Thursday, February 18, 2010

Ya Allah ; aku tak larat dah

Ya Allah..aku tahu ini ujian dariMU namun,
aku dah tak tahan
sakit betul urat di belakang badanku
menyukarkan pelbagai urusan yg melibatkan proses duduk
...
..
mungkin ini pengajranMu bagiku
hargai badan yg sihat
akan ku sambut salam perjuangan dariMu ya Rabbku
Ya Allah
maghrib tadi aku lengahkan sebentar perjalanan ku ke rumahmu
dek kerana lambat yg sebentar
aku tidak dizinkanMu untuk berjemaan bersama mereka
kerana surau blog yg begitu padat dengan manusia
aku terkejut
mengapa tiba2 ramai yg hatinya ditarik oleh Allah untuk berjemaah di surau
mungkin ingin aku segera dan berlumba untuk memenangi hatinya
...
...
Ya Allah
hampir2 sahaja aku menangis Ya Allah
kerana dugaan2 kecil
yg kau kurniakan pd aku
namun tak mampu aku tanggung
kerana aku tidak menggunakan sepenuhnya masa mu
kesakitan badanku di bhgn belikat di tambah pula
tekanan assignment yg menggunung
benar2 menguji
ingin saja air mataku mengalir deras
...
saaat itu
tiada siapa dapat menolongku
melainkan engkau Ya Tuhanku
melainkan engkau penciptaku
melainkan engkau pemilik masa
MELAINKAN ENGKAU PEMILIK KAMI SEMUA
....
AKU tak tahu nak luahkan kepada siapa ya Allah
di ketika ini pasti semua sibuk menyelesaikan urusan masing2
bila Mama ku kembali padamu kelak
kepada siapa boleh aku bergantung
pabila ayah kembali di sisimu
adakah aku benar2 akan berharap padamu
dan baru ketika ini aku mencarimu
biarlah panjang aku menaip di sini
tidak ada yg mengerti
bantulah aku
Ya Alamin

Tuesday, February 16, 2010

ikhtilat ; kita boleh berhubung tp HALAL kah?

kita cuba sedaya upaya membataskan perhubungan kita
agar tidak jatuh dalam kancah syaitan durjana itu
....
....
zina hati
zina mata
zian tangan
zina kaki dan akhirnya
..
zina yg paling dimurkai
dan kelak
...
mulut mu akan ditutup
dan biar anggotamu yg memberi kesaksian
ketika itu
kedengaran suara keras
"Tidak pernahkah ada org memberi peringatan kpdmu?"
..
..
..
yg HARAM tetap HARAM
namun yg HARAM akan jadi HALAL
fikirkanlah
.....
Ya Allah, beri aku kekuatan menjaga ikhtilat ku dari mereke

mari boikot

"Nak eskrim tak?"
"Bleh gak"
"Eskrim oreo"
"Kata boikot?" mama mencelah.
"Oreo produk america ker???"
"Nak beli kat Mc'D lah"
"TAK NAK AH GITU"
"ceh..."
.....
.....
sabar yer nafsu
biar iman memagarimu
nikmat dunia ini sementara jer
kasihilah saudara2 mu di sana
kuatkan hambamu ini

Maher Zain or ayatul qur'an

Bila cuping telingaku didendangkan dgn lagu maher zain
ternyata banyak kebaikannya, banyak memuji Allah, pencipta alam ini
tapi
boleh jadi lalai juga , maklumlah ciptaan manusia byk kelemahannya


...


namun
bila radio telinga ini ditukarkan ke stesen lainn
mendengar alunan memuji Illahi tetapi menggunakan kalimat2 kebesaranNya


yg mana Dia sendiri yg menuturkan ayat2 itu


indahnya...tenangnya..sejuknya....



...



bak kata Ustaz Salam dlm blog nya
dalam kitab itu yakni al-qur'an ada kesemuanya
nak lihat kebesaran Allah



dapat lihat



..



nak dengar kalam agung yg menenangkan
dapat dengar walaupun
tok pehe bahase arab tuh
[kecek kelate plak]



...



nak apa lagi
semua ada



...



tepuk dada tanya iman
Maher Zain ker
ayatul qur'an???????



[jangan terasa yer, post nih khas untuk empunya blog.., jazakallah]







Incik Maher Zain jangan marah yer

aku sayang n rindu

aku sayang
aku rindu
mahu bertemu mu
namun kau perlu mengerti situasiku
bukan mudah untukku meluangakn masa bersamamu
...
mungkin Allah mahu kita berpisah sebentar
dalam perjunganku
menyeimbangkan dunia dan akhirat
bersabar ya sayang
hanya Allah penghubung kita
..
..
...
...
...
...
...
+erm... post ni utk keluarga ana, jgn salah faham+
BERSANGKA BAIKLAH HAHA
[rasa macam kene tembak???]

Monday, February 15, 2010

procastinate hurts me

p.r.o.c.a.s.t.i.n.a.t.e
who should be blamed? [dah tahu tanya plak, ana lah org nyer, haha]
tomorrow i'll b back 2 kmb
"takper2 insyaAllah siap" , monolog dalaman yg sering membuahkan kata2 manis
tetapi jarang sekali monolog itu menepati janji kepada diri sendiri......
kasihan kepada empunya diri ini
...
...
sampai bila ana nk procastinate
berubahlah wahai manusia
masa itu milik tuhanmu
bukan milikmu
nanti di akhirat akan di soal kembali
dimana kau pergunakan setiap saat anugerah Illahi
..
..
imanku cuba mentarbiahku
nafsu ku meronta2 mahu melepaskan keinginannya
pagarilah nafsumu izzati
Dunia itu sementara sifatnya
.
.
.
.
tadi Mak Cik n Pak Cik Din datang, ziarah kami sefamily , terharu, jauh 2 dari perak sudi datang. Semoga ziarah mereka dipandang tinggi Allah , mengeratkan lagi silaturrahim kami .
Kemudian bawa Adil n Arrif jalan2 naik motor ayah. Byk rumah yang dah dikosongkan rupanya. Arahan PDRM , mestilah ikut. Seram juga memikirkan bnyak rumah yg dah tiada penghuninya , Tapi redah jelah . Macam biasa , mestilah dorunk ni nak g beli slurpee . Balik umah , mintak izin mama ayah . Korek tabung, tgu jelah kerja dorunk .
...
apa lagi, ana meredah arus malam yg gelap dengan bertemankan bunyi motor yg menderum. Motor ni dah nak sampai ajal agaknya, bunyi yg dikeluar benar2 menakutkan. Macam nak meletup, nauzubillah ior. Banyak benar org makan di kedai, lapar agaknya, memenuhkan lagi ruangan perut yg masih belum penuh, ternyata makanan yg diorder semua tidak sihat . [padahal x nampak pun]..
...
Ana ingat nak makan eskrim mc'D tapi tak sanggup mengenangkan nasib penduduk di Palestin dan negara2 Islam lain. Nak bantu mereka selain drpa berdoa mgkin susah, jadi baik ana boikot .
Boikotlah PRODUK AMERICA. Syukur amek ekonomi, belajarlah pasal franchais2 nih.
...
Balik umah, parking motor .
...
Wahai sahabat2, hargailah keluargaMu selagi mereka masih kanak2 dan tidak sibuk, kelak sudah berumah tanggau, mungkin sukar.

ibu ketam mengajar anak berjalan

semalam
ana rasa bertanggungjawap pula
nak ajar Arrif , adik last ana ambil wudu'
...
senang jer nak pancing budak Darjah 1 ni
"Ayong , masak kan daing burger "
"Ayam ke daging ?"
"Ayam"
...
sesudah selesai menggorengkan makanan Barat
yang menjadi darah daging orang Melayu Muslim ini
[nak buat cemana , sedap pun sedap, Allah hai]
"Arrif kita solat dulu, nak tak?"
"Nak!"
"Kita amek air sembahyang dulu"
"Arrif dah tahu lah"
"Ala ikut jer Ayong"
lantas aku mengajarkan teknik2 yg sempurna
supaya
kebiasaan itu mampu dipupuk dalam dirinya
sehinggalah ke dewasa
..
..
Setelah selesai amali wudu'
dengan kuasa veto sebagai anak sulong
aku memerintahkan Arrif mengikut segala perilaku solatku
..
ketika rakaat ke 2
"Alamak Arrif, Ayong lupa nak amek wudu' lah"
"Apalah Ayong nih, tadi ajar Arrif amek wudu' tp Ayong pulak tak amek"
..
hehe
geli hati teringat peristiwa semalam

warkah buatmu Adikku

semua manusia cuba memanifestasikan pendapat mereka dgn berblog
sebentar tadi aku tinggalkan dunia internet ini sebentar
meluangkan masa bersama keluarga
bersama adik2 yg sudah lama aku
tidak bergurau senda dgn mereka
.
.
.
Buat adikku Adil ;
Aku mengerti perasaan dan nalurimu sebagai anak. Kekuatanmu untuk memprotes , tinggal solat dan seumpama dengannya. Aku pernah melalui zamanmu dan ketika itu aku masih belum sedar yg aku belum matang . Apa yg ada di dalam pemikiranku hanyalah pandanganku dan bukan kata2 mama dan ayah.
...
Adil , Ayong teringat ketika dalam usia yg muda , ketika kecil-kecilan seawal 3 tahun, Ayong meminta Mama mengajar Ayong solat , sedangkan ketika itu solat masih tidak diwajibkan ke atas Ayong . Namun setelah diajar , banyak kali Ayong cuba mencari helah meninggalkan solat, menambahkan lagi beban dosa Mama dan Ayah . tapi itu bukan salah mereka .
...
...
Adil, mungkin Ayong takut ini berlaku padamu adikku. Jangan ikut kakak mu ini, dahulu Ayong anak yang kurang hajar , sanggup menyakitkan hati Mama dan Ayah tanpa sedikit pun menyesal . Keyakinan Ayong yang terlalu tinggi pada Allah sememangnya tidak bertempat kerana Ayong mengetepikan segala usaha mereka . Ketika masih kecil, Ayong demam dan ayah menyuruh Ayong memakan ubat. Ayong tak pandai telan ubat dik lalu Ayong meyakini yang kita sembuh bukan sebab ubat tapi sebab Allah . Tapi dik tanpa usaha, Allah takkan bantu kita .
...
Begitu juga dengan mama dan ayah, tanpa mereka bagaimana Ayong nak lahir ke dunia ini.
Adil , Ayong sedikit pun tak menyesal dengan masa kecil Ayong. Sebagai anak yang sulong Ayong tahu Mama dan Ayah cuba jadi ibu bapa yg baik, cuma kadang kala mereka salah memilih langkah. Adangkala mereka meninggikan suara pada kita atas benda2 yg kecil. Mungkin kecil bagi kita, tapi besar bg mereka. Besar bagi mereka ingin melihat kita anak2nya berjaya. Mama bukan saja tak nak bagi Adil tengok astro ,main PS tp Mama taknak apa yg jadi kat Angah berulang pada Adil . Mama selalu mintak Ayong ajar Adil , tapi Ayong nih tak pandai sangat Dik.
...
...
Alhamdulillah berkat doa mama, ayah, opah, cikgu dan semua orang, waktu UPSR Ayong dapat 5A. Padahal Ayong tahu Ayong sikit pun tak layak nak merasai kenikmatan kejayaan ini. Ayong usaha sikit dik tp Allah tetap bagi . Kemudian tyme PMR, Ayong diuji lagi dgn nikmat mendapat 8A PMR, tp 1B pd Bahasa Arab . Masuk ke mrsm jasin mungkin kebanggaan bagi diri Ayong tp hakikatnya ada org nak tolong kita Dik. Namun tanpa izin Allah , sikit pun takkan jadi. Ayong bersyukur.
...
...
Dan tibalah saat yg dinanti2, result Spm , syukur Allah masih menduga dan sayangkan Ayong, Ayong dapat 5A1 dan 4a2 . Mula2 nya Ayong rasa megah, tapi bila diingat2 semula Ayong dapat bukan straight A1. Buat apa nak bangga, tapi kenelah pada Ayong, usaha pun tak sungguh. Ayong syukur dik.
...
Dan sekarang di Kolej Mara Banting. Di sini Ayong lagi rasa rendah diri. Semua pandai2. Straight A1. Ayong? Memadailah dgn apa yg ada . Adil , Mama benar2 mengharapkan Ayong dapat membantumu tapi Ayong lemah dik,lemah. Dengarlah ckap Mama dan Ayah. mungkin mereka sedikit kasar, tapi kekasaran itu menunjukkan betapa kasih dan sayangnya mereka pada kita. Sabar adikku.
...
Ayong pun bukan kakak yg baik , sering kali mengasarimu. Maafkan aku adik. Kadang-kala nafsu amarah ini tidak dapat kukawal dek kerana melihat keanehan sikapmu. Dulu pernah ayong terfikir nak lari dari rumah, bersabarlah adik . Janganlah kau hempaskan pintu bila Mama menegurmu. Kecik hatinya nanti dik. Keredhaan Allah itu pada mereka. Sama-samalah kita mengejarnya .
...
Ayong percaya insyaAllah, kau , ayong , angah dan arrif mampu menjadi cahaya mata mama dan ayah yg mampu mereka megahkan di akhirat kelak. Anak2 yg menyelamatkan mereka dari AzabNya... Anak2 yang tidak putus mendoakan kesejahteraan mereka di sana kelak, insyaAllah.

Sunday, February 14, 2010

Ayah dan Mama ; kurniakan aku kesabaran tuhanku

Bila dimarah ibu , kita rasa tercabar


Bila ditegur ayah , kita rasa seperti masih lagi keanak-anakkan

Tapi jika tiada yang mahu menegur

...

bagaimana

BAGAIMANA??

.

.

selagi kedua ibu bapa kita masih hidup hargailah mereka

jangan jadi macam ana

umur dah nak makin meningkat

makin dewasa

tapi ana masih lagi tak sekuat seperti yg

Saidina Ali katakan

Panglima perang yang hebat bukan kerana hebatnya dia ketika di medan perang



akan tetapi

jika dia mampu mengawal nafsu amarahnya

...

kalau kita mampu mengawal nafsu amarah

bererti

kita punya sifat sabar

kerana SABAR dan AMARAH

bagai minyak yg panas dengan api

tidak boleh disatukan

...

ketika zaman Rasulullah s.a.w

seorang wanita bertemu dengannya menceritakan berita kematian anaknya

sedang ketika itu dia amat sedih

lantas

Rasulullah , nabi Allah itu menasihatkannya

supaya bersabar

namun apa katanya

"Anak aku , bukan anakmu ya Rasulullah , kau tak dapat merasakan apa yg aku rasakan"

Rasulullah terus berlalu

.

.

.

beberapa hari kemudian

wanita itu bertemu Rasulullah

katanya dia sudah dapat menerima ketentuan Illahi

berkenaan kematian anaknya

dan dia telah pun bersabar

Rasululah tersenyum dan berkata

"SABAR ITU PADA HENTAKAN PERTAMA"

...

...

Apa yg nabi Allah maksudkan dengan hentakan petama ialah

apabila kita ditimpa dengan apa2 saja bentuk musibah

dugaan mahupun cercaan

sabar itu dapat dilihat ketika bagaimana kita mula2 menghadapi

situasai yg benar2 memerlukan kesabaran

.

kalau wanita tadi

hentakan pertama itu ialah ketika berita kematian anaknya sampai pada pengetahuannya

jika ketika itu dia sabar

maka dia lulus ujian Allah

.

.

akan tetapi jika tidak

Allah akan menguji berkali2 sehingga dia kuat

begitu juga ana dan antum

.

.

.

makanya dalam situasi ana

bila dimarah ayah atau ibu

tidak kira ana benar atau salah

ana perlu bersabar

mengawal nafsua amarah

dan berlau baik pada kedua2 mereka

tanpa mereka siapalah ana

dan setiap insan bergelar manusia

.

.

.


Wahai orang2 yg beriaman [ana n antum] !

Mengapa kamu katakan sesuatu yg tidak kamu kerjakan .

Sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa2

yg tidak kamu kerjakan .

As-saff , [61 : 2 dan 3]



Senjata Menghalang Syaitan


1.Membaca Bismillahirrahmanirrahim (menjadi kunci kepada perbuatan baik)

2.Banyakkan berzikir

3.Banyakkan Beristighfar

4.Membaca "la i' la ha illa anta subha naka inni kuntuminaz zoli min"

5.Membaca doa pada pagi dan petang

6.Bersugi

7.Melaksanakan solat jemaah

8.Berwudhuk sebelum tidur

9.Menutup aurat

10.Membaca doa masuk tandas

11.Banyakkan berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

12.Bertaubat, beristighfar

13.Banyakkan membaca Al-Quran

14.Membaca surah Yassin pada setiap pagi



Saturday, February 13, 2010

sang murobbi - pintu kesedaran

Alhamdulillah.. dalam keadaan payah begini Allah masih lagi mengetuk pintu hatiku
movie sang murabbi sememangnya menyedarkan aku byk perkara
berada di jalanNya
bukan mudah
dan bukan senang
...
sahabat
tontonlah movie ini
andai ini cara Allah memberi hidayahnnya
pada kita
hambanya yg lemah
mudah2han.......
+klik sang murabbi di atas. ada link ngn trailer

Wednesday, February 10, 2010

persengketaan ; dugaan Allah pada hambanya

Sekarang kelas TOK ; theory of knowledge

best tapi ana berjauhan daripada insan yg ana kira sudah menjadi salah satu zarah dlm hati ana



tablemate ana dlm kelas

niat hati nak bergurau

tak sangkalah si Dia ni masam memanjang

habislah ana

sebab semua kerja berkenaan homework, assignment, groupwork

semua ana dgn Dia

kecuali pair work sebab kami duduk 3 sekali

ana , Dia dan sorang lagi



mungkin Allah nak ana berdikari

tak payah mengharapkan org lain kecuali pada Allah




dahulu ada satu kisah


seorang sahabat yg sgt komited dgn hubungannya pada pemiliknya


yakni Allah, pemilik diri ana dan antum juga


Dia tidak pernah meminta pertolongn daripada mana2 manusia kerana takutkan Allah


Dia takut jika dengan meminta bantuan manusia lain


dia seolah2 menduakan ALLAH


sedangkan baginya hanya kepada Allah tempat kita memohon pertolongn




.


.


pada suatu hari


ketika menaiki unta


bekas airnya terjatuh


Dia sanggup turun dari untanya daripada meminta pertolongan daripada org lain


sedangkan bukan mudah nak turun dari unta


SUBHANALLAH


hebatnya iman para sahabat


kita???


ANA??


wallahualam~~


.


.


andai ini dugaan yang Allah nak ana terima
alangkah indah jika persahabatan kami seperti nabi dan sahabat-sahabatNya


(ini post beberapa hari lepas, kami dah baik, alhamdulillah",)

Wednesday, February 3, 2010

bermain bola tampar

isnin lepas
ana dijadualkan utk menjalani latihan bola tampar
" Izzati ! Jangan pukul sebelah tangan ! Guna 2 tangan ! " bersungguh sahabat ana memperincikan teknik yang tepat untuk membalas serangan lawan .

Walaupun ketika itu mereka hanya mem"pass"kan
'
"Kita salotape jelah tangan dia nih"