Friday, November 27, 2009

mode : raya + study

10.00 p.m. : Nur Kasih selesai... Alhamdulillah peleraian drama nur Kasih sgt memuaskan. Tak tergambar dengan kata2. Banyak pengajaran yg boleh diambil. Aku kira Nur Kasih ni sebagai satu titik permulaan baru bg hidupku. Pengajaran yg berharga. Bukan macam cerita Korea suka merepek2. Pengakhiran drama Korea mmg menyakitkan hati. Mana taknya, tgk beratus2 jam, sampai homework + assignment + study tergendala. Akhirnya itu jer pengakhirannya.Aduh, Korea.Serik dah aku tgk.

Ok2... Pengajaran NurKasih. Aku nih bukannya baik sgt sebenarnya, manusia biasa.Ada masa2 kelam, ada masa2 silam. Masa gelap dan terang. (Chewah, macam teknik pengcahayaan dalam Drama Tok Perak,Budak IB JER paham yer readers",).. Aku kira watak Adam nih boleh lah digambarkan sebagai watak yg bertaubat setelah terlena sebentar dengan kenikmatan dosa. Sememangnya bila kita dah terlanjur dgn dosa, kenikmatan yg kita rasa hanyalah kepura2puraan yg sementara. dan bagi insan biasa macam aku nih, dan juga insan2 di seluruh dunia, apabila kita mula melakukan dosa, akan terbit kekosongan di jiwa . Haha, apakah aku mengarut nih, Takper2 kita bergerak ke agenda seterusnya.

Fariz Zaidi mmg betul. biologi insyaAllah bleh score. Yg lain terutamanya Econs??? Mengangalah aku jawabnya. aku teringat satu ayat al-quran yg diberikan sahabatku semasa cool sem baru2 nih. Lebih kurang macam ni lah, jika Allah ingin menolong hambanya, tiada siapa pun yg dapat menbhalang, DEFINITELY..

aku sekarang sebenarnya tinggal usaha jer, dapat tak dapat biar Allah tentukan, Teringat kata Kak sHAFI, seniorku yg aku kira cukup komited dalam ibadahnya, dan cukup bagus untuk dijadukan role model. Katanya , exam nih mmg penting, tapi ada yg legi penting. Jawapan, biarlah IMAN kita yg menjawabnya. Aku tulis panjang2 nih, bukan ada org nak baca pun.haha.. Papejelah..

Ada gak org kata, exam nih dunia jer.hha. Tuh aku lah yg cakap. Namun untuk berjaya , bukan sahaja perlu berjaya di akhirat, dunia juga. Nabi tidak menyuruh kita melebihkan akhirat sampai urusan dunia ditinggalkan. Nabi hebat berniaga, berkeluarga, menjadi ketua keluarga. Dan macam2 lagi. Oleh itu, kita sebagai umatnya sudah tentu perlu mencontohinya. Bukan sahaja dalam aspek agama malahan dunia juga. SeIMBNGKAN dunia dan akhirat kita. Itulah matlamat kehidupan kita yg sementara ini.

Sebenarnya post nih semalam, lepas aku tgk Nur Kasih.. Pergh!!!!!!!!!!!!! Bast giler semalam, Ada barbeque di kampung. Makan hotdog, kepak ayam dan aku terlupa nak makan kambing. Kenyang sangat makan hot dog. Hai IZZATI, bilalah anti nak kurus.ADOI!!

Ya Allah berilah hamba mu ini kekuatan untuk melawan hawa nafsunya

Sunday, November 15, 2009

dunia penuh keindahan

aku dah nak balik kmb
bersyukur pada Allah
akhirnya hajat aku nak tuka laptop aku nyer window
ke window vista tercapai
..
..
kalau dulu
aku cam malu jer pakai xp
tapi malu aku tak bertempat
hhahaha
.
.
.
inilah nikmat dunia
tadi pagi
aku dapat berita
emak sahabatku kembali ke rahmatullah
sayang nyer aku tak dapat cam sapa dia
itulah tyme kat tgb dulu
bukan nak ingat nama kawan
.
.
pengajaran pertama
ingat nama kawan di kmb
.
.
tahun
banyak betul berita sahabat2 ku yg kehilangan insan tersayang
kalau tak silap aku seperti baru smalam aku ucapkan salam takziahku pada Jamiah
atas kehilangan adik lelakinya akibat kemalangan jln raya
.
.
.
segar dalam ingatanku
semasa sahabat karibku kehilangan emak kesayangannya
kerana penyakit asma
aku tahu asma itu hanyalah alasan yg dibuat oleh mata kasar manusia
yg sebenar2nya
malaikat maut telah menjalankan tugasnya
.
.
.
dan kemudian seorang lagi sahabatku di plkn
juga kehilangan emak
mungkin sedih di hati ini
tapi Berat mata memandang berta lagi bahu memikul
.
.
pagi raya
aku dikhabarkan
mak sahabatku di tgb
meninggal kerana ulser perut
.
.
.
selepas itu Jamiah
meninggal adiknya kerana kecelakaan jalan raya
.
.
dan seorang lagi
ayahnya pergi menghadap pemiliknya
.
..
..
seolah2 apa yg berlaku
peringatan padaku
bukan peringatan yg aku bakal kehilangan ibu bapa
hatiku kuat mengatakan
Allah ingin kau mempersiapkan diri
aku belum bersedia
dosa ku meninggi ke langit..
.
..
.
namun ingatlah kaum Adam
jika kamu memohon keampunan pada tuhanMu
atas kesalahan mu setinggi langit
maka Allah akan memberikanmu keampunan
seluruh asi bumi
.
.
.
indah hidup ini
kerana Agama kita benar
kita bertunjangkan kebenaran
kita menyembah pada yang WUJUD
bukan pada patung2 mahupun berhala
.
.
.
tapi kita masih leka
.
.
.
Bila terasa bebanan dunia
aku terdiam sebentar
membayangkan
setiap pagi aku bangun
hariku bertemu Tuhanku
makin singkat, makin dekat
aku tersenyum
hilang sebentar bebanan dunia..
kun kuatkan kudratku
melawan arus yg melekakan ini
dunia kau sahabat sementara
maafkan aku Tuhanku
kerana kadangkala cinta ku kepada dunia
melebihi akhirat yg Kekal selamanya.....................

Saturday, November 14, 2009

"KEMBAR" KITA TANPA DISEDARI


Qarin ialah perkataan Arab yang bermaksud teman atau rakan.
Istilah qarin di sini bermaksud roh-roh jahat daripada kalangan makhluk-makhluk halus yang mengiringi kelahiran seseorang bayi.Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia.
..
..
..
Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.
..
..
..
Qarin juga menggoda manusia menampakkan hal-hal yang buruk dan yang jahat-jahat seolah-olah baik pada pandangan mata manusia. Qarin sentiasa berusaha untuk menjeru­muskan manusia dan mengajak mereka melakukan kemungkaran dengan cara menggoda, merayu, memujuk dan menipu. Semua manusia mempunyai qarin sama ada ia nabi atau orang yang alim.
..
..
..
Dalam surah al-An'am: 112 Allah S.W.T berfirman maksudnya:"Dan demikianlah kami jadikan bagi setiap nabi itu musuh dari jenis manusia dan jin, sebahagian daripada mereka membisikkan kepada yang lain perkataan yang indah-indah untuk menipu".
..
..
..
Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermak­sud:"Tidaklah salah seorang daripada kamu (yang lahir ke dunia) melainkan dia telah dipertemankan den­gan seorang kawannya daripada jin dan seorang kawannya daripada kalangan malaikat. Sahabat bertanya: Adakah engkau juga wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Dan saya pun. Akan tetapi Allah menolong saya daripada gangguannya, maka tidak­lah ia mendorong saya, kecuali kepada kebaikan".
..
..
..
Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya.
..
..
..
Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.
..
..
..
Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja."
..
..
..
(Riwayat Ahmad dan Muslim)Aisyah ranha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah". Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam".
..
..
..
(Riwayat Muslim)Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan".
..
..
..
(Riwayat Baihaqi)Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi orang beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."Jelasnya bahawa setiap orang itu mempunyai qarin. Maksud qarin di sini ialah syaitan yang senti­asa berusaha untuk menyesatkan manusia. Di antara qarin dan manusia, perbezaannya ialah manusia adalah seumpama bahan tunggangan, man­akala qarin (iblis dan syaitan) tadi adalah penung­gangnya.
..
..
..
Demikianlah perbandingan yang diberi oleh Rasulullah S.A.W.Maksud menunggang atau memperkosa di sini bukanlah seumpama manusia itu menunggang kuda, menjadikan syaitan itu seumpama seorang penung­gang yang sentiasa berada di atas jasad manusia dalam keadaan yang tidak dapat dilihat.Selain gangguan qarin, Imam Muslim meriwav­atkan dalam kitab sahihnya bahawa Rasulullah S.A.W ada bersabda, yang bermaksud bahawa tidak ada anak Adam yang dilahirkan ke dunia ini yang tidak diganggu oleh syaitan kecuali Isa A.S dan ibun­ya Maryam berdasarkan firman Allah dalam surah Ali-Imran: 36 yang bermaksud:"Sesungguhnya aku melindungi akan dia (Maryam) serta anak keturunannya daripada syaitan yang direjam."Lantaran gangguan-gangguan yang sedia menung­gu maka Allah menyuruh supaya dibacakan azan (bang) di telinga kanan dan (qamat) di telinga kiri sebaik-baik seorang bayi itu dilahirkan yang salah satu tujuannya untuk mengelakkan daripada gang­guan iblis dan syaitan."Daripada Abu Rafi R.A (bekas hamba yang dimerdekakan oleh Rasulullah S.A.W) ia berkata Yang maksudnya:"Aku lihat Rasulullah S.A.W membaca azan solat di telinga Husain bin Ali ketika Fatimah R.A melahirkannya" .
..
..
..
Menurut kepercayaan keagamaan orang Mesir pada zaman lampau, qarin ialah makhluk kedua dalam setiap individu, atau secara umumnya sebagai teman, rakan dan syaitan. Dengan kata lain, qarin umumnya dipercayai sebagai hantu, syaitan atau jin yang lahir bersama-sama bayi dan akan menjadi teman sepanjang hidup.Kepercayaan orang-orang Islam di Afrika Utara terhadap qarin berkait rapat dengan kepercayaan orang-orang Mesir. Jin yang terdiri daripada jantina yang berlainan menjadi rakan pada roh. Sekiranya bayi yang lahir itu lelaki, maka qarin itu dianggap sebagai kakak, begitulah sebaliknya. Qarin dikatakan tidur dengan kembarnya dan mempunyai kaitan dalam tidurnya yang dikenali sebagai mimpi. Seorang yang sedang tidur dikatakan pengaruh qarinnya lebih kuat daripada orang itu.Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.So,tatkala korang bersendirian jgn lupa yang anda sedang ditemani dan diperhatikan oleh banyak "mata"..^_^