Sunday, January 13, 2013

Allah lebih tahu :(

''TuhanMu lebih mengetahui apa yang ada di dalam hatimu jika kamu orang yang baik, maka sesungguhnya Dia maha pengampun bagi orang yang bertaubat''
                                                                                                                           17:25
 dunia ini hanya sebuah persinggahan ibarat berehat sebentar di bawah pokok yang rendang, sebelum menersuakn perjalanan ynag lebih panjang.. sehingga kita terlupa kita hanya berehat sebentar dan terlena dgn rehat itu.. kerana kita perlukan peringatan


usrah kali ini : Kenapa kita nak exam??
redha Allah semata2.. tidak ada yang lain.

dalam surah almukminun Allah telah menggariskan ciri2 orang yang akan MEWARISI SYURGANYA..
subhanallah. mewarisi syurga, bukan calang2 syurga tapi syurga FIRDAUS!! (pengsan )

kalau kita tgk perkara2 yang digariskan Allah ni memang sruggle kita setiap hari.. mmg every yg Allah listkan mmg susah, sbb setiap hari kena jaga ciri2 ni. patutlah Allah janjikan syurga Firdaus!

1. sesungguhnya beruntunglah orang2 mukmin(siapa lagi kita lah mukmin!)
2.(iaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya
3.dan orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna.
4. dan orang yang memelihara zakat (kalau time exam, still tolong orang)
5. dan oarang2 yg memelihara kemaluan.
6. kecuali terhadap isteri2 mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka tidak tercela
7. tetapi barang siapa mencari selain, maka itulah org yg melampui batas.
8. Dan orang yang memelihara amanah dan janjinya.
9.serta oarang yang memelihara solatnya. (hubungan dgn Allah)
10. MERAKA ITULAH ORANG YANG MEWARISI,
11. YANG AKAN MEWARISI FIRDAUS. MEREKA KEKAL DI DALAMNYA.
al mukminun: 1-11
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
aku harap ayat ini selalu bermain di hati aku setiap kali aku nak buat apa2..   haha aku mintak nak masuk syugra Firdaus tapi Allah dah kasi senarai tinggal nak buat jer.. ironi..ironi bak kata Choi (rakanku).
analoginya, nak sgt kereta besar, org dah bagi kunci dah suh bawak keta besar tuh, tapi takder lesen.. =,=''   nak bawak kete kena ah ada lesen drive.. org dah bagi dah kunci, tinggal perlukan lesen . but indeed susah owh nak dapat lesen perlukan pengorbanan. and thats life. life is struggle..doakan aku sbb aku lemah lebih dari yang kau sangka :(







Friday, January 4, 2013

mereka sudah, aku?

tinggal 9 hari lagi, lagi 9 hari kita bakal menghadapi hari itu.

kelmarin aku tuliskan sesuatu pada laman sosial itu, ''Dia sudah, mereka sudah, moga aku kuat bila menghadapinya''

aku kira mereka mengerti apa yg cuba aku sampaikan, tapi disalah tafsirkan, mereka kira perkara yang aku takut itu peperiksaan akhir semester ini, tapi bukan itu, maksud aku, sebenarnya aku gentar, takut dan risau bagaimana agaknya response aku bila diberitahu perginya ayah aku atau mama buat selama2nya dari sisi aku.

ya mama dan ayah tidak sakit, mahupun menderitai apa2 penyakit, tapi aku yakin maut akan menjemput aku, dan mereka, cuma aku tidak tahu datang dulu giliran aku atau mereka..

dan ya,  ''Dia sudah, mereka sudah, moga aku kuat bila menghadapinya''. sahabat lama ku, baru kehilangan ayahnya. Selepas dikhabarkan berita tragik itu, terus disusun kuat2 langkahnya untuk kembali ke tanah air. ya dia sudah, aku?

teman sebilikku, juga sudah. ayahnya sudah pergi.

sahabat baikku, bersebelahan dgn bilikku di kolej dahulu, yang aku gelar kanak2 kecil, juga sudah. aku?

ya satu lagi, juga bersebelahan dgn bilikku, dipisahkan bilik kami oleh tandas dan sebuah bilik, ya ayahnya juga sudah tiada, lagi parah kerana perpisahan itu saat masih di kolej

ya satu lagi, tapi aku kira ini mungkin lebih tragik, perginya ibu. tapi aku kira semua itu bergantung pada    siapa yang lebih kita rapat. aku?

ya, ya. hampir aku lupa, teman serumahku, yang sering menbuatkan aku tercuit dgn gelagatnya, juga, ya juga, ayahnya juga sudah pergi.  kau tahu bila, ini benar2 menguji, sewaktu pepriksaan akhir tahun 4 ayahnya pergi, dan dalam masa yg sama, walimah kakaknya bakal berlangsung, subhanallah, kuatnya iman mereka sehingga Allah menguji sedemikian rupa.

kau tahu, Allah tidak perah menzalimi, kerana kekuatan iman mereka, diteguhkan dengan ujian ini.

tapi aku? aku tidak tahu.

benar aku tidak tahu..

sebentar, itu perginya ibu dan bapa kita ;
tempat pergantungan kita selepas Allah dan rasul

tapi bila sampainya masa kita?
aku belum bersedia,
bagaimana boleh aku menghadapi gelapnya malam tanpa ibu, ayah atau orang2 lain?

kerana itu, aku perlu belajar bergantung hanya padaMu ya rob, Tuhan yg Maha Tinggi, dan mencintai ibu dan bapa ku kerana Kau yang menyuruh kami dan tujuan ultimate hidup ini mencintaimu lebih dari yang lain.

dan peperiksaan akhir ku yang tinggal lagi 9 hari ini hanyalah titik2 kecil dari ujian2 kehidupan yang lain







Thursday, January 3, 2013

aku hanyalah aku

bismillah
moga yg keluar ini bukan dari nafsu

aku mengharapkan teguran yang datang penuh dengan kasih sayang
penuh dengan kelembutan

mungkin dengan kekasaran itu aku belajar sesuatu

aku tujukan ini buat dirimu
agar kautahu betapa aku ingin menjadi sepertimu

tapi aku masih bertatih, kadang aku jatuh, mengharap untuk berdiri kembali,
mungkin 'kadang' bukan ayat yang tepat, tapi aku sering, ya aku sering,

pernah aku pinta pada Tuhan agar aku ditakdirkan dekat dgnmu

mungkin aku tidak mampu, kerana aku terlalu lemah jiwanya dan mungkin kerana ini Tuhan tidak memakbulkan doaku


aku insan penuh dosa dan noda
byk sisi hitam yg perlu aku cuci

aku tidak sepertimu
tapi aku mahu selajumu, sekuatmu, setajam kata2mu

tapi aku hanyalah aku,
bertatih dalam langkah2 kecilku.

kau tahu, dunia ini pahit buat aku, dan aku tahu pahit jua buat kau.



aku hanya mahu satu hari kau duduk di tempat aku, dan bantu aku, dan tarik aku, semampu yang kau mampu

sebab aku tahu tiada harapan syurga buat aku

hanya azabnya neraka menolak aku.

kerana aku
hanyalah aku.