Akan Datang Saat Itu

Alhamdulillah..

Syukur ke hadrat Illahi sebab akhirnya perkerjaan yang diamanahkan oleh mama dan ayah berjaya aku laksanakan walaupun setelah berkali-kali kutangguhkan. Lepas Maghrib tadi aku mengajar adik Adil yang baru darjah lima mengaji. Namun hari ini moodku lari sedikit, tak tahulah kenapa. Malas nak on9. Muak tgk blog ku yang boring tak seindah blog para dai'e yang lain. Biarlah yang penting niat kita, berjihad di jalan Allah, fisabilillah.,lillahitaala. Dalam apa2 jua perkara yang kita lakukan, hanya Allah yang tahu budi pekerti kita. Ikhlas atau sekadar mahu mendapat nama, pujian . tempat dan sebagainya. Wallahualam. Tapi aku masih belum ikhlas dalam perjuanganku. Entah apa yang aku kejarkan. Nama, populariti? Itu semua selimut para munafik dan aku tidak mahu sekedudukan dgn mereka. Moga2 dgn pembinaan blog ini, dapat aku pertingkatkan perhubungan ku dengan pencipta kita dan seterusnya menasihati yang lain.


Pukul 1 tadi aku bangun semata2 mahu melunaskan segala pekerjaanku. Ubi kentang kupotong kecil untuk dijadikan inti karipap. Kemudian, ku gosokkkan baju Adil dan Arrif, adik2 kesayanganku. Ketika sedang khusyuk aku menggosok, datang mama menjengukku. Seawal 3 pg mama sudah mula menabur keringat mencari rezeki. tapi apakan daya aku tidak sekuat mama. Sanggup bersengkang mata untuk mendapatkan wang perbelanjaan kami. tambahan pula kos pembelajaranku dan adik2 semakin meningkat.


Setelah selesai solat Isyak, kuselak lembaran al-Qur'an hijau yang sudah hampir 2 tahun setia bersamaku. Satu muka surat setiap kali selesai solat adalah 1 kemestian bgku. Bukanlah untuk menunjuk ataupun atas dasar sifat riak tp itulah nazarku. Kehilangan sijil PMR buat kali ke 2 membingungkanku lantas aku bernazar jika Allah menemukan aku dengan slip PMR itu, maka selepas solat aku wajib membaca qur'an sekurang2nya 1 ayat. 1 ayat itupun sudah cukup berat bgku. Namun itulah inisiatifku supaya tidak kutinggalkan langsung mukijizat teragung itu .

Beginilah kehidupan . Setiap ketika kita kan digoda, diduga. Hanya yang kuat mampu bertahan dan akhirnya kita bakal kembali pada pencipta kita. Apalah yang hendak diagungkan di atas muka bumi ini.SEMUANYA MILIK ALLAH.

*dah ngantuk ni*

Comments

mufazai said…
bagus2 (;
ni calon isteri terbaik wokk!
Anonymous said…
waa..bgos gler tetiap kali smayang bace..
ak pk nk bce seari sekali pon, kekdg xwat..
huhu..
hopefully, nnt leh ar jdik cam ko~
:)

Popular Posts