Monday, April 23, 2012



pesanan dari penulis: sebelum baca sila tekan link ini http://www.youtube.com/watch?v=UYM2_NXb8gk
insya Allah moga Allah menyampaikan mesej penulisan ini bersama kesan lagu ini..allahu alam...

Allah berfirman, ”Dan bersegeralah kamu kepada ampunan Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya di waktu senang maupun di waktu sempit, dan orang-orang yang menahan marah dan memaafkan kesalahan orang. Allah suka kepada orang yang berbuat kebajikan.” (Ali Imran : 133-134)





-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah...................
maafkan aku wahai teman kerana saat dahulu aku tidak menarikmu
saat dulu aku tidak mengajakmu, untuk sama2 berpimpinan tangan di atas jalan ini
salah aku kerana aku terlalu mementingkan diri ini

sehingga kebajikan org di sekelilingku diabaikan

wahai teman
aku dengar kau telah dimasukkan dalam satu sistem teratur
yang dahulu sistem itu yg mengubah aku
mengubah cara pandang aku
sehingga dunia di sekelilingku tampak berbeza

benar berbeza dari sebelumnya
dan mengapa aku tidak mengajakmu?
maafkan aku
maafkan aku
maafkan aku

dan kini di negara seberang laut
pabila mendengar kau telah diusrahkan
akulah insan paling gembira
kesyukuran kupanjatkan pada Rabb
kerana menghadiahkan kau dalam perjuangan kami yg panjangnya
berliku2, jauh dan menyakitkan

kemudian datang lagi khabar kedua
yang kau memilih untuk berada di sana
mungkin aku tidak mampu menipu
tersirat satu kesedihan pilu di hati ini

kerana aku terlupa meyakinkan mu
dengan jalan ini, aku melihat satu sisi baru
aku merasa alam ini mula memberi kehidupan pada ku
aku mula cuba membaiki diriku
dan mula sedar bahwa alam ini memerlukan penegak2 kebenarannya
yg sudah tentu aku ingin kau bersamaku, bersama kami


.......................................................


.......................................................


.......................................................
mungkin takdir yang mendahuluiku
sehingga sikapku yang dahulu
melukakan hatimu

maafkan aku sekali lagi

tapi satu aku pinta darimu
andai kau memilih di sana 
dan kau jika  kau tetap memilih di sana

jangnlah kerana sikap ku yg dahulu
mempengaruhi pilihanmu,
tapi berpeganglah pada apa yg kau yakini

kerana bukanlah aku mahu membawa dirimu kepada aku,
tapi aku hanya mahu membawamu mengenal pencipta kita,
dan merasai keindahan cintaNya...

maafkan aku


Nabi bersabda, "Tidaklah seorang itu suka memaafkan, melainkan dia akan semakin mulia." [HR. Muslim]

"Tidaklah sedekah itu mengurangi harta, dan tidaklah Allah menambah bagi seorang hamba dengan sifat memaafkan kecuali kemuliaan, serta tidaklah seorang hamba merendahkan diri karena Allah melainkan Allah meninggikan darjatnya". (HR. Muslim)

"Dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu, tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu ? Dan ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani". (al-Nuur: 22)

Nabi yang pernah bersabda: "Dilaporkan kepada Allah semua perbuatan manusia pada setiap hari khamis dan Isnin, lalu Allah 'Azza Wa Jalla mengampuninya pada hari itu juga, diampunkan setiap orang yang tidak syirik (menyengutukan) sesuatu dengan-Nya, kecuali sesiapa yang sedang bermusuhan, iaitu Allah berfirman untuknya: Tinggalkanlah (jangan dihapus dosa) kedua dua (orang yang bersengketa) ini, sehingga mereka berdua berdamai , tinggalkanlah (jangan dihapus dosa) kedua dua (orang yang bersengketa) ini, sehingga mereka berdua berdamai." (HR Muslim)


;,