Thursday, April 30, 2009

Kejadian Memalukan di KTM!!

Alhamdulillah,

dapat gak aku kuar ngan kengkawan g mid valley.. dapat men 2 game bowling pun oklah.better then never.. tak tahan.kat mid valley akulah yg asyik kene bahan,REDHO jelah.huhu..aku pun satu suker mem BAHAN dorunk,semalam bertubi2 aku diserang.haha..

4 me its nothing.itulah caranyer merapatkan lagi hubungan persahabatan.mak aih,cam nak wat esay spm.huhu~~ klik disini klau nak tahu betaper dahsyat dorunk memBahan ak.tp sket pun tak terasa.bluek~~hehe



k str8 tu der point.pas jejalan kat mid, then we split up.kwn ak, antie dia amek,aku plak nek KTM of course.save wet lah..memula tuh syukur ah sbb tgk kat signboart tu tulis 6.35 tren sampai.Dah dokek 8 minit den tunggu,satu tren pun takder.Sabar lagi.Tetiba wak2 tren benti dituka 6.45..Sabar2..Kalu yer pun tak ya lah tipu.6.45 cakap ah 6.45..seb bek dah solat kat mid tadi.ni surelah sampai umah dah maghriB.



Sampailah tren tuh.rezki Allah. bau diri jap,dah dapat duduk..susah nak dapat duduk kalu tren dah benti kat klcc. orang ramai.bak kata abg amir aku"cam sardin"...huhu~~ balik keje..bese arh..org ramai.. aku plak pening nak kene kire 6 stesen b4 sampai umah aku.dan terjadilah insiden ni...



Suara antu : tren telah pun sampai ke perhentian....(aku pun lupa dah)

Lelaki : (bergasak2 nak masuk tren)

Pompuan : Jgn tolak2 lah. Dalam sudah sempit. Tala boleh masuk. Woi jgn tolaklah. Kaki saya!!

Lelaki : (masuk jugak.Keras kepala btowl.Tapi bukan salah dier)

Pompuan : Jgn masuklah. Sudah ramai orang . U tau tak kaki saya sakit kene pijak. U tak
paham ker sudah tak muat!!

Lelaki : Semua orang mau baliklah..

Pompuan : Memanglah semua orang nak balik tp dah tak muat . U tak paham ker. kaki I
kene pijak . Nanti I report polis baru tau !

Pastu pertelingkahan 2 tak berhenti.Macam2lah dorunk balas membalas.. Tulah, tyme skolah cg suh masuk bahas tak nak. Dahtuh, dalam tren barulah nak tunjuk jantanlah, tunjuk taringlah.Macam2...

Sungguh memalukan. Tension aku. Wat malu kat orang luar. Dahlah masa tuh ader 3 org arab..
Allah hai, menjatuhkan nama Malaysia betul.Kerajaan pun satu. Ntah mana pegi peruntukan berjuta2 untuk ktm.Rasionallah sket.Takkanlah every 3o minutes, 1 train only.Lagi2 tyme org balik kerja. Dok sibuk promote suh kurangkan kenderaan persendirian, naiklah kenderaan awam. Dah suh naik, tak nak sediakan fasalitator tuh betul2. Angin aku. Dahlah aku tgh usha pasangan arab tuh.

Dalam tren aku dapat berdiri sebelah pempuan arab yang menutup keseluruhan badannya ngan kain itam.Mata pun tak nampak. Aku pasang telinga jer dengar dier cakap ngan husband dier. Walaupun tak paham, aku dapat merasakan aura percakapan dorunk.Tulah bahasa yang digunakan oleh nabi Muhammad s.a.w.(selawat balik yer =p)..Tetiba jer pompuan Arab tuh pegang bahu aku. Aku senyum kat dier. Aku nampak mata nyer yang berwarna cokelat. Indahnyer.Dan keindahan itu hanya milik suaminua.Moga2 aku dapat jadi seperti dia.

Disebabkan pergaduhan di KTM, hilang dua orang Arab tuh dari pandangan aku. Sedih bukan kepalang.Bukan rezki aku.. Tapi datang lak sorunk mamat Arab len dpn aku.Hari2 ku penuh dgn orang Arab.Best nyer.Hihi..

Aku mmg tak puas hati mengenangkan kejadian di KTM semalam. Dulu aku mmg tak puas hati bila orang cakap, orang ni rasuah, org tuh rasuah.Ntah2 kene aniaya ker.. Sian dier. but, as I grow up and being in the real world situation , aku start realize, kes2 rasuah tuh tak mustahil.. Contoh lain sorunk pak cik ni, kontraktor.Ditugaskan membina sebuah surau kecil untuk kemudahan penduduk setempat. Tp apa yang terjadi, suara azan tak didengari oleh penduduk..Bile dicek2 rupa2nya wayar untuk menjadikan suara muazzin bergema dan boleh didengari penduduk tidak disambungkan.Tak bertanggungjawab btol pak cik tuh.Berani dier makan harta milik masjid. Dia tak fikir ker keseronokan yg dia dapat ngan duit masjid tuh kat dunia jer.Walhal Allah dah tempahkan 1 tempat di neraka khas untuknya.Kalu syurga takpeler, ni NERAKA...NERAKA!!! Nak aku mention lagi ker..Azab dia mmg memeritkan. Aku bukanlah nak tuduh pak cik tuh,tp ni apa yang orang2 kata.. JAWI bagi peruntukan untuk pembinaan surau tuh beribu2 ringgit. Tapi surau tak segah maner pun.Dgn masalah tuh, masalah ni..Tak nampak mcm surau tuh dibina menggunakan peruntukan beribu2 tuh.. Mana pergi duit tuh. Laknatullah lah saper yang ambik hak milik org lain.Lagi2 yang bersangkut paut dgn amanah, surau..

Apelah nak jadi ngan orang kiter.Sedarlah bangsaku..
Ape gunanya kau sibuk melaungkan DI MANA MELAYU kita?
Sedangkan kau sendiri lngsung tidak melambangkan MELAYU KITA!!


MAKANLAH HARTA HARAM ITU SELAGI KAU MAMPU..
SEDUTLAH HARTA2 ANAK YATIM..
HIRUPLAH PERUNTUKAN2 ITU...
BESARKANLAH ANAK2 MU DGN TIDAK BERTUNJNGKAN KEREDHAAN ALLAH,
MUNGKIN DI DUNIA KAU TAK MERASAI AKIBATNYA,
TAPI TUNGGU DAN NANTIKANLAH!!!


AZAB DARI TUHANMU!!!!!!!!!!

wallahualam..
*aku seyes ni*

Wednesday, April 29, 2009

Akan Datang Saat Itu

Alhamdulillah..

Syukur ke hadrat Illahi sebab akhirnya perkerjaan yang diamanahkan oleh mama dan ayah berjaya aku laksanakan walaupun setelah berkali-kali kutangguhkan. Lepas Maghrib tadi aku mengajar adik Adil yang baru darjah lima mengaji. Namun hari ini moodku lari sedikit, tak tahulah kenapa. Malas nak on9. Muak tgk blog ku yang boring tak seindah blog para dai'e yang lain. Biarlah yang penting niat kita, berjihad di jalan Allah, fisabilillah.,lillahitaala. Dalam apa2 jua perkara yang kita lakukan, hanya Allah yang tahu budi pekerti kita. Ikhlas atau sekadar mahu mendapat nama, pujian . tempat dan sebagainya. Wallahualam. Tapi aku masih belum ikhlas dalam perjuanganku. Entah apa yang aku kejarkan. Nama, populariti? Itu semua selimut para munafik dan aku tidak mahu sekedudukan dgn mereka. Moga2 dgn pembinaan blog ini, dapat aku pertingkatkan perhubungan ku dengan pencipta kita dan seterusnya menasihati yang lain.


Pukul 1 tadi aku bangun semata2 mahu melunaskan segala pekerjaanku. Ubi kentang kupotong kecil untuk dijadikan inti karipap. Kemudian, ku gosokkkan baju Adil dan Arrif, adik2 kesayanganku. Ketika sedang khusyuk aku menggosok, datang mama menjengukku. Seawal 3 pg mama sudah mula menabur keringat mencari rezeki. tapi apakan daya aku tidak sekuat mama. Sanggup bersengkang mata untuk mendapatkan wang perbelanjaan kami. tambahan pula kos pembelajaranku dan adik2 semakin meningkat.


Setelah selesai solat Isyak, kuselak lembaran al-Qur'an hijau yang sudah hampir 2 tahun setia bersamaku. Satu muka surat setiap kali selesai solat adalah 1 kemestian bgku. Bukanlah untuk menunjuk ataupun atas dasar sifat riak tp itulah nazarku. Kehilangan sijil PMR buat kali ke 2 membingungkanku lantas aku bernazar jika Allah menemukan aku dengan slip PMR itu, maka selepas solat aku wajib membaca qur'an sekurang2nya 1 ayat. 1 ayat itupun sudah cukup berat bgku. Namun itulah inisiatifku supaya tidak kutinggalkan langsung mukijizat teragung itu .

Beginilah kehidupan . Setiap ketika kita kan digoda, diduga. Hanya yang kuat mampu bertahan dan akhirnya kita bakal kembali pada pencipta kita. Apalah yang hendak diagungkan di atas muka bumi ini.SEMUANYA MILIK ALLAH.

*dah ngantuk ni*

Tuesday, April 28, 2009

Nak gi Mid Valley...

Ku buka dompet merahku yang kelihatan gah , mahal , berjenama , high standart . Hah , ape lagi??? Padahal dompetku itu hanyalah bernilai rm15 inggit . Buat apa mahal2 . Bukannye boleh gadai pun kalau takder duit . Duit 10 ade 1, 2 , 3 . 5 ade 1, 2, 3, 4 . Singgit ade 1 . 2 inggit plak ade 2 . Monologku sedirian . Alhamdulillah , rezki Allah. Adalah dalam 50 lebih untuk ku jadikan duit poket ke Mid Valley esok . Bukan apa , semalam hampir2 kuhabiskan kesemua harta karun dalam dompetku. Mana taknya, sekejap ada duit, sekejap takder. Macam biskut pulak . Hehe..

Bila aku fikir-fikirkan. Berbaloikah aku keluar esok bersama kawan2. Hajatku cuma satu , aku ingin membalas dendam kerinduanku untuk menghempaskan bola di lane2 bowling . Inginku hayunkan tanganku, melihat bola itu beralun dan akhirnya memecahkan benteng pertahanan 10 askar kecil itu. Ya Allah, aku benar merindui saat2 manis bersama pin2 bowling itu tp apakan daya masa dan wang menjadi penghalang utama untuk aku bertemu dengan mereka. Eceh, macam pin ball tu saudara sekampung aku jer. Haha..

Ku bulatkan tekad, esok aku mesti pergi jua, biar ombak menghalang, perang dunia ke3 meletus, kekasihku nak nikah ke. (Pakwe pun tarak). Akanku teruskan impianku, memegang bola bowling.

Ya Allah, hambamu ini benar2 merindukan saat2 bersama mereka . Izinkan aku menjejakkan kakiku ke Bowling Centre ya Allah. Kau lembutkanlah hati mama dan ayah supaya merestui pemergianku . Usahlah kau timbulkan perasaan bimbang dalam hati mereka . Bukankah kau sentiasa disampingku tidak kira dalam apa jua keadaan ya Allah . Jadikanlah aku seorang yang berjimat cermat dan tidak boros . Namun jika ada perkara yang tidak baik yang bakal berlaku pada diriku dalam perjalanan ke Mid Valley, kau jadikanlah apa2 penghalang supaya aku tidak dapat ke sana.


Sesungguhnya engkaulah yang Maha Mengetahui, Maha Perkasa .



Sahabatku,
dalam apa jua perkara,
walaupun sekecil-kecil perkara,

bertawakallah kepada Allah..

kerana Dia Maha Mengetahui ..

Akibat Meninggalkan Solat




Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh: Dijauhkan cahaya muka yang bersinar..

Zohor: Tidak diberikan berkat dalam rezekinya..

Asar: Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan..

Maghrib: Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.

Isya': Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya..

Sunday, April 26, 2009

Buang Tebiat Ke?

Assalamualaikum,

Selamat pagi. Kalau anda bace blog saya ni waktu pagilah. Sekarang ni awal lagi. Jam kat bilik baru kul 7.22 pg. Tp kalu ikut jam fon, 7.53. Kalu ikut jam Astro, eh ni nak citer pasal jam ker? Apa kejadahnyer aku merepek pepagi buta ni. Takde lah buta maner. Dah terang benderang kat luar tu. Tengok tu merepek lagi. Suka ati akulah, nikan blog aku. Hehe..

Baiklah kiter sambg balik tajuk kat atas. Buang tabiat ker? Hari ni mak aku X meniaga. Kalu tak be4 12 mlm, aku dah terbungkang kat atas katil kesayanganku. Walaupun tak sebesar katil mama ngan ayah yang king size tuh, oklah. Lena gak. Tak caya tanyer Auni ngan Hazirah atau lebih glamor dgn panggilan Kak Siti. Dorunk penah tido atas katil tu sbb tumpang umah aku lepas dinner kat Dewan Seri Negeri ari tuh. Jauh benor aku dah tersasar. Tadi jam, ni katil plak. wa cakap sama lu, wa ni kuat gayut. Ari tu besday kawan ak, dier dapat free calling kan. Aku gayut ngan dier dari kul 8 sampai 12, non stop. Bukan sehari, malah hampir seminggu. Haha.. Bercakap mmg hobi aku. Tapi mengumpat ni aku kureng sket. Bukan tak langsung ah. Ak pun manusia gak.Haha..

K kita sambung balik. Pagi tadi Ayah aku kejut ak 2 kali dah. Malas tak nak bangun. Yelah, bese kul 5 aku dh bangun. Ni ari Ahad plus tak meniaga, pe lagi. Pakat bantai nak tidolah. Hehe.. Aku jeles dgn segolongan manusia yang lepas solat subuh, bleh tido balik. Aku, sepanjang balik plkn ni, tak pernah tido pas subuh.. kurang2, kul 6 aku dah bgn. 6.30 pg ak dah menjaja kuih kat balai polis kepong kuala lumpur(nak promote alamat umah tuh).. Meniaga ni bes gak. Lagi2 kalu ramai orang. Kalu nasi lemak abes, aku lah yg akan berlari naik ke atas umahku. dan mengambil nasi lemak. Bukan sekali dua, malah berpuluhan kali. Tak kurus pun. Huahuahuha..

"Ayong gi minum teh!" patutlah Ayah beria-ria kejut aku, sepanjang cuti ni, ak ada mengambil produk kesihatan. Pagi2 dah kana minum teh lemon hibiscus tanpa gula. Nak kasi korunk punya villus bersih balik. Saper blajar bio pahamlah. Bergegas aku mengambil gelas yg berukuran 25o ml. Kuisikn air masak. kemudian amek sesudu teh dan kacau bersama 25oml air tadi. Mak aih, dah macam ajar memasak plak. Macam2.

"Ayong, g mandi. Kita nak g umah Tok Chu ni" ujar mamaku. Aku memang ler suke nak g umah Tok Chuku. Dia ni jenis warak sket dan suka bergurau. Dia adek pada Opahku. Buakn aper, lepas result SPM kuar, aku tak berkesempatan langsung g umah dier kat Cheras tu. Aku tak sabar nak tgk riak muka dier after dapat atu aku dapat sume a dlm SPM. Alhamdulillah, berkat doa dia juga. Plus, ak nak buah tangan dari Tok Chu. Tiap kali ak dapat result baik, mesti at least beberapa keping not merah berjaya kuletakkan dalam poketku sebelum kumelangkah kuar dari umahnyer.Ak bukan mata duitan. Ni kan exam terakhir. Pasni sape lagi nak kasi duit free kalu ko score exam. Mimpilah. Tapi ak tak mengharap pun. Tok Chu ak ari tuh masuk hospital. Dalam minggu ak nak g inteBiu Mara. Tak sempat nak lawat dier. Sibuk uruskan pasal inteBiu tuh. Nak cop pengesahan inilah, itulah. Sampai Tok Chu ak kuar hospital. Ak sefamily tak sempat nak ziarah dia. Opah Chu(isteri Tok Chu) kate, Tok Chu ok dah. Syukur kami sekeluarga. Mana taknyer, Tok Chu dah penah masuk ICU dulu.

"Pergi mandikan adik.Siap2, kita nak pergi dah" kata Ayahku yang sedang menolong ibuku menyiapkan kuih untuk dihantar ke kedai Abang Syam. Allah hai, baru nak rilex ujung minggu ni, dah dapat assignment baru, mandikan adik.

"Arrif, g mandi cepat!" jeritku. Aku pun bukaklah blog ak. Tulah terdetik nak berkarya ni. Sambil tunggu adikku abes mandi, baik aku bukak comp jap.

"Ayong!" laung ayahku. Bergegas ku berlari ke ruang tamu. Nasib baik tak bergegar umah aku macam Bukit Antarabangsa. Korung jangan gelak. Aku cepuk kang. Allah nampak. Haha. Ayah menyuruhku menghantar kuih ke bawah rumah. Kat motor Ayah aku lah. Bergegas kumencapai tudung ku lalu kusarungkan ke kepalaku. Dahlah pakai baju tidur, ngan tak mandi nyer. Peduli aper aku, jiran sumer tak bangun tido lagi, kan ari Ahad ni.

"Mak Chu kata Pak Chu merajuk ari tuh" teringat ak perbualan Mama dan Ayah mase kat dapur.

"Pak Chu nak makan nasi. Tok Chu kata sikit ni jer ke nasi akt Mak Chu. Abis Mak C hu pesanlah kat Pak Chu makan nasi tu jangan banyak2. Cukuplah sikit jer. Yelah Pak Chu kan baru kuar hospital" sambung mamaku. Ayah plak acuh tak acuh jer mendengar. Bengang agak nyer tak dapat nak berehat pagi2 Ahad ni. Kene tolong mama wat kuih. Hehe.

"Ari tuh si Fendi(anak Tok Chu) pesanlah kat Pak Chu. Abah makan nasi sikit2 jer. Yelah risau kat abahnyer. Balik jer umah Pak Chu terus kauk nasi banyak2, sampai penuh satu pinggan. Pas tuh suruh masak ikan yang dibelinye pedas2. Ikan apa entah yang dibelinya" cerita mamaku. Aku yang tengah minum teh masa tu, pasang telinga jelah. Buang tebiat ke Tok Chu aku ni. Hatiku terdetik. Risau aku dibuatnyer.

"Biasanyer, kalu dah macam tuh. Dah tak lama dah" celahku tiba2. Eceh, macam dah dewasa aku mencelah orang tua beborak .

"Hah tulah " mama bersetuju dgn pandanganku.

"Amboi Ayong, pandai2 jer." toleh mama sambil tersenyum. Tak jadi ak nak minum teh kat situ. Bek aku g depan, kat ruang tamu. Sambil duduk di atas sofa mamaku yang dah berusia 6 ke 5 taun ntah. Nak roboh dah sofa mak aku tuh. Tapi, pergh...... Kalu korung test landing kat sofa tu jap, sure tak mampu dan tak berdaya nak tolak dugaan nak tido. Empuk, gebu , hah aper lagi. Haha. Merapiklah aku ni.

Bila aku fikir2 balik, aku tak penah pun dgr Tok Chu wat mende2 pelik cam 2 sebelum ni. Naik risau aku dibuatnyer. Biasanyer orang tua2 cakap, " patutlah sebelum meninggal dia wat benda pelik tuh". Contohnyer camni " Ader ke patut tyme sakit kat hospital, dia mintak pergi Menara Kuala Lumpur" contohlah. Ni yang berlaku pada arwah isteri kawan baik Ayahku. Tup2, 2 minggu lepas tu Allah mengakhiri usia isteri kawan ayahku. Mudah2 han , arwahnya dicucuri rahmat.

Sambung pasal Tok Chu aku. Ni tak bleh jadi ni. Aku mesti g lawat dier. Kalaulah ditakdirkan Yang Maha Esa, Tok Chu pergi sebelum aku sempat melihat senyumannya. Gelak tawanyer. Suaranya. Dan melihat dia masih bernyawa, ade baiknya aku meziarahi dia. Aku pun rindu juga kat Tok Chu aku tu. Rindu dgr dier memanggil namaku . Bertanya tentang pembelajaranku . Tok Chuku memang seorang yang mementingkan soal pembelajaran. Dulu semasa aku di Tingkatan 1, dia amat membantah apabila aku tidak mahu menyambung sesi persekolahan di asrama. Mana taknyer, dulu sebelum aku menjadi pelajar MRSM, aku bersekolah di SMK Kepong. Aku memang tak gemar sekolah tuh. Nak solat Asar susah. Cikgu tgh sibuk mengajar , terpaksa mintak excuse g solat . Bkn apa, solat pun tak khusyuk . Terkejar2. Terlepas penerangan dari cg. Kalu macam nilah, tak scorelah aku tyme exam. Baru seminggu kat sekolah tuh, ak dpt tawaran g sek agama kat Rawang . Sekolah Menenagh Agama Rawang (SAMER). Fuh punyalah excited nak bla dr sekolah tuh. Bangga pun ader. Haha..

Rupa tak seindah khabar. Minggu pertama di sekolah tuh mmg mencabar. Almaklumlah baru 1st tyme masuk asrama. Bayangkan, takder shower. Kena mandi kat sinki ramai2. Dahlah tuh, senior kuat megecop. Sket2 after, abes aku yang junior ni nak mandi biler. Penah sekali ni , aku baru balik library hak balik asrama. Aku punya semangat nak balik hostel nak mandi. Kang lambat mau tak penuh blek air tuh. Fuh mmg bertenaga masa tuh. Punya excited sampai tak ingat dunia. Ist step, masuk dorm. Letak beg atas katil. Amek baldi, gayung, toilertris, baju nak pakai . Dan memulakan langkah ke bilik air. Fuh, nasib baik, tak ramai orang. Aku pun meletakkan baldiku yang bertulis NUR IZZATI BT. MAZLAN ke dalam salah satu sinki di blik air tuh. Terus kubuka pili air dan air pun mula memenuhi ruang kosong baldiku. Mak aih macam nak wat experiment Physic plak.

Aku baru menyimbah dua cebok air ke badanku. Tiba2, suspen ni, "Adik. ni tempat akak, akak cop tadi" kata seniorku sambil menunjuk ke arah pili air di hadapanku. Lorh, ader penyepit kat pili air maksudnyer sinki tu dah ader org after ker. Sapelah hamba Allah yang buat peraturan paling bodoh aku penah dengar di atas muka bumi ni. Aku menoleh ke arah sinki yg lain. Semua ader penyepit. Hantu betullah senior aku ni. Kalu aku tahu, aku beli 12 dozen sepik, aku sepik kat sume pili air. Klau yer pun sinki dier, bertimbang rasaler skit. Aku dahlah junior baru. Tak boleh wat kakak ipar. Buruk pangai. Aper aku merepek ni. Aku manaler ader kakak ipar. Aku kan anak 1st. Huahuahua.

Aku punm mengalihkan baldiku dari sinki tersebut dgn berat hait. Malu betul, dahlah bilik air tuh penuh ngan senior. Aku pun satu, nak cepat punyer pasal. Takkan nak benti mandi. Dah abis aku siram badan aku. Senior2. dah besar pun tak nak ngalah. Aku pun duduklah dekad sebelah tempat basuh baju. Aku sedih mengenangkan nasig aku. Warghhhhhhhhhhhhhh!! Sampai biler aku nak menghadapi situasi ni tanpa keluarga di sisi. Aku nangis kat dalam blik air tuh. Tetiba jer, ntah naper air mataku mengalir dengan pantas. Hah, kaget sume senior tgk aku nangis. Apeler nasib badan. Nasib bek ader sorunk senior ni kasi aku mandi kat tempat dier. Siap basuhkan baju aku lagi tuh. Alhamdulillah, Allah kurniakan aku bantuan melalui seorang senior yang tersangatlah baik ati.

Alamak, ayah aku hon keta. I need to go now. Nak jumpa Tok Chu. Moga murah rezki aku ri ni. Haha. K bubye...
Ayah, I'M COMING.....