Tuesday, January 17, 2012

Lihat. Allah mmg tidak melihat rupa parasmu tapi takwa

Anas r.a. menceritakan bahawa seorang lelaki badwi bernama Zahir, seorang yang
buruk rupa parasnya tetapi sangat mulia akhlaknya serta sangat dikasihi oleh
Rasulullah s.a.w.Sekiranya Zahir datang ke Madinah, beliau akan
menghadiahkan Rasulullah s.a.w. barang-barang yang dibawa dari kampungnya.
Apabila dia hendak pulang, Rasulullah s.a.w. akan membekalkan barang-barang
keperluannya pula sambil baginda bersabda (maksudnya): “Sesungguhnya Zahir orang
kampong kita dan kita orang kotanya.”Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. pergi
ke tempatnya. Ketika itu dia sedang menjalankan urusan perniagaannya. Dengan
perlahan-lahan Rasulullah s.a.w. datang dari belakang dan memeluknya kuat-kuta.
Dia tidak menyedari bahawa yang memeluknya itu adalah Rasulullah s.a.w. Dia
meronta-ronta minta dilepaskan. Rasulullah s.a.w. membiarkan saja Zahir
meronta-meronta sehinggalah Zahir menoleh ke belakang dan didapati yang
memeluknya itu adalah kekasihnya, Rasulullah s.a.w. Maka dengan bahagianya dia
membiarkan belakangnya tersandar di dada Baginda.Rasulullah s.a.w. masih
tidak melepaskan pelukannya. Sebaliknya dengan keadaan tangannya yang mulia yang
tetap memeluknya Zahir itu baginda berkata: “Siapa nak beli hamba ini? Siapa nak
beli?”Zahir yang memahami gurauan Rasulullah s.a.w. itu berkata: “Ya
Rasulullah! Saya ini tak laku untuk dijual, saya barang yang tidak berharga!”.
Lantas Nabi s.a.w. berkata kepada Zahir: “Tetapi kamu di sisi Allah berharga.
Kamu mahal di sisi-Nya!” Musnad AhmadMasya-Allah! Demikianlah tingginya
pekerti Nabi s.a.w. dan betapa kasihnya baginda kepada sahabatnya tanpa mengira
kedudukan, rupa dan harta. Baginda menegaskan dengan perbuatan, bukan sekadar
kata-kata bahawa manusia yang paling mulia di sisi Allah adalah yang paling
bertaqwa.

Tuesday, January 10, 2012

tanpa Dia, siapa aku

Alhamdulillah, lepas sudah satu ujian. Bukan ujian seperti fitnah, didera, kerajaan yang zalim atau kehilangan insan tersayang seperti ibu dan bapa(kuatkan aku ya Allah bila ditimpa mehnah2 ini ;( ) Ujian yg dimaksudkan di atas adalah ujian anatomy test di mana memerlukan seorang pelajar mengecam apakah organ2 di dalam badan, mechanism pergerakan badan seperti ankle joint, hip joint dan knee joint. Itulah profil seorang pelajar medic. Belajar bagai nak 'gila' tapi hanya akan diuji selama 10 minit, sedangkan persediaan bagai nak rak, tak tidur malam, nervous tak henti2. Kerana itu, apabila melepas tahap pertama ujian di alam medic ini, aku merasakan berdaya untuk menghelakan nafas seperti manusia2 lain. Tapi..................


Banyak yang aku belajar dari test kali ini, betapa cuaknya aku membuat pesediaan untuk test kali nih, yang percentage nya hanyalah serendah 15 % drpd keseluruhan membuatkan aku berfikir, 'worth it' ke usaha aku nih? maksudnya, kenapa ujian yg percentage nya punya lah rendah, usahaku bagai percentagenya 200%. Tapi satu ujian yang lebih besar, yang resultnya hanya dua suka atau duka. yakni nikmat terbesar yang tak mampu dibayangkan mana2 manusia, nikmat yang takder saper atas muka bumi boleh membanyagkannya, sekalipun seorang hartawan yang bersenang-lenang dengan kemewahannya, seorang ibu yang gembira kerana hadirnya seorang cahaya mata dari kandungannya sendiri setelah berpuluh tahun menantikan 'penerang hidup' atau seorang yang kehilangan kak kreditnya yang di dalamnya ada sejumlah wang besar yang mesih belum ditransactkan di mana2 mesin ATM. TAKKAN MAMPU menandingi indahnya dan lapangnya syurga itu. Tapi usaha dan persediaan ku seolah anatomy test jauh lebih berharga dari syurga yang penuh dgn kenikmatan itu. Dan bagi mereka yang lebih tinggi imannya, mengharapkan pertemuan dengan Sang Pencintanya, benar kita takkan mampu mencintai Allah sebagaimana Dia mencintai kita, benar!! Takkan mampu menandingi cintaNya.


Masih aku mengejar dunia melebihi cintaNya. Saat mengangkat takbir, aku memilih untuk terus khusyuk atau disibukkan dengan urusan yang Maha Sibuk itu. Saat berdoa, adakah aku berdoa untuk keselamatan di dunia, atau diselamatkan dari kepanasan yang tiada penandingnya.

Maafkan aku Ya Allah
Benar aku mahukanMu
Tapi seolah2 dunia lebih aku inginkan dariMu
Ya Rabb
saat kau menguji aku
kuatkanlah aku dan tsabatkan lah aku pada jalan ini
Ya Rabb, aku rindukan keluhan2 ku di malam hari
saat air mata ini hanya untuk mu
saat aku hanya mengharapkanmu
saat aku rindukan setiap pertemuan dengan mu
saat hati ini ditakluki cinta manusia
kau ubatinya dengan kasih sayangmu
saat insan lain mengejiku, kau tersenyum dan hanya kau yang menyebelahiku

dan kini
aku makin jauh dan jauh
jauh yang sukar digapai
janganlah kau tenggelamkan aku dengan dunia ini

saat aku menelaah buku
kusangka kan kefahaman ku kerana khusyuknya aku dalam pembacaan
hebatnya daya hafalan, atau pekanya aku pada kata2 guruku
padahal ini semua nikmatmu


tatkala mengulang kaji tajuk immune system
aku hanya menghafal tapi mengapa ilmu tidak menundukkan aku lagi padamu
padahal, padahal, padahal, sekecil2 macropahges atau dendritic cell bergerak kerana patuh padamu. Bukan seperti manusia ingkar..haha..terasa lemahnya aku dihadapan cell2 ini.. kecil tapi patuh pada penciptanya


- Uswah Dublin ketika sedang cuba mengingati mechanism infection dan immunity, bacterial infection 10:03 pm