tindakannya atau suratan takdir?

bismillah..moga2 apa yg bakal ditulis ini bukan berasal dari kata2 yang dusta atau pun kemahuan nafsu semata2.....

tindakannya atau suratan takdir?

Bila kita melihat satu kemalangan ngeri, yang mengakibatkan kematian. Lantas yang dengan pantasnya bermain di benak pemikiran kita, ''sudah ajal, moga mereka redha dengan ujian ini''. Mungkin ini yang bermain di benak pemikiran umum manusia. tapi mengapa ada pula sebahagian manusia yang lain mempersoalkan punca kemalangan itu? Beginilah, jika seseorang mengkhabarkan kepada kita berita kematian saudara kita di sebelah ayah kita, opah kepada dua pupu kita sebagai contoh. saat ini apakah persoalan pertama yang terpacul dari mulut kita?

''innalillah hi waiinaila hiroji'un''

lantas kita menyambung, ''meninggal sebab apa?''

nah,  ini yang cuba saya sampaikan. Adakah perginya opah kepada dua pupu kita disebabkan kemalangan atau memang Allah telah menulis ketetapan ini sejak dahulu lagi. cuma Dia sengaja menjadikan kemalangan sebagai asbab atau pun sebab kematian opah dua pupu anda?

inilah konsep besar yang perlu kita hadamkan,

kenapa saya menulis ini, kerana saat melihat sahabat2 yang kecundang di alam peperiksaan saya yakin sebenarnya takdir telah terlebih dahulu mendahului mereka. mungkin pemikiran jahat kita berkata'' tulah tak belajar'' bagaimana jika mereka belajar? syaitan lantas membisikkan''usahanya tak sungguh2'' bagaimana jika usahanya2 sungguh, doanya tidak pernah tergelincir dari bibirnya? nah, apa lagi fikiran2 jahat kita?

tidak dapat tidak, sebenarnya Allah telah pun menetapkan ketentuan ini. tidak kiralah kita berusaha, atau tidak berusaha, berusaha sungguh2, atau tidak sungguh2.

saat ini saya dapat merasakan ketidak puasan pada diri anda, pasti ayat ini bermain pula dalam pemikiran anda

''Allah tidak mengubah nasib suatu kaum selagi mana mereka tidak mengubahnya'' surah ar-ra'd

benar, kerana itu saya katakan konsep ini begini besar sehingga memerlukan penerangan kerana saya sendiri diberi penerangan oleh seorang ustaz,

begini konsepnya, berdoalah pada Allah agar konsep ini mudah diterima kita, dan dibukakan pintu hati oleh Allah agar mudah untuk kita mengamalkannya dan terus menjadi tapak dalam kehidupan kita sehari2.


saya beri anda satu analogi:-
pernahkah anda mengadu demam, mahupun pening kepala tanpa disebabkan apa2?
lantas saat itu, apa yang saudara/i lakukan?

mencari panadol atau membuat 'consulatation' dengan GP/doctor?

lantas seusai memakan ubat itu, kelihatan anda tidak lagi pening. panadol begitu berkesan dalam menghilangkan kepeningan kepala anda.

lihat konsep ini tidak benar SAMA SEKALI!

sakitnya anda adalah kerana Allah mengizinkannya, lantas sudah tentu sesuatu yang permulaannya dizinkan Allah 100% pasti penutupnya dari Allah juga. maksudnya, sembuhnya juga datang dari Allah.

saya dapat merasakan persoalan lain bermain lagi dalam pemikiran anda
''lantas buat apa kita makan panadol?''

ya, tidak salah anda berusaha kerana itu Tuhan berfirman ''Allah tidak mengubah nasib suatu kaum selagi mana mereka tidak mengubahnya''. usaha kita dikira sebagai ibadah. sedang sembuh atau tidak kita semuanya di tangan Allah.

kalau pada satu level ekstrem, jika kita merasakan dengan makan ubat = sembuh, lebih baik kita tidak memilih untuk makan ubat itu! kerana asas aqidah akan sedikit tersasar.


-mood exam, lagi 3 minggu bakal menduduki peperiksaan akhir, doa anda agar saya kuat menghadapi ujian ini.. 10:26 a.m rumah nawwar: dublin

Comments

Popular Posts