Lihat. Allah mmg tidak melihat rupa parasmu tapi takwa
Anas r.a. menceritakan bahawa seorang lelaki badwi bernama Zahir, seorang yang
buruk rupa parasnya tetapi sangat mulia akhlaknya serta sangat dikasihi oleh
Rasulullah s.a.w.Sekiranya Zahir datang ke Madinah, beliau akan
menghadiahkan Rasulullah s.a.w. barang-barang yang dibawa dari kampungnya.
Apabila dia hendak pulang, Rasulullah s.a.w. akan membekalkan barang-barang
keperluannya pula sambil baginda bersabda (maksudnya): “Sesungguhnya Zahir orang
kampong kita dan kita orang kotanya.”Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. pergi
ke tempatnya. Ketika itu dia sedang menjalankan urusan perniagaannya. Dengan
perlahan-lahan Rasulullah s.a.w. datang dari belakang dan memeluknya kuat-kuta.
Dia tidak menyedari bahawa yang memeluknya itu adalah Rasulullah s.a.w. Dia
meronta-ronta minta dilepaskan. Rasulullah s.a.w. membiarkan saja Zahir
meronta-meronta sehinggalah Zahir menoleh ke belakang dan didapati yang
memeluknya itu adalah kekasihnya, Rasulullah s.a.w. Maka dengan bahagianya dia
membiarkan belakangnya tersandar di dada Baginda.Rasulullah s.a.w. masih
tidak melepaskan pelukannya. Sebaliknya dengan keadaan tangannya yang mulia yang
tetap memeluknya Zahir itu baginda berkata: “Siapa nak beli hamba ini? Siapa nak
beli?”Zahir yang memahami gurauan Rasulullah s.a.w. itu berkata: “Ya
Rasulullah! Saya ini tak laku untuk dijual, saya barang yang tidak berharga!”.
Lantas Nabi s.a.w. berkata kepada Zahir: “Tetapi kamu di sisi Allah berharga.
Kamu mahal di sisi-Nya!” Musnad AhmadMasya-Allah! Demikianlah tingginya
pekerti Nabi s.a.w. dan betapa kasihnya baginda kepada sahabatnya tanpa mengira
kedudukan, rupa dan harta. Baginda menegaskan dengan perbuatan, bukan sekadar
kata-kata bahawa manusia yang paling mulia di sisi Allah adalah yang paling
bertaqwa.

Comments
satu cerita best untuk kuliah Asar i petang ni..
:D