Saturday, September 18, 2010

UPSR makin dekat, kenapa aku yang stress

Barulah hari ana faham kenapa sahabat ana, Syarifah Sarah Liyana beriya-ria "menyiksa" adiknya hingga ke tengah malam buta membuat ulang kaji.Padahal esok harinya adik beliau nak menduduki exam dah. Ana dok pikir time tuh biarlah adik dia tuh tidur awal, dapatlah bernafas sikit. Namun diduga Allah mempunya adik yang bakal menduduki UPSR buat ana sedar. Kenapa mama ana beriya-iya nak ana ajar adik ana, paksa dia ulang kaji biar pun dia tak nak. Subhanallah, adik ana nih memang nakal tahap apa pun tak tahulah ana nak gambarkan. Dugaannya mengalahkan nak jaga adik2 kat Taska kat kmb.

Adik ana, namanya Adil. Susah nak ajar adik sendiri ni,bila dia buat salah ana bukan kira, boleh jer ana nak angkat tangan (astaghfirullahalazim, Ya Allah, beri kami kekuatan mengawal nafsu amarah kami dan pelihara kami dari syaitan laknatullah ) Ya lah, bukan sapa pun mak ayah dia, mak ayah kita jugak. Tapi kalau ajar anak org tak boleh nak marah2, dia bukan sama mak ayah ngn kita, kalau marah2, habis lah berhenti tros belajar ngn kita.Kueng3!!! Nak dijadikan cerita, adik ana ni, everytime ana suruh buat latihan, diam buat benda lain. Main2.Ana pelik dah darjah enam, masih nak main permainan budak tadika. bilalah adik ana nak matang. Sekarang ana tengah suruh dia buat latihan math.Ada hati nak masuk tidur, tidak akan kulepaskan dikau.hahaha..(nih bukan ketawa syaitan) Ana memang nak seksa dia, tapi untuk kebaikan dia juga.Belajar baik2, dapat keputusan baik, masa depan baik insyaAllah.tak ada lah nak susahkan orang tua..mudah-mudahan..

Malam nih barulah ana nak ajar dia bersungguh-sungguh.Menyesal ana tak appreciate 2 minggu ana terluang ana dengan dia.Dah tuh,ana pun suka bertangguh,homework ana satu jer siap, tuh pun sbb dateline dia time cuti,tuh pun lambat anta jugak.Syukur sahabat ana paham(banyaknya nikmat yang kau berikan ya Rabbi).. Esok ana nak balik kmb, kerja anak kene anta by Isnin. Ana tak siap lagi.Then adik ana pun ana nak kene focuss. Ana teringat lagu raihan, lapang sebelum sempit.HAH!!! MEMANG DAH SEMPIT.makin hari umur ana makin pendek, tapi makin hari perangai ana makin teruk,ana taknak akhirat saja, ana nak dunia juga.Ana nak dua-dua!!!!!!
Ya Allah berat nya ujianmu ini, tapi tidak seberat ujian nabi ketika menyebarkan ISLAM!! Ana hnaya perlu belajar, berjaya. dan kembangkan islam. Ana harap ini menjadi pengajaran buat ana untuk sepanjang hidup. Bukan sekali berlaku, ana sangat gemar menagguh kerja,ayah ana pun boleh tahu sikap buruk ana.

itulah sebabnya kenapa makin nak upsr, makin ana gusar,ana risaukan pencapaian adik ana. Marilah sama 2 kita berdoa ke hadrat illahi moga Allah mudahkan adik ana dan semua adik di seluruh malaysia..

Adil lakukan yang terbaik. tapi ana dah deal ngan mama ana nak masukkn adil ke sekolah tahfiz di Banting, semoga hajat kami dimakbulkan Allah....

Senarai Produk yang Dijamin Halal oleh JAKIM



Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-





1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM:-McDonald-A&W-Secret Recipe





2. Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal:-Victoria Station-Kam Lun Ta-Lotus Family Restoran





3. Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM:- San Francisco Steakhouse- Chicken Rice Shop- Kiwi Express





4. Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM.





5. Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM.Walau bagaimanapun, kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.





6. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM.





7. Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada 5:





i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. (Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja)





ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda.





iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua.





iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan (yang dibenarkan syara').





v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami.





Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan.Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak?





Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya.**JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara.





Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja.





8. Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha. Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal.Produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, dan 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak.





Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.





9. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.





10. Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal(walaupun ada yang menjual arak )





: Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome CafĂ©, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.





Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.





11. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( Jabatan Agama Islam Selangor ).





12. La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.





13. King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM.





14. Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM,





15. Manakala Status makanan yang disediakan di Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.





16. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.





17. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King. Maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.





18. Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM.Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas, memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.





19. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal.





20. Starbuck tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM. Maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.

Dipetik drpd http://saffoffighters.blogspot.com/

Benar JAKIM telah mengeluarkan cop halal dan boleh dipercayai.Tapi BOIKOT tetap BOIKOT..
ps:-lepas ni JAKIM kne keluarkan cop boikot, senang umat Islam nak buat pilihan ",

sk taman ehsan






Semalam ana menghadiri majlis solat hajat di sekolah adik ana di Taman Ehsan.Satu nama hebat yang tidak dapat disangkal.Mungkin sekolah rendah ini bukanlah sekolah yang berjaya melahirkan 100% pelajar 5A mahupun menjadi sekolah terhebat di Selangor, namun di sekolah ini ana dididik dengan pelbagai ilmu , diperkenalkan dengan dunia buat kali pertama, mengenal pelbagai ragam manusia.. Dikurniakan Allah keputusan yang alhamdulilah cemerlang adalah satu nikmat kurniannya sedangkan ana tahu sedikit pun tidak layak untuk memiliki nikmat besar ini.Sehingga hebat mana pun ana suatu hari nanti, masih segalanya milik Dia. (sedap kalau pasang lagu Raihan alhamdulillah)

Insan yang ana sangat respect ketika menuntut ilmu di MRSM Mersing, Ustaz Annas juga merupakan bekas pelajar sekolah rendah taman ehsan. Apa yang memeranjatkan ana, Cikgu Isa meruapakan salah seorang cikgu Ustaz Annas di sk taman ehsan.Subhanallah, walaupun ana tak pernah belajar dengan Cikgu Isa, but still kami berkongsi cikgu yang sama.Menjadi sahabat baik Ustaz Annas satu pengalaman yang indah.ana amsih teringat pada hari terakhir ana di Mersing, Ustaz mengatakan dia sedih kerana bakal berpisah dengan sahabatnya. Digelar sahabat oleh seorang guru bagi ana satu pengiktirafan yang cukup besar. Menjadi sahabat beliau, semuanya bermula dengan satu insiden . Hazirah sahabat ana menghadapi masalah dalam meyakini kewujudan yang Esa.Lantas ana menguatarakan masalah ini kepada senior ana , Kak Lisa . Dengan izinnya,Kak Lisa menceritakan pada Ustaz Annas masalah sahabat ana. Dipendekkan cerita. selama dua tahun kami selalu bertemu Ustaz Annas, sekadar ana menjadi insan ketiga supaya tiada fitnah berlaku.Alhamdulilah,sekarang semua setel.Sehingga sekarang ana masih berhubung dengan Hazirah dan Ustaz Annas, cumanya Kak Lisa,kami tidak serapat dulu ;(





Ustaz Annas


hazirah (sorry ajee, nih je posing ko aku bleh cari",)







Ana rasa dah jauh sangat ana merapu nih.Baiklah berbalik kepada post asal, tujuan ana menghadiri majlis solat sunat hajat adik ana, ana nak jumpa cikgu2 lama ana.Tapi satu kelemahan ana yang insan lain mungkin terkejut bila dengar .Ana ni PEMALU..Ni kalau budak kmb baca..Habis.Takkanlah Izzati malu.Untuk berucap di ahadapan beribu penonton mahupun di khalayak ramai alhamdulillah tidak menjadi masalah akan tetapi bila melibatkan perseorangan ,ana tak mampu, anam MALU. Malu sikap yang sangat bagus, Nabi sangat pemalu orangnya mengalahkan anak dara.Maknanya mengalahkan ana sendiri :)
Tapi sikap pemalu ana tak bertempat. Ana malu nak jumpa cikgu ana.Tersegan yang amat sangat. Ana takut sikap pemalu ini menjadi fitnah.Mungkin cikgu fikir ana sombong , berlagak, tak mengenang budi.TIDAK! Ana bangga belajar di sana. Habis makan jamuan, ana bawaklah adik ana,Arrif tengok kelas lama ana.Dah ank jumpa cikgu malu.Ana kecundang dengan bisikan syaitan.Takper cikgu kita buat reunion kat syurga",




Subhanallah sekolah rendah ana dah banyak perubahan.Dulu time ana, semua buruk,tapi ana lagi suka suasana lama. aman damai.7 tahun yang lalu, time darjah 6, ana dok pikir nak melawat kelas ana bila ana dah keluar dari sekoalh rendah ana dan mengenangkan masa muda2. Sedih,teringat sahabat2.Tak tahu mana nak cari diorang semua.Takpalah.Mungkin time ana dah jadi doktor mungkin boleh terjumpa mereka .Mereka jadi pesakit ana.. Lagi indah kalau cikgu2 ana jadi pesakit, boleh ana balas jasa mereka.

arrif, tq arrif temankan Ayong",


Ana teringat klasmate ana, kawan tuisyen ana . Allah hai kalau ana terserempak dengan dorunk, macam mana nak tegur.SEGAN..harap dorunk boleh tegur ana.


Ya Rabb,
buangkanlah sikap pemaluku yang tak bertempat ini,
alangkah baiknya Ya Allah jika maluku padaMu kerana melakukan dosa dapat menggantikan malu tidak bertempat ini..







kepada semua guru skte

terima kasih atas segala tunjuk ajar cikgu2


tanpa mereka takkan mampu ana sampai ke tahap ini