku lah. Bergegas kumencapai tudung ku lalu kusarungkan ke kepalaku. Dahlah pakai baju tidur, ngan tak mandi nyer. Peduli aper aku, jiran sumer tak bangun tido lagi, kan ari Ahad ni.

"Mak Chu kata Pak Chu merajuk ari tuh" teringat ak perbualan Mama dan Ayah mase kat dapur.

"Pak Chu nak makan nasi. Tok Chu kata sikit ni jer ke nasi akt Mak Chu. Abis Mak C hu pesanlah kat Pak Chu makan nasi tu jangan banyak2. Cukuplah sikit jer. Yelah Pak Chu kan baru kuar hospital" sambung mamaku. Ayah plak acuh tak acuh jer mendengar. Bengang agak nyer tak dapat nak berehat pagi2 Ahad ni. Kene tolong mama wat kuih. Hehe.

"Ari tuh si Fendi(anak Tok Chu) pesanlah kat Pak Chu. Abah makan nasi sikit2 jer. Yelah risau kat abahnyer. Balik jer umah Pak Chu terus kauk nasi banyak2, sampai penuh satu pinggan. Pas tuh suruh masak ikan yang dibelinye pedas2. Ikan apa entah yang dibelinya" cerita mamaku. Aku yang tengah minum teh masa tu, pasang telinga jelah. Buang tebiat ke Tok Chu aku ni. Hatiku terdetik. Risau aku dibuatnyer.

"Biasanyer, kalu dah macam tuh. Dah tak lama dah" celahku tiba2. Eceh, macam dah dewasa aku mencelah orang tua beborak .

"Hah tulah " mama bersetuju dgn pandanganku.

"Amboi Ayong, pandai2 jer." toleh mama sambil tersenyum. Tak jadi ak nak minum teh kat situ. Bek aku g depan, kat ruang tamu. Sambil duduk di atas sofa mamaku yang dah berusia 6 ke 5 taun ntah. Nak roboh dah sofa mak aku tuh. Tapi, pergh...... Kalu korung test landing kat sofa tu jap, sure tak mampu dan tak berdaya nak tolak dugaan nak tido. Empuk, gebu , hah aper lagi. Haha. Merapiklah aku ni.

Bila aku fikir2 balik, aku tak penah pun dgr Tok Chu wat mende2 pelik cam 2 sebelum ni. Naik risau aku dibuatnyer. Biasanyer orang tua2 cakap, " patutlah sebelum meninggal dia wat benda pelik tuh". Contohnyer camni " Ader ke patut tyme sakit kat hospital, dia mintak pergi Menara Kuala Lumpur" contohlah. Ni yang berlaku pada arwah isteri kawan baik Ayahku. Tup2, 2 minggu lepas tu Allah mengakhiri usia isteri kawan ayahku. Mudah2 han , arwahnya dicucuri rahmat.

Sambung pasal Tok Chu aku. Ni tak bleh jadi ni. Aku mesti g lawat dier. Kalaulah ditakdirkan Yang Maha Esa, Tok Chu pergi sebelum aku sempat melihat senyumannya. Gelak tawanyer. Suaranya. Dan melihat dia masih bernyawa, ade baiknya aku meziarahi dia. Aku pun rindu juga kat Tok Chu aku tu. Rindu dgr dier memanggil namaku . Bertanya tentang pembelajaranku . Tok Chuku memang seorang yang mementingkan soal pembelajaran. Dulu semasa aku di Tingkatan 1, dia amat membantah apabila aku tidak mahu menyambung sesi persekolahan di asrama. Mana taknyer, dulu sebelum aku menjadi pelajar MRSM, aku bersekolah di SMK Kepong. Aku memang tak gemar sekolah tuh. Nak solat Asar susah. Cikgu tgh sibuk mengajar , terpaksa mintak excuse g solat . Bkn apa, solat pun tak khusyuk . Terkejar2. Terlepas penerangan dari cg. Kalu macam nilah, tak scorelah aku tyme exam. Baru seminggu kat sekolah tuh, ak dpt tawaran g sek agama kat Rawang . Sekolah Menenagh Agama Rawang (SAMER). Fuh punyalah excited nak bla dr sekolah tuh. Bangga pun ader. Haha..

Rupa tak seindah khabar. Minggu pertama di sekolah tuh mmg mencabar. Almaklumlah baru 1st tyme masuk asrama. Bayangkan, takder shower. Kena mandi kat sinki ramai2. Dahlah tuh, senior kuat megecop. Sket2 after, abes aku yang junior ni nak mandi biler. Penah sekali ni , aku baru balik library hak balik asrama. Aku punya semangat nak balik hostel nak mandi. Kang lambat mau tak penuh blek air tuh. Fuh mmg bertenaga masa tuh. Punya excited sampai tak ingat dunia. Ist step, masuk dorm. Letak beg atas katil. Amek baldi, gayung, toilertris, baju nak pakai . Dan memulakan langkah ke bilik air. Fuh, nasib baik, tak ramai orang. Aku pun meletakkan baldiku yang bertulis NUR IZZATI BT. MAZLAN ke dalam salah satu sinki di blik air tuh. Terus kubuka pili air dan air pun mula memenuhi ruang kosong baldiku. Mak aih macam nak wat experiment Physic plak.

Aku baru menyimbah dua cebok air ke badanku. Tiba2, suspen ni, "Adik. ni tempat akak, akak cop tadi" kata seniorku sambil menunjuk ke arah pili air di hadapanku. Lorh, ader penyepit kat pili air maksudnyer sinki tu dah ader org after ker. Sapelah hamba Allah yang buat peraturan paling bodoh aku penah dengar di atas muka bumi ni. Aku menoleh ke arah sinki yg lain. Semua ader penyepit. Hantu betullah senior aku ni. Kalu aku tahu, aku beli 12 dozen sepik, aku sepik kat sume pili air. Klau yer pun sinki dier, bertimbang rasaler skit. Aku dahlah junior baru. Tak boleh wat kakak ipar. Buruk pangai. Aper aku merepek ni. Aku manaler ader kakak ipar. Aku kan anak 1st. Huahuahua.

Aku punm mengalihkan baldiku dari sinki tersebut dgn berat hait. Malu betul, dahlah bilik air tuh penuh ngan senior. Aku pun satu, nak cepat punyer pasal. Takkan nak benti mandi. Dah abis aku siram badan aku. Senior2. dah besar pun tak nak ngalah. Aku pun duduklah dekad sebelah tempat basuh baju. Aku sedih mengenangkan nasig aku. Warghhhhhhhhhhhhhh!! Sampai biler aku nak menghadapi situasi ni tanpa keluarga di sisi. Aku nangis kat dalam blik air tuh. Tetiba jer, ntah naper air mataku mengalir dengan pantas. Hah, kaget sume senior tgk aku nangis. Apeler nasib badan. Nasib bek ader sorunk senior ni kasi aku mandi kat tempat dier. Siap basuhkan baju aku lagi tuh. Alhamdulillah, Allah kurniakan aku bantuan melalui seorang senior yang tersangatlah baik ati.

Alamak, ayah aku hon keta. I need to go now. Nak jumpa Tok Chu. Moga murah rezki aku ri ni. Haha. K bubye...
Ayah, I'M COMING.....

7 comments:

auni izzati said...

menipu bapak kau menjerit gegar bukit antarabngsa. aku rasa bapak kau lembut je.
maksud aku bukan lembut, tapi baik lah menipu sgt lah mnjerit kuat gegar sampai camtu.

haha
haah
agk ah yg penting katil kau buat aku tidur tak ingatdunia malam tuh.
syok sebab dapat jumpe grover kot malam tuh~



p.s : siot je. nsib aku minat afgan, kalo tak aku pon ceraikan ashraf sinclair tuh

cik bulan said...

haha
izati aku gelak r
kene cepuk ker
aku pening cte Chu2 ko nieyh
banyak benar chu ade
huhu chu kiang tade???heh

F a r i z z a i d I said...

weh izzati,
kalau ckp pon 4 jam.
makan ape lagi huh?
8 jam terus menerus?
*lariiiii

sarah_liyana said...

haha..
aku pon gelak gak bce ko pnye cite..
jgn cepuk aku ngn mun tau..

humbleServant said...

to sarah liyana and cik bulan : alahai takkan tak paham! tok chu panggilan aku kepada mereka berdua suami isteri..yg pompuan mak aku panggil mak chu, yg laki mak ayah aku panggil pak chu..aku cucu panggil tak chulah!!
aku cepuk gak kang!!hehe!!

humbleServant said...

to F a r i z z a i d I : amboi, best nyer ngate org! larilah ke mana2..akan kukejar dikau sampai ke lubang cacing..hehe

humbleServant said...

to auni izzati : haha misunderstood..
aku cakap aku lari , 2 yang bergegar bukit antarabangsa..takkanlah nak ngutuk ayah.tak berkat!!